Thursday, April 19, 2018

Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik

Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik | Bila sebut makanan laut atau seafood mesti terbayangkan ketam, sotong, sotong basah, udang, kepah, kerang yang sentiasa membuat kita kecur air liur kan tapi pernah tak korang makan seafood bersama Nasi Lemak bersambal lauk seafood dan dihidang dengan ikan bilis yang sedap rangup dan kacang goreng? Hanya di restoran Just Seafood yang terletak di Sunway Giza ni jer yang korang boleh dapat rasa makan nasi lemak dengan seafood ni tau!

Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik

Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik
Antara menu istimewa di Restoran Just Seafood ialah Nasi Lemak Cajun yang mungkin pelik pada sesetengah kita sebab masakan cajun atau apa-apa pasal cajun ni yang kita tahu sangat sinonim kat US jer dan kalau nak tau lebih lanjut sila cari kat google ya. Nasi Lemak Cajun ini dihidangkan dengan seafood yang dimasak dengan resepi ala cajun tapi diubahsuai sikit ikut selera orang Malaysia.  

Memang terbaik dan terasa-rasa di lidah dan menggamit untuk pergi makan lagi..hehe

The Original Cajun Style
Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik
Memang terbaik, sos Cajun yang dicampur dengan seafood ni memang lain daripada lain dan kalau di makan dengan nasi lemak, memang gandingan yang cukup terbaik.


Golden Salted Egg
Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik
Memang sedap seafood dengan sos yang diletakkan denan telur asin.dan memang menyengat


Creamy Durian Special
Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik
Creamy Durian Special - makanan laut yang digaul bersama sos istimewa dan diletakkan isi durian dan memang sesuai buat penggemar durian sebab katanya kemanisan isi durian tu bila dicampur dengan makanan laut ia menjadi hidangan yang sangat meningkat selera.
Nota : Umi tak makan durian jadi idok la mencubanya.


Coconut Ice Cream
Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik
Selain dari tu, Umi syorkan korang minum air Lemongrass Pandan (tak sempat nak ambil gambar sebab dah selesai dulu) yang sedap dan aiskrim kelapa.

Menu Just Seafood 
Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik
Menariknya restoran Just Seafood ini, kalau kita datang berempat, kita boleh membeli set hidangan empat orang atau boleh saja memilih berlainan set untuk setiap dua orang, jadi kita boleh rasa hidangan yang berbeza.  

Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik



Nota :
Ruang makan yang luas tanpa perlu beratur untuk mendapat makanan, terdapat jugak ruang untuk sebarang majlis persendirian di tingkat atas.  Untuk ke sini pun mudah sekiranya kita menaiki kenderaan awam iaitu menaiki MRT arah Sungai Buloh, turun di Stesen Surian dan berjalan kaki dalam lebih kurang 5 - 7 minit untuk sampai ke sini. 

Bagi yang memandu, cuma perlu letakkan kenderaan di parking didalam Sunway Giza dan sila guna Waze atau cari di Google Maps sebelum memulakan perjalanan hehe.

Sunway Giza ni bukan dekat Sunway Pyramid tau, ia terletak berdekatan Tropicana Resort dan sama arah ke Ikea Damansara.

Akhir sekali, pastikan perut korang kosong sebab kalau dah kenyang, memang rugi sebab pasti korang tak akan dapat menikmati keenakan makanan laut yang dihidangkan didepan mata.

Nasi Lemak Cajun Pemikat Selera Yang Unik

Waktu Perniagaan :
12:00 tengahari  - 10.30 malam (Isnin - Ahad)

Alamat :
A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

No Telefon :
017-229 5004 (Mr Terence Ham)

Email :
terenceham@justseafood.com.my

Facebook :

Instagram :
instagram.com/justseafoodmy


12 comments:

  1. Sedapnyaaa!! CUma paling berkenan dengan coconut ice cream. Feeling nak makan aiskrim pula :D

    Nway, Umi, jemput join giveaway Siqah pula ye. Hihi.

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    ReplyDelete
    Replies
    1. coconut ice cream tu mmg sedap Siqah..ni pun dok teringat2 ni.hehe

      Delete
  2. Plzzzz nak ketam sikit.. sedap tuuuu..

    ReplyDelete
  3. ya auloh.. bantuin nabila !!! nabila hungry !!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap banget bu...aku kangen lagi..hahaha

      Delete
  4. Replies
    1. betul tu AD tapi memang berbaloi sangat..sesekali kita pergi dgn kawan boleh share kosnye..;D

      Delete
  5. Wahhh lain daripada yang lain ni. Nampak sedap pulak tu.

    ReplyDelete
  6. Pergh!! Memang terbaiklah.. Makanan laut dan seafood..

    ReplyDelete
  7. Walau baru lepas makan, tetap membuat perut ku berbunyi. Coconut icecream tu kaIau dapat sedap ni.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!