Monday, April 30, 2018

Monday, April 30, 2018

Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa

Annyeonghaseyo! hehe lain macam ucapan kali ni kann sebab Umi nak cerita pengalaman makan ayam kat Eung Chicken dengan kawan-kawan media yang terus melekat kat hati walaupun Umi ni bukan la peminat Korea. Teruja nak mencuba sebab ramai dok cakap ayam goreng Korea ni lain dari lain yang diadun dengan sangat authentic Korean gitu

Memang berbaloi makan kat sini walau jauh kena naik LRT dari rumah hingga ke stesen LRT Taman Bahagia, lepas tu naik Grab sebab kalau memandu sendiri mau tersasar ke lokasi yang lain kan. 

Eung Chicken menyajikan ayam goreng dengan 3 perisa yang boleh kita pilih iaitu soy (soya), spicy (pedas), original (asli) kalau nak campur pun boleh jer  antara wingette dan drumette. Selain ayam goreng korang boleh la order Tteok Bokki, steam rice, wedges dan tak ada menu berat..kan dah sebut Eung Chicken jadi menu utama dia mestilah AYAM kan

Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa 

Paling Umi suka ialah ayam spicy tu, fuhh memang pedas menusuk ke lidah tapi sedap sampai memang payah nak berhenti mengunyah  Memang berbeza dengan ayam goreng lain sebab di Eung Chicken ni ayam dibuat dengan resepi dari Korea yang buat sesiapa yang makan pasti nak lagi dan lagi,

Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa 
 Ayam dengan soya sos ni pun tersangat sedap buat sesiapa yang kurang berani nak makan pedas,

Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa 
 Ayam goreng rangup ni memang sesuai untuk anak-anak sebab tak pedas dan rasanya memang setanding dengan ayam goreng yang biasa kita makan. Kerangupan tapi masih ada rasa manis ayam yang sangat menggiurkan

Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa 

Selain ayam, Umi syorkan korang makan Rameyon dengan pilihan yang kering atau dengan sup.  Umi suka yang berkuah dan wajib makan dengan Pickled Radish (lobak putih) untuk rasa yang lebih nikmat sampai terasa nak buat pickled radish sendiri pulak..hehee. Rasa mee yang disediakan cukup lazat ditambah pulak dengan cheese memang kombinasi yang cukup hebat

Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa 
Dan kalau pergi makan tak sah kalau tak pekena pemanis mulut kan, jadi korang kena cuba Red Bean Mochi with Ice Cream, rasanya? heaven! tak terkata kesedapannya tau.

Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa 

Eung Chicken pun ada set sempena bulan Ramadan, jadi boleh la ke sini untuk berbuka nanti.  Set Iftar ni akan bermula dari 1 Ramadan hingga ke akhir Ramadan.  Memang berbaloi set dan harganya yang korang harus cuba, sekali cuba pasti jatuh hati dan nak lagi.

Set Iftar (complimentary Kurma)

set untuk 2 orang (RM49.00)
2 x minuman
2 x white Japanese steam rice
12 ketul kepak ayam (pilih antara 2 perisa)
2x Ais Krim dengan Red Bean Mochi


set untuk 3 orang (RM72.00)
3 x minuman
3 x white Japanese steam rice
18 ketul kepak ayam (pilih antara 2 perisa)
3x Ais Krim dengan Red Bean Mochi

set untuk 4 orang (RM95.00)
4x minuman
4x white Japanese steam rice
30 ketul kepak ayam (pilih antara 2 perisa)
4x Ais Krim dengan Red Bean Mochi


Jangan risau kalau-kalau ada yang masih ragu-ragu sebab Eung Chicken ni HALAL dan ada sijil pengesahan dari JAKIM lagi, jadi tunggu apa lagi! 

Eung Chicken Ayam Korea Yang Menepati Citarasa 


Eung Chicken
55G, Jalan SS 21/60, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Telefon : 
011 1057 4388

Waktu Perniagaan : 
11:30 pagi - 1000 malam (Isnin hingga Khamis)
12 tengahhari hingga 11:30 malam (Jumaat dan Sabtu)


Sunday, April 29, 2018

Sunday, April 29, 2018

Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara

Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara | Secara umum pasti ramai yang dah tahu atau dengar pasal Sungai Klang yang telah dinaiktaraf dan kini menjadi antara tempat tarikan pelancong di tengah bandar Kuala Lumpur dan tarikan River of Life @ Kolam Biru umpama berada diluar negara di malam hari. Memang terasa bangga sangat. Jadi tempohhari Umi dan anak-anak pun berkobar-kobar la nak tengok sewaktu menjemput anak kat KL Sentral terus langsung ke sana tapi hampa sebab dah tengah malam tapi harap ada peluang untuk tengok dengan mata sendiri baru la boleh rasa teruja kan. 

Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara
Projek mencantikkan  sungai  di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  dan di sepanjang Lembah Kelang adalah atas inisiatif pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.  Lokasi River of Life atau Kolam Biru yang sangat menarik ialah di sekitar Masjid Jamek dan lebih tepat dipertembungan sungai diantara Sungai Klang dan Sungai Gombak. 

Terdapat satu waterfront yang ada air pancut berirama dan terdapat 6 buah irama berdasarkan etnik yang akan berkumandang bermula dari jam 9.15 malam dan berakhir pada 11 malam. Jadi inilah waktu untuk kita melawat dan menyaksikan dan menikmati keindahan River of Life @ Kolam Biru  yang nampak membiru dengan irama dan percikan air yang memercik halus dan menghasilkan pemandangan seakan berkabus. Lebih menarik lagi apabila pemandangan indah ini dikelilingi pelbagai bangunan lama dan bersejarah ditambah dengan cahaya lampu yang menyinari.  Jadi jangan lepaskan peluang kalau berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ni untuk alami sendiri dan menyaksikan sendiri tarikan yang pasti membuat kita teruja dan terbuai leka dan tiada sebarang bayaran yang dikenakan kepada setiap pengunjung.

Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara
Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara
Kita boleh berjalan di sepanjang tepi sungai seperti sambil menikmati permandangan sungai yang nampak berwarna biru dan kat sesetengah bahagian ada kolam kecil menempatkan ikan-ikan kap dan teruskan berjalan sampai ke anjung tinjau (observation deck) untuk menikmati dan menghayati pemandangan River of Life @ Kolam Biru dari pandangan atas dan disitu jugak terdapat segala maklumat berkaitan projek River of Life @ Kolam Biru ni

Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara

River of Life @ Kolam Biru  ini walaubagaimana pun tak setanding dengan Sungai Cheonggyecheon kat Korea Selatan tu tapi sebagai warga Kuala Lumpur kita tetap sokong  usaha dan projek berkaitan pemeliharaaan dan pemuliharaan sungai yang dilakukan dan  kita semua sangat berharap Dewan Bandaraya  sebagai pihak berkuasa tempatan dapat meneruskan inisiatif seperti ini kerana ianya akan terus menjadi tarikan buat  para pelancong tempatan dan luarnegara.

Tarikan River of Life @ Kolam Biru Umpama Berada Diluar Negara

River of Life @ Kolam Biru  adalah suatu permulaan yang baik dan diharap ada inisiatif lain di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur secara amnya. Terima kasih Dewan Bandaraya yang telah menjadikan sungai ini satu lagi tarikan dan kami warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berharap ada lagi inisiatif seperti ini di lokasi yang lain pulak.

Sunday, April 29, 2018

Aplikasi Sihaf Sadaqat Memudahkan Tempahan Serta Bersedekah

Aplikasi Sihaf Sadaqat Memudahkan Tempahan Serta Bersedekah | Baru-baru ini Restoran Makanan Arab Sihaf telah melancarkan aplikasi Sihaf untuk memudahkan kita untuk mendapatkan makanan dan juga memberi sedekah secara atas talian. Restauran Sihaf adalah sebuah restoran makanan Arab  yang menyajikan pelbagai jenis makanan sangat autentik yang pasti membuka selera kepada mereka yang meminati makanan Timur Tengah.

Aplikasi Sihaf Sadaqat Memudahkan Tempahan Serta Bersedekah

Aplikasi Sihaf Sadaqat Memudahkan Tempahan Serta Bersedekah

Apa yang perlu kita hanya muat turun aplikasi Sihaf di Google Play atau Apps Store


Aplikasi Sihaf Sadaqat Memudahkan Tempahan Serta Bersedekah

Apa yang boleh kita dapati di aplikasi Sihaf ini adalah tempahan untuk Sihaf Sadaqat dan Iftar Ramadan.

1. Sihaf Sadaqat
Buat sesiapa yang ingin bersedekah, boleh berbuat demikian dengan bersedekah berapa jumlah makanan berbuka buat anak-anak yatim yang berdaftar dengan Restoran Sihaf, jadi kita tak perlu risau nak bagi berapa  dan dimana sebab pihak Restoran Sihaf yang akan menyalurkan makanan yang kita tempah kepada anak-anak dan mereka yang memerlukan ini bagi pihak kita.  Apa yang perlu kita buat, cuma tempah dan bayar.

Aplikasi Sihaf Sadaqat Memudahkan Tempahan Serta Bersedekah

Terdapat 3 pilihan menu untuk berbuka  dengan harga RM7.90 untuk regular, RM9.90 untuk Jumbo dan RM14.90 untuk Premium

  • Kemudian kita pilih samada untuk mengambil atau dihantar, pilihan bayaran tunai atau secara atas talian
  • Tarikh penghantaran/pengambilan beserta waktu yang diingini berserta orang yang boleh dihubungi sekiranya perlu penghantaran
  • Di menu home, kita boleh buat semakan keatas tempahan 'My Orders'


Aplikasi Sihaf Sadaqat Memudahkan Tempahan Serta Bersedekah

2. Bufet Ramadan (Iftar Ramadan)
Set Iftar Ramadan boleh ditempah dengan harga yang lebih murah dan diberikan potongan harga istimewa dengan harga RM29.00 untuk dewasa dan RM19.00 sekiranya ditempah melalui aplikasi ini

Pembayaran boleh melalui 7-Eleven, FPX dan hampir ke semua bank melalui pindahan wang.


Aplikasi Sihaf Sadaqat Memudahkan Tempahan Serta Bersedekah
 Disekitar majlis pelancaran aplikasi Sihaf Sadaqat dan bacaan doa.

Aplikasi Sihaf Sadaqat Memudahkan Tempahan Serta Bersedekah

Jadi tunggu apa lagi, muat turun sekarang!


Facebook : 
sihafrestaurant

Instagram : 
 sihafrestaurant

No Telefon : 
011-1111 0500

Alamat : 
B-LG-1, Shop Lot Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, Shah Alam, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Waktu perniagaan : 
11: pagi hingga 11:30 malam (setiap hari)

Email :

Saturday, April 28, 2018

Saturday, April 28, 2018

Resepi | Gulai Lemak Keladi Ikan Masin

Ni antara masakan kegemaran mak dan kalau buat gulai lemak memang mak akan letak tulang ikan atau ikan kering.  Rasanya masakan ni kegemaran orang sebelah Perak utara jer kot.  Ni jugak la antara resepi bulan Ramadan kami sekelurga.

Apa pun batang keladi ni jangan dilangkah sebab boleh menyebabkan ia gatal, kata mak dan kekadang tu ada jugak jenis keladi yang gatal walau kita basuh bersih dan rebus dengan asam keping pun tetap gatal lepas dimasak, jadi masuk tong sampah la jawabnya sebab kalau degil nak makan jugak tanggung la kegatalan yang tak boleh digaru dalam mulut tu..

Resepi | Gulai Lemak Keladi Ikan Masin


Bahan-bahan:
1 ikat batang keladi
Tulang ikan masin talang atau isi ikan kurau atau talang
300 ml pati santan
3 keping asam gelugur
2 cawan air
Garam secukup rasa


Bahan untuk ditumbuk
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia (untuk mengurangkan kegatalan keladi)


Cara-cara
  • Batang keladi dibasuh, dibersihkan dan direndam dengan air garam supaya selut atau cacing yang melekat kat batang keladi tu dibuang.
  • Potong batang keladi dalam 2 inci atau ikut kesukaan kemudian direbus bersama keping asam gelugur hingga agak layu dan toskan.  Kalau ada ubi keladi, rebus hingga empuk.
  • Dalam periuk, masukkan bahan yang ditumbuk bersama rempah, masukkan air, kacau hingga sebati dan biarkan dengan api perlahan hingga mendidih.  Masukkan batang keladi, ubi keladi dan kacau hingga sebati dan air tu jadi agak kering, tapi jangan terlalu kering
  • Masukkan tulang ikan, dikacau lagi hingga bersalut rempah, kacau perlahan jangan sampai hancur isi
  • Tuangkan pati santan dan tambah sedikit air panas supaya tak terlalu pekat, kacau dengan api perlahan hingga nampak mendidih dan tutup api. Jangan sampai pecah minyak.  Masukkan garam secukup rasa

Friday, April 27, 2018

Friday, April 27, 2018

5 Politically-Inspired Items on Carousell during GE14

 – As Malaysia gears up for the upcoming polls, some entrepreneurial and enthusiastic Malaysians have taken to selling politically-inspired items on Carousell, one of the world’s largest and fastest growing mobile classified marketplaces.

Here are five quirky items we found on the marketplace to help stoke that election fever ahead of the upcoming 14th General Election:


1) Tun Dr. Mahathir Mohammad’s Horse Riding Silver Statue

5 Politically-Inspired Items on Carousell during GE14


Weighing around 3kg, a rare riding statue of Tun Dr. Mahathir Mohammad is a masterpiece created and produced Wizart Studio Sdn Bhd out of  respect for the former Prime Minister of Malaysia. One was later presented to Tun Dr Mahatir as a memento.

“This is a one-of-a-kind statue that my studio produced to present to Tun Dr Mahathir himself. There are only 2 copies in the world! One is with Tun Dr. Mahathir, and the other is on sale on Carousell,” said Dina Yahya (Carousell Store: _min_onepitstop).



2) Vintage Merdeka Memorabilia

5 Politically-Inspired Items on Carousell during GE14
48-year-old political memorabilia collector Adrian Ung started collecting since 1997 and now counts over 200 items in his collection ranging from books, statements, mugs, plaques, newspapers, flyers and posters. Fascinated by its nostalgic value, he continues to scout across the world for priceless Malaysian political memorabilia.

“I have always been fascinated by vintage items. I zoomed in on Merdeka and Malaya-era items as they are scarce, especially to Malaysians. I normally find the older pieces more interesting, which is why I normally collect items from the 50s to 80s era or earlier. I hunt for them online and in flea markets all over Malaysia & Singapore,” said Adrian (Carousell Store: nicimeow)


3) 14-karat Gold UMNO Ring

5 Politically-Inspired Items on Carousell during GE14

It is always exciting to be associated with politics, but keeping a 14-karat gold ring by a political party is also pretty  cool and a great way to show your support for the party. The ring is currently on sale on Carousell for RM1,800.

Akmal bin Azman, 21, (Carousell Store: akmalazmn) said, “This UMNO ring belongs to a collector friend of mine who was looking for an avenue to sell some of his private collection. Carousell has helped us to sell many of our items and it soon forged a partnership between us. It became a revenue

generator for us. This rare and unique 14-karat gold UMNO ring will be one of our most precious possession sold on Carousell, and we hope that it would soon find a new owner.”


4) 1990’s Undi Barisan Nasional Poster

5 Politically-Inspired Items on Carousell during GE14

This rare old poster written in Jawi, probably for the rural North, is one of only two posters that the seller has.

“I have two pieces of this poster – one for me and one for my dad. It is hard to find pieces of history in mint condition. I am selling it now as I want to give others and opportunity to earn this rare memorabilia,” said Muhammad Hazim Bin Mohd Ridzuan. (Carousell Store: genuineforless)


5) Najib Razak and Khairy Jamaluddin Inspired Cupcakes for Sale!
5 Politically-Inspired Items on Carousell during GE14

Nurfazlyana Shahira bt Mohd Rosli partnered bakers to produce these Najib Razak colada jackfruit buns and Khairy Jamaluddin chocolate cupcakes which would make unique gifts for Malaysians.

“Cupcakes are one of the desserts that have no boundaries when it comes to creativity. Creating a series of cupcakes inspired by political figures such as our Prime Minister and our Youth and Sports Minister help bring more attention to our political scene and the potential of Malaysia’s culinary creativity. I hope that Malaysians will enjoy the richness of our politics, just like our cupcakes.” (Carousell Store: fazly_ana)

Founded in 2012, Carousell is a mobile classifieds marketplace for buying and selling new and second-hand goods available in Malaysia, Singapore, Indonesia, Taiwan, Hong Kong and Australia.

For more information, follow them on www.facebook.com/carousell.my or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store.


About Carousell
Carousell is a mobile classifieds app that makes selling as easy as taking a photo, buying as simple as chatting. Launched in August 2012, Carousell began in Singapore and has spread to 19 cities around the world. With over 110 million listings, they are one of the world’s largest and fastest growing marketplaces. Carousell has been ranked as the top Lifestyle and Shopping app in Singapore, Taiwan and Hong Kong, and is backed by leading international Venture Capitalists Sequoia India, Rakuten Ventures, 500 Startups, Golden Gate Ventures, and QuestVC. In Malaysia, Carousell has a diverse range of products in 28 categories, including fashion & beauty, lifestyle gadgets and muslimah fashion. Download the app for iOS or Android, and visit my.carousell.com for more information. 

Wednesday, April 25, 2018

Wednesday, April 25, 2018

SofeaRose tampilkan koleksi Mermaid demi penyu

SofeaRose tampilkan Puteri Duyung demi penyu | Tahu tak kita yang populasi penyu semakin menurun dan besar kemungkinann untuk pupus bukan perkara yang mustahil di negara kita ni, mana taknya penjual telur-telur penyu semakin ghairah mendapat keuntungan tanpa memikirkan akibatnya. Tapi kalau tak ada permintaan tak mungkin berlaku penjualan kan, jadi diharap orang ramai sedar akan akibatnya terhadap haiwan yang cukup istimewa ini. Perihatin kepada masalah ini, SofeaRose telah mengambil langkah untuk bekerjasama dengan SEATRU (Unit Penyelidikan Penyu Universiti Malaysia Terengganu) untuk meningkatkan kesedaran tentang ancaman yang dihadapi penyu dalam kempen memulih dan memelihara penyu. SEATRU telah bermula pada tahun 1984 apabila penyelidikan Penyu Belimbing di Rantau Abang dimulakan oleh Fakulti Perikanan dan Sains Marin, Universiti Pertanian Malaysia. Baca kat SINI mengenai SEATRU.

Tahu tak yang secara purata, hanya 1 dari 5000 anak penyu akan hidup sehingga ke peringkat dewasa kerana ancaman dari pencemaran laut, pemburu penyu, haiwan pemangsa, dan lain-lain.

“Jika kami tidak melakukan sesuatu untuk memelihara penyu, pada masa hadapan kita hanya dapat melihat penyu hanya di muzium-muzium"

SofeaRose tampilkan koleksi Mermaid demi penyu
Memasuki tahun keempat di dalam industri, SofeaRose mengambil inisiatif dengan menghasilkan koleksi pakaian bertemakan Puteri Duyung (Mermaid) bagi mengumpul dana program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’. Dengan mengambil penyu sebagai anak angkat, wang akan digunakan untuk proses pemuliharaan penyu seperti memantau pergerakan penyu, melindungi habitat, membeli peralatan veterinary dan banyak lagi. Sebahagian jualan dari koleksi Mermaid akan disumbangkan kepada program ‘SEATRU – Adopt a Turtle’ dalam menyokong pemuliharaan penyu.

Setiap wanita sedia maklum yang Puteri Duyung merupakan seorang wanita yang sangat cantik dengan perwatakan lemah-lembut, penyayang dan periang malah ramai wanita mengagumi dan mengimpikan untuk menjadi seperti Puteri Duyung. Tidak terkecuali wanita-wanita di SofeaRose, mereka telah berusaha menghasilkan koleksi tudung serta pakaian Ready To Wear (RTW) dan juga koleksi Raya tahun 2018 yang diinspirasikan oleh kecantikan Mermaid!


SofeaRose tampilkan koleksi Mermaid demi penyu

SofeaRose tampilkan koleksi Mermaid demi penyu
Salah satu dari tudung adalah Diona, diperbuat daripada Satin Matte berteknologi tinggi. Tudung bercetak ini boleh didapati dari RM79 dan dilengkapi dengan charm dan kotak yang dibuat khas bagi koleksi ini.

SofeaRose tampilkan koleksi Mermaid demi penyu
Lebih menarik dan luarbiasa, SofeaRose juga membuat rakaman video seorang Puteri Duyung mengenakan tudung Diona berenang di dalam air, klik kat SINI dan jangan lupa subscribe sekali tau

Selain koleksi tudung, SofeaRose juga mengeluarkan koleksi Ready To Wear (RTW) dan 13 jenis Baju Raya Mermaid, antaranya Baju Mini Kurung, Baju Kurung Moden, Jubah, Baju Kurung Kedah dan beberapa lagi. Koleksi Mermaid SofeaRose ini boleh berharga dari RM59 hingga RM419 dan sebahagian dari duit anda akan digunakan untuk tujuan pemuliharaan penyu.

SofeaRose tampilkan koleksi Mermaid demi penyu

SofeaRose tampilkan koleksi Mermaid demi penyu

SofeaRose tampilkan koleksi Mermaid demi penyu
Bagi memudahkan pelanggan mendapat pelbagai koleksi, SofeaRose menyediakan 3 cara mudah iaitu hubungi Penasihat Imej (Cik Teha ) di 019 – 635 0313 atau berkunjung ke butik SofeaRose di Bangi Sentral ataupun menerusi laman sesawang di www.sofearose.com.  

Setiap pembelian RM100 keatas, pelanggan akan didaftarkan sebagai Ahli SofeaRose dengan PERCUMA seumur hidup dan mendapat potongan 20% untuk setiap koleksi SofeaRose. Menarik kan.  Jadi tunggu apa lagi, dapatkan koleksi menarik dari SofeaRose hari ni!


Alamat :
SofeaRose
Wisma Qzara, Jalan Nelayan 19/B, Seksyen 19, Shah Alam, 40300 Selangor


Website : www.sofearose.com


Kenali Jenama SofeaRose

SofeaRose
telah ditubuhkan pada tahun 2014 oleh pasangan ahli farmasi yang nekad meninggalkan dunia perubatan disebabkan minat yang mendalam dalam dunia dan gaya fesyen yang unik dan trendy namun tetap mematuhi syariah dan Luxe Your Look merupakan tagline jenama SofeaRose yang menampilkan gaya kemewahan buat sipemakai dengan harga mampu milik.

Selain mempunyai pejabat urusan di Shah Alam, jenama SofeaRose juga ditempatkan di butik di Bangi Sentral dan lokasi terbaru yang akan dibuka pada bulan Mei 2018 di Melawati Mall.  SofeaRose juga mempunyai agen yang aktif di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei dan Filipina.


Tuesday, April 24, 2018

Tuesday, April 24, 2018

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

Jom kita join segmen otai blogger Hasrul Hassan ni..

Nak tau lebih lanjut, klik kat banner la ya

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018
Add caption
Cara Sertai Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

Syaratnya mudah sahaja.
  1. Mestilah blogger Malaysia dan ada blog yang aktif.
  2. Tulis sebuah post berkaitan segmen ini.
  3. Gunakan banner segmen ini dan muatkan dalam post tersebut.
  4. Senaraikan lima aktiviti yang akan anda lakukan dalam bulan Ramadan (macam kira azam la) dalam post tersebut. Kalau boleh aktiviti ini mesti sesuatu yang boleh jadikan anda lebih baik dari Ramadan sebelum ini. Contohnya: Saya akan sholat berjemaah terawih selama 20 malam pertama tanpa tinggal atau Saya akan cuba banyakkan sedekah awal pagi sepanjang Ramadan.
  5. Pastikan ada satu link yang menuju ke blog ini atau blog post ini.
  6. Dah siap, tinggalkan URL post segmen tersebut ke ruangan komen di bawah (kat blog HH la ya) 

Sunday, April 22, 2018

Sunday, April 22, 2018

Sajian Bufet Selera Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC

Sajian Bufet Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC | Menyedari tentang selera Muslimin dan Muslimat yang menggemari makanan ringkas dan kepelbagaian seperti yang terdapat di bazaar atau pasar malam di setiap bulan Ramadan, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengambil pendekatan dengan menawarkan sajian berbuka melebihi 300 juadah berkonsepkan pasar malam dengan keselesaan didalam ruangan berhawa dingin tanpa perlu bersesak dan berpanas untuk mendapatkan sajian pilihan.

Sajian Bufet Selera Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC
pic credit Google
Bufet 'Selera Ramadan di PWTC' ditawarkan kepada orang ramai di Legar Putra, PWTC akan bermula dari 17 Mei hingga 13 Jun 2018 menawarkan 24 gerai makanan dengan pelbagai menu yang pastinya memikat selera kita antaranya bubur lambuk, sup cendawan, pelbagai jenis sup, pelbagai sajian mee, laksa, nasi ayam, roti canai dan murtabak, pelbagai jenis goreng seperti pisang, cempedak, keledek, pelbagai jenis kuih Melayu antaranya tapai, bubur manis, wajib, dodol, bahulu dan banyak lagi

Nak lihat keenakan sajian Selera Ramadan di PWTC, klik SINI

Sajian Bufet Selera Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC

Sajian Bufet Selera Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC

Sajian Bufet Selera Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC

Antara lain terdapat nasi kandar, nasi putih dengan pilihan Ayam Kampung Goreng Kunyit, Daging Gulai Kawah, Ikan Patin Masak Tempoyak, Daging Rendang Tok, Kambing Goreng Berempah, Siput Sedut Masak Lemak Cili padi, Sotong Masak Kari Nenas, Udang Sambal Petai, Sayur Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak, Sayur Puku Goreng Belacan serta hidangan ulam-ulaman dan salad, pelbagai jenis keropok, ikan masin, jeruk-jeruk, sambal dan dressing, pelbagai jenis acar, kerabu yang pasti buat kita rambang mata.

Sajian Bufet Selera Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC

Dan tak ketinggalan kambing goleknya yang lembut dan sedap dengan sos black pepper dan cendawan, daging kambing goreng berempah, sate dan pelbagai jenis minuman sejuk dan panas yang semestinya akan menyegarkan tekak kita.

Sajian Bufet Selera Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC

Sajian Bufet Selera Ramadan 2018 Ala Pasar Malam di PWTC
Dalam menikmati sajian pilihan mengikut selera masing-masing, kita juga dihiburkan dengan alunan muzik dan nyanyian oleh Kumpulan Picha-Picha yang menampilkan Linda Eva di sepanjang bulan Ramadan nanti


Harga bufet Selera Ramadan di PWTC

Dewasa - RM88.00
Warga emas - RM75 (usia 60 tahun dan keatas)
Kanak-kanak - RM45 (usia 7 tahun hingga 12 tahun)

RM75.00 tawaran 'early bird' yang dibuat sebelum 16 Mei 2018 di Restoran Riverside


Pakej Banquet / Korporat Berbuka Puasa

PWTC turut menawarkan pakej berbuka puasa persendirian dan korporat di Dewan Bankuasi dengan pakej termasuk hidangan bufet, dewan khas, sistem audio, ruang khas solat dan bayaran parkir RM5.00 untuk sekali masuk (bermula jam 6:00 petang)

RM98.00 seorang bagi tempahan minima 100 orang 
RM115/seorang bagi tempahan minima 50 orang


Program Beramal bulan Ramadan
Pihak pengurusan PWTC sememangnya sentiasa komited dalam penganjuran kerja amal sepanjang bulan Ramadan, antaranya menaja bungkusan juadah berbuka puasa untuk disalurkan kepada keluarga fakir miskin sekitar Kuala Lumpur dan Selangor serta bekerjasama dengan Yayasan Kasih Tauhid dalam Program Sentuhan Kasih Ramadan siri ke-4.

Program "Mari Beramal di Bulan Ramadan" yang dianjurkan oleh PWTC termasuk lawatan serta sumbangan bekalan makanan dan wang tunai ke beberapa rumah penjagaan orang-orang tua dan rumah anak yatim yang terpilih disekitar Kuala Lumpur dan Selangor.


Tempahan atau Pembelian Baucar Bufet Selera Ramadan

Dapatkan terus ke kaunter tempahan di Aras 2, PWTC yang dibuka dari jam 0900 pagi hingga jam 5 petang atau hubungi Restoran Riverside di 03--2614 6701/6702 atau 03-2614 6262
Sunday, April 22, 2018

Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa

Hi semua!

Firstly thanks Siqah sebab jemput Umi join GA dia yg kedua ni.  Sila klik banner untuk baca selanjutnya  Hadiah dia memang awesome sangat, rugi kalau korang tak join, mana tau kot ada rezeki korang kan.

Buat Siqah, jangan sedih sebab tak dapat ke Korea tu, spring, autumn, winter, summer tu around the year, mana tau kot next bila dapat pi, duduk lebih lama kan..


Memang dah tau Siqah ni dUCkies jadi hadiahnya pun dari hat tu ler..ni Umi copypaste sikit syaratnya.  Jom kita!

Syarat Penyertaan Giveaway: 

1. Follow Blog Siqahiqa (follower gadget ada di page footer)
2. Follow Facebook page BLOG SIQAHIQA
3. Follow Instagram @haqisfila dan @siqahiqa_
4. Copy banner dan buat satu entri bertajuk “Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa(please backlink). 

Thursday, April 19, 2018

Thursday, April 19, 2018

Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik

Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik | Bila sebut makanan laut atau seafood mesti terbayangkan ketam, sotong, sotong basah, udang, kepah, kerang yang sentiasa membuat kita kecur air liur kan tapi pernah tak korang makan seafood bersama Nasi Lemak bersambal lauk seafood dan dihidang dengan ikan bilis yang sedap rangup dan kacang goreng? Hanya di restoran Just Seafood yang terletak di Sunway Giza ni jer yang korang boleh dapat rasa makan nasi lemak dengan seafood ni tau!

Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik

Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik
Antara menu istimewa di Restoran Just Seafood ialah Nasi Lemak Cajun yang mungkin pelik pada sesetengah kita sebab masakan cajun atau apa-apa pasal cajun ni yang kita tahu sangat sinonim kat US jer dan kalau nak tau lebih lanjut sila cari kat google ya. Nasi Lemak Cajun ini dihidangkan dengan seafood yang dimasak dengan resepi ala cajun tapi diubahsuai sikit ikut selera orang Malaysia.  

Memang terbaik dan terasa-rasa di lidah dan menggamit untuk pergi makan lagi..hehe

The Original Cajun Style
Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik
Memang terbaik, sos Cajun yang dicampur dengan seafood ni memang lain daripada lain dan kalau di makan dengan nasi lemak, memang gandingan yang cukup terbaik.


Golden Salted Egg
Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik
Memang sedap seafood dengan sos yang diletakkan denan telur asin.dan memang menyengat


Creamy Durian Special
Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik
Creamy Durian Special - makanan laut yang digaul bersama sos istimewa dan diletakkan isi durian dan memang sesuai buat penggemar durian sebab katanya kemanisan isi durian tu bila dicampur dengan makanan laut ia menjadi hidangan yang sangat meningkat selera.
Nota : Umi tak makan durian jadi idok la mencubanya.


Coconut Ice Cream
Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik
Selain dari tu, Umi syorkan korang minum air Lemongrass Pandan (tak sempat nak ambil gambar sebab dah selesai dulu) yang sedap dan aiskrim kelapa.

Menu Just Seafood 
Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik
Menariknya restoran Just Seafood ini, kalau kita datang berempat, kita boleh membeli set hidangan empat orang atau boleh saja memilih berlainan set untuk setiap dua orang, jadi kita boleh rasa hidangan yang berbeza.  

Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik



Nota :
Ruang makan yang luas tanpa perlu beratur untuk mendapat makanan, terdapat jugak ruang untuk sebarang majlis persendirian di tingkat atas.  Untuk ke sini pun mudah sekiranya kita menaiki kenderaan awam iaitu menaiki MRT arah Sungai Buloh, turun di Stesen Surian dan berjalan kaki dalam lebih kurang 5 - 7 minit untuk sampai ke sini. 

Bagi yang memandu, cuma perlu letakkan kenderaan di parking didalam Sunway Giza dan sila guna Waze atau cari di Google Maps sebelum memulakan perjalanan hehe.

Sunway Giza ni bukan dekat Sunway Pyramid tau, ia terletak berdekatan Tropicana Resort dan sama arah ke Ikea Damansara.

Akhir sekali, pastikan perut korang kosong sebab kalau dah kenyang, memang rugi sebab pasti korang tak akan dapat menikmati keenakan makanan laut yang dihidangkan didepan mata.

Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik

Waktu Perniagaan :
12:00 tengahari  - 10.30 malam (Isnin - Ahad)

Alamat :
A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

No Telefon :
017-229 5004 (Mr Terence Ham)

Email :
terenceham@justseafood.com.my

Facebook :

Instagram :
instagram.com/justseafoodmy


Destinations