Saturday, April 28, 2018

Resepi | Gulai Lemak Keladi Ikan Masin

Ni antara masakan kegemaran mak dan kalau buat gulai lemak memang mak akan letak tulang ikan atau ikan kering.  Rasanya masakan ni kegemaran orang sebelah Perak utara jer kot.  Ni jugak la antara resepi bulan Ramadan kami sekelurga.

Apa pun batang keladi ni jangan dilangkah sebab boleh menyebabkan ia gatal, kata mak dan kekadang tu ada jugak jenis keladi yang gatal walau kita basuh bersih dan rebus dengan asam keping pun tetap gatal lepas dimasak, jadi masuk tong sampah la jawabnya sebab kalau degil nak makan jugak tanggung la kegatalan yang tak boleh digaru dalam mulut tu..

Resepi | Gulai Lemak Keladi Ikan Masin


Bahan-bahan:
1 ikat batang keladi
Tulang ikan masin talang atau isi ikan kurau atau talang
300 ml pati santan
3 keping asam gelugur
2 cawan air
Garam secukup rasa


Bahan untuk ditumbuk
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia (untuk mengurangkan kegatalan keladi)


Cara-cara
  • Batang keladi dibasuh, dibersihkan dan direndam dengan air garam supaya selut atau cacing yang melekat kat batang keladi tu dibuang.
  • Potong batang keladi dalam 2 inci atau ikut kesukaan kemudian direbus bersama keping asam gelugur hingga agak layu dan toskan.  Kalau ada ubi keladi, rebus hingga empuk.
  • Dalam periuk, masukkan bahan yang ditumbuk bersama rempah, masukkan air, kacau hingga sebati dan biarkan dengan api perlahan hingga mendidih.  Masukkan batang keladi, ubi keladi dan kacau hingga sebati dan air tu jadi agak kering, tapi jangan terlalu kering
  • Masukkan tulang ikan, dikacau lagi hingga bersalut rempah, kacau perlahan jangan sampai hancur isi
  • Tuangkan pati santan dan tambah sedikit air panas supaya tak terlalu pekat, kacau dengan api perlahan hingga nampak mendidih dan tutup api. Jangan sampai pecah minyak.  Masukkan garam secukup rasa

6 comments:

  1. Pergh!! Sedap betul kalau dapat makan nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan dgn nasi panas2 kan Sha..mmg bertambah 😀

      Delete
  2. Wah.. Sedap ni. Lawan dgn ulaman plus sambal belacan tempoyak lagilah terangkat... Aummm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh terbayang sampai kecur air liur ni..😂😁

      Delete
  3. Keladi tu even kita dah tau bagi effect gatal, still makan jugak sebab sedap! Hehehe. Macam Sha teringin jugak hari tu ambik sikit je jadilah buat pelepas kempunan, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..kalau ada depan mata tp xambil mmg xsah kan Sha..😀

      Delete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!