12 March 2018

Tanda-Tanda Lymphoma Pada DH

Dah lama nak publish entry ni tapi dok bertangguh. Bulan Disember tahun 2016 DH mengidap demam yang tak kebah2...siang suhu badan menjadi normal tapi bila malam pulak panas..pernah sekali tu Umi sedar dan rasa dahi DH tersangat panas rasanya mau lebih > 40⁰C dan mujur Umi tersedar. Memang risau dengan keadaan tu, Umi pun bangun ambil kain tuala, basahkan dan letak didahi..sekejap jer kering dan berpeluh2 sampai basah t-shirt yang dipakainya macam mandi pakai baju...memang menakutkan.

Esoknya pulak DH terasa ada sedikit benjolan dibelakang telinga yang memang keras betul-betul di bahagian tulang belakang telinga tu dan kemerahan..Umi fikir mungkin kena sengat serangga atau semut jer la kot.  Demam pula dah off and on jadi tak la risau sangat tapi esoknya pulak nampak kat atas bahu berdekatan leher tu seakan membengkak jadi nak tak nak DH kena pergi ke klinik untuk buat kepastian.  Nasib baik la DH cuti panjang selepas sibuk bertugas di Istana Negara kemudian ke Istana Kelantan berulang alik dan memang dah jadi kelaziman dia akan bercuti hujung tahun hingga la sekolah dibuka semula.

Nota : memang ambil foto bengkak tu tapi tak mendapat keizinan DH untuk kongsi dan entah pergi mana tah foto tu lepas handphone kena virus

macam ni la bengkak DH tp yang dekat DH tu besar dan merah
Jadi 22/12/16 DH pergi Klink Dr Idham dekat Jalan Genting Kelang tu dan whatsapp (WA) pada Umi yg doktor suruh rujuk ke Hospital Kuala Lumpur.  Surat rujukan pun disediakan dan DH kena pergi untuk rujukan selanjutnya. Allahuakbar! Ya Allah..beristigfar panjang Umi tapi masih bermessage cool dengan dia..DH cakap doktor syak TB tapi sebenarnya bukan TB sebab DH tak batuk..tu ikut andaian kami la sebab kita tahu kalau TB mesti batuk-batuk kan..kot?.  Tapi sebenarnya mmg risau jugak sebab dengan kerja dia yang kerap ke Kelantan tu mungkin mengundang penyakit jugak...tu la telahan hati. Balik ke rumah keadaan DH masih mcm tu jugak dan nampak benjolan tu seakan membesar sama jugak dengan benjolan diatas bahu tu..risau? memang risau dan DH sendiri  pun nampak down.  Umi pun pesan pada anak² supaya jangan buat DH stress.  Walau dengan keadaan down DH google cari simptom² yang seakan dengan apa yang dialami dan bagitau Umi untuk google dan kami jumpa simpton yang seakan yang dihidapinya...LYMPHOMA!

Kenapa? DH bukan perokok!

Tanpa putus asa, walau dalam keadaan yang agak down, DH google cara perubatan secara tradisional dan kami jumpa dan amalkan.  Banyak blog tapi tak ingat yang mana satu  dan mujur awal tahun 2016, seorang sahabat DH ada bagi pokok ni, mudah ditanam dan senang nak hidup jadi kami tak perlu mencari, cuma kutip kat belakang rumah jer

DH minum air ni setiap pagi  dan Alhamdulillah sewaktu pergi untuk pemeriksaan lanjutan di HKL doktor pun terkejut sebab tiada tanda bengkak.

Nanti Umi kongsi cara membuat just belalai gajah sebab asyik lupa nak ambil gambar dan dah ambil gambar tapi tak tahu letak mana..hehe

Kat sini Umi kongsi apa yang Umi dan DH dapat waktu buat carian tu



Sistem Limfatik Tubuh

Apa itu Lymphoma?

Lymphoma adalah sejenis kanser yang berlaku pada sistem limfatik badan.  Sistem limfatik terdiri daripada kelenjar nodus limfa, thymus, limpa, tonsil, sum-sum tulang serta saluran limfa.  Walaupn banyak jenis darah yang boleh merebak ke bahagian sistem limfatik, lymphoma adalah barah yang ketara kerana ianya berasal daripada tempat ini.

Lymphoma terbahagi kepad 2 jenis iaitu :

1. Hodgkin's Lymphoma - jenis ini didefinasikan dengan kehadiran sel barah yang spesifik iaitu sel Reed-Sternberg di dalam noda limfa atau organ yang terlibat.  Barah ini biasa berlaku kepada kanak-kanak berusia lebih 5 tahun dan juga yang lebih dewasa.

2. Non-Hodgkin Lyphoma yang didefinasikan dengan pertumbuhan sel limfosit yang spesifik iaitu sel darah putih yang terdapat di kelenjar limfa.  Sel darah putih limfosit menggandakan bilangannya sehingga terlalu banyak dan tidak matang.

Tanda-tanda Lymphoma
Tanda-tanda Lymphoma sama dengan penyakit lain yang tidak merbahaya.  Tetapi berjumpalah dengan doktor untuk mengesahkan dan membuat pemeriksaan lanjut sekiranya terdapat tanda-tanda seperti dibawah:

  • Nodus limfa membesar, walau tidak mendatangkan kesakitan
  • Pernafasan berbunyi, berdengkur, sesak nafas atau kesukaran pernafasan
  • Pembengkakan dibahagian muka, leher, bahagian atas lengan dan dada
  • Kesukaran untuk menelan
  • Selalu kembung, sembelit, loya dan muntah
  • Demam, hilang berat badan atau berpeluh pada waktu malam
  • Kegatalan kulit

Pengesanan Lymphoma
Pemeriksaan fizikal akan dilakukan untuk mengesan tanda-tanda Lymphoma.  Doktor juga akan memberi ubat antibiotik kerana pembesaran mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria.  Jika nodus limfa terus membesar, doktor akan melakukan bipsi untuk menentukan jenis limfoma yang spesifik.  Ujian X-Ray daga, CT Scan, MRI juga akan dibuat bagi melihat gambaran didalam tubuh.


Setelah penyakit disahkan, doktor akan menjalankan uian yang lain untuk mengesan sama ada Lymphoma ini telah merebak ke kawasan lain.  Ini dapa tmembantu mengesah tahap barah tersebut dimana ianya sangat penting untuk merancang perawatan kepada pesakit.

Rawatan Lymphoma
Sama seperti kanser yang lain, rawatan yang akan diberikan kepada pesakit adalah Kemoterapi. Kaedah radioterapi untuk mengecutkan tumor dan mencegah sel-sel kanser daripada berkembang juga akan digunakan mengikut keperluan


Nota :
Umi ada ambil gambar bengkak tu tapi DH tak bagi buat entry awalnya tapi dah sekian lama Umi pujuk cakap mungkin ni boleh jadi salah satu usaha untuk orang lain jugak kan. Yang part gambar tu entah tak tau kat mana sebab hp dah kena format.




21 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian nih
    dapat info baru yang pertama kali saya dengar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 Hans...dh lama penyakit ni tapi kurang diketahui sebab ada yg xde tanda2 awal..

      Delete
  2. OO...baru tahu....
    terima kasih share ilmu yg jarang nak tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 Nieyl..semoga bermanafaat buat semua org

      Delete
  3. harap2 ni bukan kanser yer umi ... moga dijauhkan segala penyakit berbahaya dan dipermudahkan semuanya utk umi dan DH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..terima kasih Mrs Pip.. Alhamdulillah DH dah semakin sembuh tapi tetap minum jus belalai gajah tu

      Sebenarnya ni sejenis kanser juga dan kalau tak silap penyanyi Ellyana tu kena lymphoma jugak

      Delete
  4. perkongsian yang menarik. terima kasih atas info nya

    ReplyDelete
  5. Semoga DH terus sembuh dan sihat ye kak. InsyaAllah. Setiap penyakit ada penawarnya.

    ReplyDelete
  6. kalau dah sakit memang dugaan juga..

    kasihan sungguh

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas info kesihatan yang sangat bagus ni kak. GV doakan semoga akak sentiasa sihat dan sejahtera. InsyaAllah. Aamin.

    ReplyDelete
  8. Salam ziarah. Terima Kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  9. ada dengar tapi tak pernah tahu apa bendanya. nanti buleh share cara buat jus belalai gajah tu yea

    ReplyDelete
  10. MashaALLAH...yang baca ni pun memula panik dan down. Dah hilang yer bengkaknya? terima kasih sis sudi berkongsi. Memang berguna info macam ni kan. Sekarang ni macam2 penyakit tak kira usia. Semoga DH terus sihat ...

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian Umi..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!