Thursday, April 5, 2018

Peranan Ibu Bapa Seiring Guru Untuk Kecemerlangan Anak-Anak

Peranan Ibu Bapa Seiring Guru Untuk Kecemerlangan Anak-Anak | Memang menarik dan terbaik bila kita sebagai ibu bapa dan guru bergandingan untuk memastikan kecemerlangan anak-anak di sekolah ddalam bidang akedemik dan Umi sendiri seronok tengok anak-anak tahun 6 Gagah SKTSR dah semakin bersemangat dan bersedia untuk menghadapi UPSR.  Malahan menurut guru kelas Puan Chan, memang tak de dah sungutan dari guru-guru matapelajaran lain yang ada kerja sekolah tak siap.  

Peranan Ibu Bapa Seiring Guru Untuk Kecemerlangan Anak-Anak

Memang Umi akui kalau anak-anak kelas 6 Gagah ni yang majoritinya pengawas sekolah tu tak termasuk lagi jawatan lain yang disandang, memang la kerja sekolah jadi mangsa, samada tak siap atau separa siap sebab dengan kelas tambahan dan kemudian kena ke sekolah agama lagi, memang memenatkan sampai boleh balik rumah boleh terlena.  Kalau nak harap Umi mengajar memang parah la sebab dengan sistem dan format pembelajaran yang terlalu berbeza.  Maklumlah Umi ni oldschool kan..hehe.  

Tahniah buat En Faizul bapa kepada seorang murid dikelas yang sama, yang memberi cadangan dan bertungkus lumus untuk anak-anak ni dengan mengikuti kelas prep ala MRSM supaya anak-anak ni dapat berbincang dan membuat kerja sekolah bersama disamping berkongsi pengetahuan.  Malah En Faizul juga akan pastikan ada bantuan kenderaan yang akan mengambil dan menghantar anak-anak pulang selepas selesai kelas prep kalau mereka tak ada pengangkutan.  Tahniah juga buat ibu bapa anak-anak yang turut membantu dengan menjaga anak-anak sehingga selesai kelas prep ni dan terima kasih juga buat Pengetua sekolah yang membenarkan aktiviti yang sangat bermanafaat termasuk Puan Chan yang tak jemu membantu anak-anak kelas 6 Gagah ni. 


Harap-harap diaorang ni yang seramai 34 orang ni adalah anak-anak yang akan mendapat keputusan 6A untuk UPSR tahun 2018 dan pada pendapat Umi usaha ni elok diteruskan untuk tahun-tahun akan datang dan menjadi contoh kepada kelas tahun 6 yang lain dan mungkin sekolah-sekolah yang lain


5 comments:

  1. semoga berjaya mendapat keputusan cemerlang untuk anak akk :)

    ReplyDelete
  2. tak macam dulu just harap tuisyen biasa je.. belum lagi yg kaki ponteng hihi.. senang sekarang ibu bapa boleh pantau hanya guna WA je..good luck achu acha untuk upsr tahun ni...

    ReplyDelete
  3. Good luck untuk semua pelajar
    Semoga berjaya di dalam peperiksaan nanti..

    ReplyDelete
  4. Demi anak-anak yang nantinya jadi anak bangsa..ibu bapa dan guru moga menjadi sahabat...

    ReplyDelete
  5. Betul sy setuju! Ibu bapa lah yang paling main peranan sebenarnya dalam pendidikan anak-anak ni.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!