Aktiviti Menarik di SmartKids Asia Buat Anak Kita - umifuzy™dotcom

April 8, 2018

Aktiviti Menarik di SmartKids Asia Buat Anak Kita

Aktiviti Menarik di SmartKids Asia Buat Anak Kita  | Dairi cikapplepie sempena cuti seminggu cukup padat dengan kelas tambahan dan kelas prep..memang kesian tengok dia dan sebagai ganjaran kedua buat dia Umi bawa dia ke SmartKids Asia walaupun  tu hari terakhir acara tu berlangsung.  Kira nasib la kalau bawak dihari akhir ni samada penuh sesak atau tak ramai pengunjung dan memang nasib baik sebab kami sampai awal jadi tak la sesak dan juga Umi dah daftar jadi tak jenuh nak keluarkan kad pengenalan bagai.

Dam sekali lagi kami guna pengangkutan awam je jadi tak payah fikir pasal nak cari tempat letak kereta bagai tapi memang kena berjalan agak jauh la juga sesambil Umi sempat imbau kenangan waktu masih bekerja di Petronas Twin 2 dan EPMI.  hehe sempat kan ;D





Acara : SmartKids Asia

Lokasi : Hall 2, Kuala Lumpur Convention Centre

Tarikh : 31 Mac hingga 01 April 2018

Waktu : 11 pagi hingga jam 0830 malam

Antara aktiviti yang menarik adalah pemeriksaan mata di booth OPTIMAX, pemeriksaan gigi oleh  MOH, peraduan mewarna, perarakan maskot, membuat  sandwich, seminar keibubapaan, berpeluang berjumpa Boboboy & Yaya, Pocotee & Friends, Pororo, Lala & Titto dan Adventure Tobots di sesi meet and greet dan banyak lagi. Selain dari tu boleh dapat tiket-tiket masuk ke taman tema dengan tawaran potong harga yang sangat murah.  Yang pasti anak-anak akan terasa seronok sebab mereka akan dapat hadiah cenderahati bila turut dalam aktiviti yang diadakan disetiap booth.


Jadi jangan lepaskan peluang untuk acara SmartKids Asia yang akan berlangsung pada 7 - 9 Septemer 2018 ni di Mid Valley Exhibition Centre.  Umi sarankan korang daftar secara online supaya tak bersesak bila sampai sana, layari dan daftar sekarang : http://www.smartkids.com.my/


Apa itu SmartKids Asia
SmartKids Asia adalah acara untuk keluarga yang anak-anak berusia dari 1 hingga 12 tahun. Obektif untuk pameran kanak-kanak ini adalah untuk menggalakkan ibubapa serta penjaga untuk menerapkan dan membentu masa depan anak-anak disamping memberi ibubapa mengenal pasti kebolehanan anak dan menerap jalinan kekeluargaan melalui pelbagai pameran dan program yang diadakan

Dengan pelbagai aktiviti dalam pembelajaran, kesihatan dan semangat kekeluargaan, diharapakan boleh memberi peluang kepada anak-anak untuk mengenali dan merasai pelbagai demonstrasi, pameran untuk seisi keluarga.  Apa yang pasti pelbagai aktiviti yang direka disini akan memberi kegembiraan untuk anak dan mengenali minat mereka


5 comments:

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Instagram

Disclaimer

The articles in this www.umifuzy.com are mostly written as a personal reminder for myself, family and whoever surrounding my life plus for whoever enjoy reading my writing that is a credit and blessing for me.

All the write up intended for easy reading plus perhaps will give inspiration, advise and tips for all readers. Mostly all the articles posted solely comes from my own perspective, experience and surroundings thus those posting does not portraying any particular issues and it is subject to change too. I am not responsible for any misinterpretations by anyone reading any of the articles and comments by from it.

Please do not copy any of the articles or images in this blog without permission (please have courtesy to ask before you do so ok.
XOXO Umi Fuzy