Wednesday, April 4, 2018

Pelancaran Aplikasi Farmasi CARiNG secara digital

Pelancaran Aplikasi Farmasi CARiNG secara digital | sebagai jenama yang berusaha untuk seniasa berubah dan kekal relevan, Farmasi CARiNG telah membuktikan keupayaannya untuk merangkul usia digital dengan memperkenalkan Program Keahlian Regular CARiNG yang baru pada Januari 2018 yang dibangunkan bersama dengan Capillary Tech.  Program Keahlian Regular CARiNG bertujuan untuk menjangkau dan berhubung serta memberi ganjaran kepada pelanggan dan bersedia untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka di kedai fizikal dan online , sambil mengekalkan platform CEM (pengurusan pengalaman pelanggan) yang berkesan.

Pelancaran Aplikasi Farmasi CARiNG secara digital
Program ini berasakan mudah alih dan sedia untuk dimuat turun secara percuma di Apps Store untuk peranti Apple atau Google Play untuk peranti Android.  Setelah memuat turun dan mengisi butiran peribadi asas, pengguna akan diberikan keahlian seumur hidup dan diberikan 200 mata ganjaran sebagai permulaan supaya mereka dapat mengumpul dan digunakan untuk menebus Baucar Tunai CARiNG.

Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG lebih daripada sekadar 'kad keahlian digital' dimana pengguna boleh mengikuti perkembangan terbaru dan promosi dari Farmasi CARiNG yang tidak boleh dilepaskan.


Pelancaran Aplikasi Farmasi CARiNG secara digital


Sebagai kad loyalti elektronik, aplikasi ini memberi faedah kad biasa tanpa kerumitan dan memudahkan pengguna dengan hanya menekan butang yang berikut :

  • Di bahagian HOME, aplikasi CARiNG, kita dapat mengakses berita terkini mengenai kesihatan dan pemakanan yang dikhaskan oleh pakar-pakar kesihatan termasuk pelbagai berita mengenai pameran bergerak biasa, pemeriksaan kesihatan percuam, ceramah dana bengkel percuma juga tersedia di aplikasi ini dan untuk mendapatkan buletin suku tahunan
  • MEMBER (ahli) - daftar sekarang untuk dapatkan ganjaran dan nikmati ekslusif offer sebagai ahli regular dan dapatkan mata ganjaran  1 CARiNG dengan pembelian secara atas talian serendah RM1.  Pengguna dapat mengemaskini jumlah mata ganjaran dan membuat penebusan secara langsung melalui aplikasi
  • VOUCHER -  memaparkan semua baucar dan butiran pengguna yang tersedia, jadi kita tidak perlu menyimpan dan menguruskan beberapa baucar secara fizikal pada satu masa.  Jangan risau sekiranya kita kehilangan baucar atau ianya melebihi had tamat tempoh dan disetiap sambutan ulang tahun hari lahir, kita akan mendapat RM5 dan menerima 3x mata ganjaran kelahiran untuk semua pembelian yang kita buat. Menarik kan!
  • PROMOTION (Promosi) - Ketahui kempen terkini yang memaklumkan sebarang diskaun, pembelian dengan pembelian serta hadiah percuma dan sebarang tawaran 4 hari atau promosi jangka pendeK
  • HEALTH INFO (info kesihatan) - dapatkan informasi tentang kesihatan, kecantikan dan tip-tip dari pakar farmasi.
  • LOCATION (lokasi) - kita boleh mendapat cawangan Farmasi CARiNG yang terdekat dan juga menyimpan lokasi cawangan kegemaran untuk rujukan masa depan. Terdapat lebih dari 114 cawangan Farmasi CARiNG diseluruh dunia dan masih ada dalam proses penambahan bilangan cawangan untuk kemudahan para penggunanya
  • E-STORE - menyambungkan ke semua CARiNG eStore dan mendapat maklumat tentang tawaran hebat yang ada dan menebus sebarang jumlah mata ganjaran CARiNG secara membeli atas talian

Mengakui bahawa kebanyakan pengguna telah dibanjiri dengan pelbagai kad keahlian loyalti, Pengarah Urusan Pengurusan Runcit Farmasi CARiNG Sdn Bhd, Encik Chong Yeow Siang berkata
"apakah kegunaan kad keahlian loyalti jika ia hanya dudu di rumah bersama-sama dua puluh kad keahlian yang lain? Pada zaman ini, tiada siapa yang meninggalkan rumah tanpa telefon bimbit mereka, jadi Aplikasi Program Keahlian Regular CARiNG kami sentiasa boleh diakses setiap masa!"

Pada pelancaran itu, jenama seperti Tiger Balm, Allergan, Scotts, Blackmores, Dermareen, Avene, QV, Splat, Jordan, Cypress Medi, GoodMorning, Body Buddy, Hiruscar dan Brand's telah mengambil bahagian untuk mempamerkan produk mereka dan memberi pendedahan kepada para tetamu tentang produk mereka.

Pelancaran Aplikasi Farmasi CARiNG secara digital

Kemunculan istimewa Mr Bean Malaysia dan persembahan tarian cukup menghiburkan tetamu  disamping peluang bertemua pelakon dan pengacara TV Dynas Mokhtar, DJ radio 988 dan pengacara 8TV, Cheryl Lee Xin Yi yang turut berkongsi pengalaman menggunakan aplikasi program keahlian regular CARiNG.

Pelancaran Aplikasi Farmasi CARiNG secara digital
Sebagai pengacara untuk pemuliharaan alam sekitar, saya suka bahawa aplikasi ini tidakk menggunakan kertas untuk surat berita, risalah promosi dan kad plastik yang berakhir di tapak pelupusan sampah.  Secara keseluruhan, saya suka aplikasi ini kerana ianya mempunyai aplikasi all-in-one untuk kemas kini berita, keahlian, perbelanjaan dan pengurusan baucer terkini - Dynas Mokhtar

Pelancaran Aplikasi Farmasi CARiNG secara digital
"Saya mempunyai banyak kad keahlian yang saya tidak pernah gunakan kesemuanya dan hanya disimpan dirumah kerana kad-kad keahlian ini mengambil begitu banyak ruang dalam beg saya.  Saya fikir ia tidak mendatangkan sebarang keuntungan untuk mempunyai kad keahlian yang banyak kerasa saya tidak pernah menguruskan sebarang mata atau menggunakan diskaun ahli, malah saya telah berhenti menyertai program kad keahlian loyalti kerana alasan ini.  Tetapi aplikasi ini menjadi nafas baru kerana ia menangani masalah utama dengan kad keahlian dan malah ia juga memberi saya banyak bonus"  - Cheryl


Dengan pelancaran aplikasi program keahlian regulalr CARiNG ini, kami berharap untuk menjadi lebih dekat dengan pelanggan kami dalam membberikan perkhidmatan dan produk yang lebih baik, sambil memberikan ganjaran kerana mempercayai kami dengan keperluan kesihatan dan perubatan mereka - Encik Chong Yeow Siang

Jom muat turun aplikasai program keahlian regular CARiNG sekarang dan kumpul mata untuk kita tebus baucar tunai

Image result for caring farmasi
Pelancaran Aplikasi Farmasi CARiNG secara digital

Tentang Farmasi CARiNG

CARiNG Pharmacy Retail Management Sdn Bhd terutamanya mengendalikan rangkaian farmasi masyarakat dibawah jenama 'CARiNG' di Malaysia.  Farmasi kami membawa produk farmaseutikal, produk penjagaan diri serta peranti perubatan dan penjagaan kesihatan.

Di Farmasi CARiNG, misi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan farmasi yang paling professional dan inovatif serta produk berkualiti tinggi dan kos efektif kepada pelanggan kami.  Kami berhasrat menjadi pemacu dan prooter gaya hidup sihat dalam komuniti yang kami berkhidmat.

3 comments:

  1. wah.. menarik ni, siap ada aplikasi..:)

    ReplyDelete
  2. Semua nya dah dhujung jari haaa kn 😛

    ReplyDelete
  3. Semua nya dah dhujung jari haaa kn 😛

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!