Sunday, April 15, 2018

Bufet Ramadan | Kembara Selera Memikat Jiwa Di Laman Kayangan

Bufet Ramadan kembara selera memikat jiwa di Laman Kayangan | Baru-baru ni Umi berkesempatan  ke majlis prebiu bufet Ramadan di Laman Kayangan, Shah Alam yang diadakan khas buat rakan-rakan media dan para pelanggan yang turut diundang bagi mempromosi juadah istimewa yang akan disajikan pada bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi.

Majlis pelancaran bufet Ramadan ni telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan, Tuan Haji Azhar bin Haji Baharin dan turut dimeriahkan dengan kehadiran instafamous tanahair iaitu FaizDickie & Naddyepul. Upacara yang sangat menarik dan simbolik dengan berbaju Melayu dan bertengkolok turut membuat tetamu terhibur dan majlis turut dihiburkan dengan iringan muzik ghazal yang merdu dan segar.


BUFET RAMADAN LAMAN KAYANGAN

Terdapat lebih kurang 88 menu yang akan disediakan di buffet Ramadan di Laman Kayangan sepanjang Ramadan ini antaranya  Sup Tulang Merah dan Nasi Arab Kambing Golek yang merupakan antara signature dish yang bakal  menjadi tarikan utama pengunjung  yang datang berbuka puasa di Laman Kayangan nanti.

Pelbagai sajian menarik yang boleh didapati di gerai yang berbeza antarannya adalah Kacang Pool Larkin, Nasi Kebuli, Daging Damia, Ayam Kalio, Mee Kari Nyonya, BBQ Station dan banyak lagi yang pastinya akan membuat pengunjung rambang mata.

Kembara Selera Memikat Jiwa Di Bufet Ramadan Laman Kayangan

Kembara Selera Memikat Jiwa Di Bufet Ramadan Laman Kayangan

Kembara Selera Memikat Jiwa Di Bufet Ramadan Laman Kayangan
pelbagai jenis kuih muih dan pencuci mulut
Secara peribadi, Umi memang syorkan korang pekena Kacang Pool Larkin, Sup Tulang Merah dan Nasi Kebuli yang memang sangat sedap selain dari tu korang kalau ke sini kena cuba teh tarik ais yang terlajak sedap.

Kembara Selera Memikat Jiwa Di Bufet Ramadan Laman KayanganAdd caption
dari kanan atas : nasi kebuli, sup daging merah, kacang pool Larkin, wantan
Gerai-gerai yang menempatkan sajian pun punya nama yang menarik antaranya Aeeron Pak Ajis,  Kacang Pool Larkin, Bombastik. Teluk Kumbaq, Kap Khun Kap, Periuk Belanga, Mr Burn, Tak Tun Tuang, Mat Tak Done yang pasti buat korang tertanya-tanya apakah sajian kat setiap gerai ni.  Jadi tunggu apa lagi, jom kita masukkan Laman Kayangan dalam senarai tempat berbuka untuk kita seisi keluarga.


HARGA BUFET RAMADAN LAMAN KAYANGAN

Early Bird (pembelian awal sehingga 16 Mei 2018)

RM50 Dewasa
RM35 Kanak-kanak dan warga emas

Harga Normal
RM65 Dewasa
RM35 Kanak-kanak / warga emas

Pakej Korporat (rujuk flyers yang diberikan)
Beli 50 meja
PERCUMA
*500 cenderahati istimewa
*5 Hamper
*PA System & Projector

Beli 10 meja
PERCUMA
*1 meja
*100 cenderahati istimewa


Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut : 

No Telefon : 019 2503090 / 012 2533973 (Pn Hasmal) / 019 2331351 (En Azahari)

Alamat : No 2, Jalan Platinum G/7G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

15 comments:

  1. menu yang memikat. harga pun murah.

    ReplyDelete
  2. Banyak juga menu dia yer. Best ni bayar je pastu makan je ap nak.

    ReplyDelete
  3. wooooooo sedap belaka lauknyeee.. meleleh air liur..

    ReplyDelete
  4. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  5. Banyak pilihan makanan yang disediakan

    ReplyDelete
  6. wahhh banyak menu-menu menarik kat sini kan.. Terasa bahang ramadhan dah ni...

    ReplyDelete
  7. Termimpi-mimpi sup tulang merah itu...

    ReplyDelete
  8. Fuhh macam macam menu ada dekat sini. Berbaloi lah kalau pergi :)

    ReplyDelete
  9. Ya Allah.. berselera smua menu.. harga pun brpatutan kan umi..

    ReplyDelete
  10. bila tengok kambing saja terus rasa menarik sangat hehe

    ReplyDelete
  11. adoi !!! mende la entri ni kak.. lapar kite haaaaaaa..

    ReplyDelete
  12. Macam2 menu yang ditawarkan kan umi fuzy. Paling best kacang pool larkin tu. Rasa nak repeat lg je

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations