Wednesday, March 21, 2018

Terasa K-Pop Dengan Piza Dominos

Annyeong! ehh hehe.

Sejak 26 Februari lalu Dominos dah pun memperkenalkan Piza Samyeangnya dengan 3 perisa iaitu Samyeang Tuna Pizza, Samyeang Chicken Pizza dan Samyeang Beef Pizza serta Ayam Haseyo yang akan membuat kita terasa K-Pop dengan Piza Dominos ni

Terasa K-Pop Dengan Piza Dominos

Dan semalam dapat jugak Umi merasa Samyeang Chicken Piza secara percuma.  Percuma? Percuma  sebab piza yang dihantar tu salah.  Mungkin sebab piza semalam tu ditempah tersimpang dari kebiasaan dan Aloha Chicken favorite Umi tu perisa wajib! hehe  Perubaham lain adalah piza yang dipesan tidak seperti kebiasaan cuma bersaiz regular tapi 3 biji piza tau iaitu Beef Pepperoni, Classified Chicken dan Samyeang Chicken Piza dengan Roasted Chicken dan Chocolate Lava Cake sebagai sampingan.  

Terasa K-Pop Dengan Piza Dominos
kena hantar ke Dominos sebagai bukti ;D
Tup-tup bila sampai jer bukan Samyeang Chicken tapi Aloha Chicken..haa memang sah ada kesilapan ni.  Apa lagi Umi pun terus dial ke 1300 88 8333 dan diminta whatsapp gambar piza ke nombor yang diberi dan  gadis (lupa pulak nama dia) yang ambil call tu siap tanya nak hantar hari ni atau bila..sah-sah la nak malam tadi jugak sebab semangat K-Pop punya pasal haha.  Seriously memang efficient dan terbaik la servis Domino yang tak pernah meragukan.  Jadi korang kalau alami masalah yang sama seperti Umi atau piza tu rosak atau ada silap yang munasabah atau lewat dari masa tu jangan up kat status social media semberono ya tapi hubungi 1 300 88 8333 sebab Dominos Piza memang perihatin terhadap pelanggannya. Rasanya semua orang tahu kalau lewat penghantaran piza Dominos akan bagi voucher percuma tu yang buat Umi sayang kat Dominos tu..hehe

Nak tau dari mana Umi tahu pasal ni? Dulu seorang kawan Umi yang pernah menetap di US dan bekerja dengan Dominos yang bagitau yang rahsia ni..ehh rahsia ke? haha.  Tu lah kalau syarikat besar gini memang servis memang terbaik untuk memastikan perkhidmatan mereka terbaik dan pelanggan tak lari.  Even tadi Umi dapat call dari khidmat pelanggannya tanya tentang sidia yang ambil report Umi tu..memang sah2 la Umi bagi 10 sebab efficient, cepat dan terbaik

Samyeang Chicken Piza ni memang sedap tapi kalau korang tak tahan pedas, korang rasa jer la sepotong dan selebih tu kongsi dengan orang sebelah tapi kalau peminat K-Pop ada de hal kan



Umi dah rasa, walau 1 jenis jer la.  Korang bila lagi?

10 comments:

  1. Layanan kepada pelanggan sangat penting..dari situlah pelanggan menilai..nak terus dengan jenama tersebut atau berpaling arah ke perkhidmatan yang lebih ok...adik sepupu PC kata ok Samyeang Chicken Piza ni...mungkin dia jenis lidah tebal...orang lain nangis cakap pedas dia sengeh2 je...

    ReplyDelete
  2. hahaha.. nampak macam pedas.. tak berani nak try..

    ReplyDelete
  3. Mampu tgk je lah kak since ana tak kuat pedas. Huhu. Teringin tp takut pedih perut. Sob sob.

    ReplyDelete
  4. dah ada pizza citarasa korea gitew....

    ReplyDelete
  5. dah ada pizza citarasa korea gitew....

    ReplyDelete
  6. Husniey suka samyang beef ni, sos dia fuhh pedas tapi nak lagi nak lagi

    ReplyDelete
  7. PDAs ke pizza samyang tu hi? Takut nk try

    ReplyDelete
  8. Remembering these imperative contemplations will enable you to make a buy that you and your staff can be sure about. alessi bakery pizza

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!