Tersuka Tanpa Sengaja pada K Drama | While You Were Sleeping

Monday, March 05, 2018 10 Comments A+ a-

Bila Cik KY balik cuti semestar baru-baru ni, tak de apa yang dia buat selain menolong memasak, mengemas dan paling banyak dia buat pastinya tonton K Drama sampai Umi pun terjebak tau. KY dan Cik Meya ni memang peminat fanatik drama Korea gitu.  Sesambil lipat baju tu mengadap tv, memang harus la terfollow tapi memang best la movie ni sampai lepas tu Umi pulak yang suruh dia buka kat tv instead of kat lappy..hahaha...camner tuu

Ni yang malas ni sebab dah jadi ketagih pulak dah la tak berapa menyekoh nak buka sebab kena tonton online sighhh.  Mungkin ramai dah tonton movie ni kot.






Drama : While You Were Sleeping
Genre : Fantasi, Legal, Romantis
Bilangan Episod : 32

Kisah seorang wanita, Nam Hong Joo (Bae Suzy) seorang gadis yang boleh melihat kejadian buruk didalam tidurnya.  Disebabkan takut kehilangan ibunya, dia pun berhenti kerja walau dia sebenarnya seorang wartawan yang sangat lantang dan terbaik la.  Pada petang Hari Kekasih, Nam Hong Joo yang tengah dating, cuba menghubungi ibunya berkali-kali tapi tak dapat sampai dia minta diri untuk balik tengok ibunya.  Kekasihnya, Lee Yoo Bum seorang peguam turut ikut serta dan memandu sebab dia tahun Nam Hong Joo tengah serabut pasti tak dapat memandu dengan tenang tapi malang sekali dia terbabas dan melanggar seorang lelaki hingga mati.  Hong Joo pula terlantar di hospital tak sedarkan diri dan bila dia sedar selepas beberapa bulan, baru dia tahu yang ibunya dah mati dan dia akan ditahan atas kesalahan membunuh.  Beria-ia dia menafikan sebab bukan dia yang memandu tapi tiada bukti malah teman lelakinya, Yoo Bum pulak tak mengaku memandu dan mengelakkan diri.  

Manakala Jung Jae Chan (Lee Jong Suk) seorang pendakwaraya yang tinggal berjiran dengan Nam Hong Joo ni pun akan mendapat mimpi kejadian sebenar dan  berusaha sedaya upaya untuk memastikan mimpi buruk jirannya itu dihindari antaranya dia dapat menghalang kematian lelaki di malam Hari Kekasih tu sekaligus menghalang sigadis dari ditahan atas kesalahan memandu hingga meragut nyawa orang lain.  Selepas tu banyak lagi adegan mencemaskan dan mereka berkongsi mimpi dan Jae Chan hadir untuk membantu sampai sama-sama jatuh hati la. 

Memang menarik cerita ni dan Umi suka bila Bae Suzy ni berambut pendek, memang comel secomel Janna Nick hehe

Pelakon 
Lee Jong Suk - Jung Jae Chan
Bae Suzy - Nam Hong Joo
Lee Sang Yeob = Lee Yoo Bum
Jung Hae In - Han Woo Tak
Go Sung Hee - Shin Hee Min

Psst : sebenarnya Umi tak habis lagi tonton movie ni sebab KY dah balik kampus dan Umi nak buka sendiri? oh tidak la sebab macam renyah jer lainlah kalau dapat tonton movie kat Ifflix jer hehe

10 Comments

Write Comments
Nurul Najihah
AUTHOR
5 March 2018 at 17:42 delete

Wahhhh Umi pun layan Drama Korea!

Reply
avatar
5 March 2018 at 19:08 delete

Best drama ni kak umi, husniey dah tengok sampai habis..hehe

Tonton online juga

Reply
avatar
Mrs Pip
AUTHOR
6 March 2018 at 00:51 delete

Drama ni best, dah habis layan kat youtube ...

Reply
avatar
6 March 2018 at 09:30 delete

hehe.tu la Nurul..kalau boleh tak nak layan nnt jadi committed pulak..hehe

Reply
avatar
6 March 2018 at 09:30 delete

nanti kalau ada waktu nk sambung nk tgk sampai habis heee

Reply
avatar
6 March 2018 at 09:31 delete

tu la..anak dh balik kampus..kalau tak mesti dh habiss tengokk...

Reply
avatar
Miza Talib
AUTHOR
6 March 2018 at 10:38 delete

Dah lama tak layan Kpop sejak ada dua ketui budak Kpop kat umah ne

Reply
avatar
Nor Ain Rusli
AUTHOR
7 March 2018 at 05:22 delete

Alaaa dah lama tak layan drama korea.
Yang ni macam best

Reply
avatar
10 March 2018 at 08:59 delete

Alaa.. Tak tengok lagi drama ni.. Tengah layan drama hwayungi..

Reply
avatar
galaksi viral
AUTHOR
13 March 2018 at 22:20 delete

Ada kat iflix. Nanti nak tgk la kak. Jalan cerita mmg unik dan best. :)

Reply
avatar

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!