Wednesday, May 30, 2018

Wednesday, May 30, 2018

5 Resepi Mudah Kuih Melayu Untuk Berbuka Puasa

Kali ni Umi nak kongsi resepi paling mudah untuk dibuat. Serius ah Umi ni dah macam peminat pisang jer kan..tapi agak betul jugak sebab pisang ni senang nak jumpa kat mana-mana kedai dan senang nak makan bila-bila masa je kan.


1. Serawa Pisang


5 Resepi Mudah Kuih Melayu Untuk Berbuka Puasa

Tuesday, May 29, 2018

Tuesday, May 29, 2018

Nimpmos Mobile App Grand Launch and MOU Signing with Montgomery Securities LLC

Guess lots of us still not familiar with this Nimpmos app rite?  and nothing much info I can get but this Nimpmos is something like live streaming mobile application and you get paid that similar like UpLive app. Read more below for more information okay

Nimpmos Mobile App Grand Launch and MOU Signing with Montgomery Securities LLC

Nimpmos Sdn Bhd, the first blockchain live e-commerce platform from Malaysia, is now available for download on Play Store and Google Play.id. This application is the hottest live streaming trends and e-commerce technology. Since its soft launch in March 2018, the app has already attracted many youth from South East Asia, Nimpmos Sdn Bhd is planning to list on Nasdaq in the United States and will sign a MOU with U.S. company Montgomery Securities LLC on May 26th at the official grand launch of NIMPMOS held at Renaissance Kuala Lumpur, Malaysia and attracted over 1,500 attendees.

Nimpmos Mobile App Grand Launch and MOU Signing with Montgomery Securities LLC

Nimpmos Mobile App Grand Launch and MOU Signing with Montgomery Securities LLC

MOU Ceremony signing by Ms. Ines Yao, founder and CEO of NIMPMOS, and John Alfred Ritter, Managing Director of Montgomery Securities LLC,Mr. Wadih Maalouf, Dubai Blockchain Advisor as a witness of the MOU Signing Ceremony. 

Montgomery Securities LLC is a planning listed company and is currrently planning the listing cooperation with more than 80 companies including Yahoo, IQIYI and other.  According to Miss Ines Yao, they believe the team are capable on consistently developing new live streaming featurs and recruiting and grooming prominent influencers to be a part of the NIMPMOS team.  Besides live broadcasting show, these influencers will represent the company for attending major events, filming, brand endorsements or any form of activities capable fo generating income for the company.  Other than offering live broadcasting platforms to its users, NIMPMOS is a one stop internet solution company that offers additional services such as social media marketing, video production, photo shooting and live program recording.

Nimpmos Mobile App Grand Launch and MOU Signing with Montgomery Securities LLC
In the event, NIMPMOS SDN BHD also made a charity contribution of RM10,000 as an act of corporate social responsibility to 6 social welfare homes,  Pertubuhan Baitul Rahmah (Country Home Rawang), Baitul Ulfah (Seri Kembangan), Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary (Setapak, Kuala Lumpur), Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat (Taman Megah, Petaling Jaya), Charis Home (Kuala Lumpur) and Angels Children's Home (Old Klang Road, Kuala Lumpur). 

Nimpmos Mobile App Grand Launch and MOU Signing with Montgomery Securities LLC
Local celebrities Namewee and Joyce Chu also made their appearances and performed individual songs in the event.

Nimpmos Mobile App Grand Launch and MOU Signing with Montgomery Securities LLC

Nimpmos Mobile App Grand Launch and MOU Signing with Montgomery Securities LLC

About NIMPMOS
NIMPMOS is currently based in a few branches including Taipei, Guangzhou, Kuala Lumpur and Penang with Malaysia as its headquarter. The operation and marketing division is currently managed our dedicated team of 30 staffs in the Malaysia headquarter while the Taipei branch is the core pillar for the NIMPMOS operation by being the centre of recruitment for live broadcasters. The Taipei team consisting of 45 staffs is responsible for managing the operations of up to over 400 broadcasters by monitoring the performance of their live streaming and handling broadcaster's live schedule. Based in Guangzhou, the technical team consists of 36 staffs and they are responsible to maintain and develop new features for the mobile app regularly.

Sunday, May 27, 2018

Sunday, May 27, 2018

Rapatkan Saf - Kempen Ramadan TV AlHijrah

Rapatkan Saf - Kempen Ramadan TV AlHijrah | TV AlHijrah kembali menemui penontong pada Ramadan 1439H dengan menghidupkan semula tema Ramadan yang lalu iaitu Rapatkan Saf.


Tema Rapatkan Saf Ramadan 1439H ini tidak datang hanya sebagai slogan namun tema ini diliht kekal relevan sebagai iktizam dan atekd sebuah stesyen televisyn berkonsepkan Islam untuk menyatukan ummah dalam menghayati erti Ramadan serta menggerakkan fizikal dan minda para penonton kearah kejayaan dalam perjuangan mereka di bulan yang mulia ini. Oleh yang demikian, TV AlHijrah menyusun strategi yang komprenhensif untuk menyajikan program-program yang terbaik yang mampu menyemarakkan Ramadan semua . 

LIMA SAJIAN EKSLUSIF RANCANGAN-RANCANGAN DARI PELBAGAI GENRE Ramadan tahun ini memperlihatkan susunan strategi rancangan=rancangan TV AlHijrah dengan mengambil kira komen serta permintaan penonton pada Ramadan lalu.

Antara rancangan baru yang diperkenalkan Ramadan ini adalah seperti Jalan Amanah, Siri Animasi Farhaa, Kapsul Majlis Hafazan Antarabangsa 2018, Selingan Hasrat, Masjid ke Masjid dan lain-lain.  Namun begitu, lima program utama yang dipilih stesen ini dan dijangka bakal mendapat tontonan tertinggi adalah Seruan Berzakat, The Chosen, Cooking With Colors, Poket Akhirat, Iringan Illahi, Singahan Abdi

Seruan Berzakat | Setiap Isnin | 6.30 petang
Sepanjang Ramadan ini, penonton akan dipandu untuk memahami perihal Zakat menerusi Lembaga Zakat Kedah.  Rancangan ini akan membawa penonton menelusuri sejarah bermulanya era pengenalan pembayaran zakat sebagai sebuah institusi negeri.  Turut dimuatkan peranan institusi zakat terhadap lapan golongan asnaf di negeri Kedah.


The Chosen | 6.30 petang | Mulai 11 June 2018
The Chosen adalah sebuah dokumentari Bahasa Inggerins terbitan dalaman TV AlHijrah.  Menerusi rancangan ini, penerbit rancangan iaitu Fitri Musa akan berkongsi kisah dilema, trauma dan harapan masyarakat Palestin di Lubnan yang masih lagi dinafikan hak kemanusian mereka walaupun sudah menetap di negara itu selepas terjadinya peristiwa Nakbah sekitar tahun 1948. Dokumentari ini juga akan mengimbas semula tragedi pembunuhan beramai-ramai Sabra Shatila pada sekitar tahun 1982 menerusi kaca mata mangsa yang melalui sendiri peristiwa pahit tersebut.


Cooking With Colors | Setiap Hari | 5 Pagi, 10 Pagi, 11.30 Pagi, 4 Petang, 5.15 Petang
Cooking With Colors adalah sebuah program masakan yang dihoskan oleh Chef Shahrim, seorang chef bertaraf antarabangsa juga seorang doktor dan pelukis.  Berbeza dengan program masakan yang disiarkan sebelum ini, Chef Shahrim akan menggabungkan seni masakan dan seni lukisan dalam persembahan beliau.  Menarik sekali apabila Chef Shahrim akan terlebih dahulu melukis gambar menu masakan yang akan beliau sediakan.
Seterusnya penonton akan dibawa bersama-sama ke pasar-pasar terpilih untuk membeli bahan mentah.  Chef akan berkongsi tips-tips pemilihan bahan mentah yang terbaik.
Pelbagai tempatan dan antarabangsa yang mudah dan cepat untuk disediakan pada bulan Ramadan istimewa untuk penonton TV AlHijrah.

Poket Akhirat | Setiap Jumaat & Sabtu | 6.30 Petang
Poket Akhirat adalah sebuah rancangan berbentuk drama dokumentari tajaan Lembaga Zakar Kedah yang berkongsi kisah golongan asnaf dalam meneruskkan kehidupan seharian menggunakan sumbangan zakat
Penonton berpelung memahamii secara mendalam tentang fungsi dan peranan agihan zakat sebagai pemangkin pembangunan sosio-ekonomi kepada umat Islam khususnya di negeri Kedah

Iringan Illahi | Setiap Selasa | 6.30 Petang
Iringan Illahi adalah sebuah program travlog dakwah kendalian Ustaz Ashraff Suarin.  Sanbil menikmatii keindahan alam, Ustaz Ashraff Suarin akan mengambil pendekatan berbeza dalam mendekati umat Islam Malaysia yang keciciran dari arus perdana.  Antara yang disantuni Ustaz Ashraff Suarin adalah seperti umat Islam yang keciciran antaranya kaum Bajau Laut di Sabah.


Singgahan Abdi | Setiap Khamis | 6.30 Petang
Singgahan Abdi membawa penonton menelusuri Kota MEkah dan Madinah bagi melaksanakan ibadah Umrah.  Selain daripada penerangan tentang ibadah Umrah, turut dimuatkan dalam rancangan ini adalah tips dan panduan untuk memilih agen pelancongan berdaftar bagi mengelakkan penonton menjad mangsa penipuan.

ACARA LAPANGAN SEPANJANG RAMADAN
Selain susunan program yang merangkumi pelbagai genre seperti Kerohanian, Majalah, Drama Dokumentari, Travelog, Masakan, TV AlHijrah turut melaksanakan pelbagai aktivit lapangan untuk penonton setianya.
Antara yang sudah direncanakan adalah Bubur Lambuk, Bubur Lambuk Antarabangsa, Qiamulail dan Quran Hour.


Bubur Lambuk
Tradisi pengagihan bubur lambk di bulan Ramadan diteruskan untuk tahun ketiga.  Sebanyak sepuluh trak saji akan bergerak dari AlHijrah Big Studio (ABS) menuju ke enam destinasi setiap hari bagi mengedarkan 7000 bungkusan bubur lambuk.

Sedikit kelainan pada tahun ini, bubur lambuk resepi turun temurun Restoran Pak Monek Kampung Baru akan dimasak dimasak secara bergotong royong setiap hari di AlHijrah Big Studio (ABS).  Program edaran bubur lambuk TV AlHijrah ini turut mendapat kerjasama Persatuan Foodtruck Putrajaya, Persatuan Food Truck Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang.

Bubur Lambuk International
Pada tahun pertama diperkenalkan program bubur lambuk International, hanya lapan negara sahaja dipilih sebagai lokasi agihan sepanjang Ramadan.  Namun begitu, atas respons positif dan sambutan hangat masyarakat luar negara, kre Bubur Lambuk International akan menjelajah keempat belas buah negara baru pada Ramadan kali ini.  Negara-negara tersebut adalah Morocco, Korea, Indonesia, Perancis, Ethiopia, Jordan, Turki, Scotland, Mekah, Rusia, Oman, Jerman, Jepun dan Amerika Syarikat.

Aktivit yang mampu mengeratkan ukhwah ummah, melipat gandakan pahala, serta mempromosikan makanan tempatan Malaysia ini mendapat sokongan penuh pihak Kedutaan Malaysia, pelajar-pelajar universiti dan juga penduduk tempatan.

Qiamullail
TV AlHijrah turun padang untuk bersama penonton setia TV ALHijrah bagi mengimarahkan sepuluh malam terakhir Ramaan.  Qiamulail yang dibawakan secara langsung dari Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan dilaksanakan pada abtu, 9 Jun 2018 bermula jam 3 pagi hingga 8 pagi.  Antara pengisian yang telah dirancang adalah termasuk memberikan pengisian rohani seperti Majlis Tazkirah sebelum Berbuka Puasa, Solat Terawih berjemaah, Tadarus AlQuran, Tazkirah Ramadan, Solat berjemaah, Sahur dan Kuliah Subuh, Selebriti TV AlHijrah turut turun paang untuk sama-sama merapatkan saf

World Quran Hour
Bacaan Al Quran secara beramai-ramai akan dilaksanakan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa pada 7 Jun 2018 bersamaan 22 Ramadan 1439H.  Acara yang digerakkan oleh Kumpulan Media Karangkraf menerusi Yayasan Warisan Ummah Okhlas ini akan disarkan di stesen TV AlHijrah

Program ini mampu menggalakkan umat Islam untuk lebih menghayati Al Quran sekaligus membuka mata orang bukan Islam akan keindahan Islam serta amalannya.

Friday, May 25, 2018

Friday, May 25, 2018

Seronoknya Nak Jumpa Khai Bahar, Jom ke Klang Parade

Siapa pembaca blog ni peminat Khai Bahar? Tak payah angkat tangan la dik oii. Mesti ramai kan..jadi kita geng! hehe.  Khai Bahar memang idola Umi dan antara lagu Khai Bahar yang Umi suka pastilah lagu Bayang dan Luluh,,ehh terasa nak menyanyi sama pun ada dah ni. 

 ♫ ♪ Bayang...
mekar didalam jiwa ku
bersebelahan tanganku
tak mungkin aku terlupa..
Rinduu ♪ 

Sebenarnya bukan Umi jer yang minat Khai Bahar tapi the girls kat dalam rumah ni pun minat dia tau..jadi apa saja info tentang Khai Bahar ni mesti kami dulu kemudian kongsi..hehe



Khai Bahar atau nama penuh dia Muhamad Khairul Bin Baharuddin ni mula terkenal dan jadi viral pada tahun 2016 bila dia menyanyi dalam aplikasi smule dan orang kami dan semua peminat dia panggil dia King of Smule.  Sebelum tu dia hanya penyanyi busker atau penyanyi jalanan di Kuching walau dia berasal dari Perlis.

Image result for khai bahar

Kalau pernah layan Khai Bahar kat Smule, mesti korang tau lagu apa yang dia selalu bawa dan antara lagu Ziana Zain yang bernada tinggi pun jadi pilihan dia termasuk lagu dari Kumpulan Projektor Band. Khai Bahar ditawarkan kontrak dibawah syarikat rakaman NAR Records pada tahun 2016 dan sudah pun punya 4 single yang cukup popular iaitu lagu Bayang, Dari Jauh Saja, Sinar Syawal dan Luluh.  Apa lagu favorite Umi? mesti la lagu Bayang dan Luluh. 

Related image

Dia juga dah meraih 12 anugerah dari Anugerah Meletop Era 2017, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017, Anugerah Planet Muzik 2017, Top Hot Hot FM 2017 dan Era Digital Muzik Awards 2018, dan ni la usaha para peminat dan penyokong tegar Khai Bahar selain usaha Khai Bahar sendiri..  Dia pernah berduet denga Siti Nordiana dan terkini, Dato Sri Siti Nurhaliza dah memilih Khai untuk berduet bersama dalam lagu Cinta Syurga..hebat kan!

Image result for khai bahar

Jangan korang ingat korang jer minat Khai Bahar ni tau sebab Khai punya fans club yang aktif dan peminat dia bukan ada kat Malaysia tapi kat Indonesia, Singapura, Taiwan dan Thailand.  Kalau tengok kat IG, dia punya follower seramai 1.3M! 

Siapa nak follow dia kat Instagram > klik @khaibahar94

Jeng..jeng..jengg.. jom kita ke Klang Parade pada 3 Jun ni tengok persembahan Khai Bahar dan artis-artis yang lain antaranya Hael Hussaini, Adibah Noor dan Kilafairy. Jangan lupa tanda kalendar korang  dan letak notifikasi kat smartphone korang sekarang kot-kot nanti lupa kan dah terlepas peluang nanti.


Alang-alang dah kesana menonton idola kita Khai Bahar, apa kata kita terus buka puasa kat Next Food Junction, tingkat 5, Klang Parade. Banyak pilihan yang kita boleh nikmati kat sana. Jomss




Friday, May 25, 2018

Resepi : 7 Hari Resepi Berbuka Bulan Ramadan Dengan Ayam

Umi nak kongsi resepi 7 hari berpuasa buat kali ni yang mungkin boleh bagi idea kat korang yang mungkin kebuntuan akal seperti Umi jugak tapi masak tu tetap kena masak sebab rakyat dengan pemintaan yang melepasi tahap kebolehan kekadang tu..hehe

Ni Umi letak apa yang dimasak dan link resepi yang memang sedia ada dalam blog ni.  So feel free untuk pilih resepi ni bila-bila nak masak ikut kesukaan sendiri la ya lagipun Umi bukan ler pandai memasak sangat tapi suka makan dan ada yang hendak makan.

Selamat mencuba!

*******************

1 Ramadan 1439H

Ayam Masak Masam Manis


Resepi Ayam Masak Masam Manis

Bahan-bahan
½ ekor ayam, dipotong ikut kecil, dibersihkan
2 ulas bawang merah, ditumbuk
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 labu bawang holland, dipotong baji
1 biji tomato, dipotong baji
Daun bawang, dipotong sepanjang 1 inci
2 sudu sos cili
3 sudu puri tomato
½ cawan air
nenas dalam tin, dipotong kiub (kalau tak letak pun tak apa)

Cara membuatnya:
  • Lumurkan garam kunyit pada ayam dan digoreng separuh masak
  • Panaskan kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.  Masukkan sos cili, puri tomato dan air, biar mendidih dan masukkan ayam dan bawang.  Pastikan ayam berpalut dengan sos.
  • Masukkan tomato dan biarkan dalam 5 minit, masukkan daun bawang dan tutup api


Ikan Terubuk Sarawak Goreng


Yang ni tak ada resepi sebab mudah jer.  Umi suka letak cili kering sebab bila di goreng dapat rasa kerangupan cili kering tu bila dikunyah dengan nasi putih..perghh

Kuih Lopes > baca SINI


Sambal Kelapa Dengan Ulam > baca SINI


*******************

2 Ramadan 1439H

Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Kayu Daging Salai


Resepi Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Kayu Daging Salai

2 ikat pucuk ubi kayu, sebaiknya yang batang merah
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
5 ulas bawang merah, ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
6 - 8 tangkai cili api, kalau nak pedas tambah ikut kesukaan, ditumbuk
1 inci kunyit hidup, ditumbuk
2 keping asam keping
2 cawan air
garam secukup rasa

Daging salai - Daging nipis dan letakkan kedalam alat pemanggang atau letak atas kuali leper, diterbalikkan supaya masak tapi jangan hangit pulak

Cara memasak:
  • Pucuk paku di bersihkan, ambil daun pucuk dan daun yang muda. Kerat daun dalam 1 inci dan cuci bersih dan rebus hingga lembut dan toskan.
  • Masukkan bahan yang ditumbuk, asam keping dan daging salai kedalam periuk dengan secawan air dan renih dalam 10 minit tapi pastikan jangan kering pulak. Tambah air jika perlu.  
  • Masukkan pucuk ubi kayu dan santan cair, dikacau hingga sebati. Bila nampak hampir mendidih, masukkan santan pekat, kacau seketika.  Tutup api dan masukkan garam secukup rasa

Ayam Bakar Mudah


Resepi Ayam Bakar Mudah

½  ekor ayam di potong ikut kesukaan, dibasuh dengan tepung dan limau kasturi.
2 ulas bawang putih, diketuk
½ sudu lada hitam, ditumbuk

Cara membuatnya:
  • Ayam diperap dengan sos tiram, paprika, sedikit garam, bawang putih serta lada hitam dalam ½  jam.  Masukkan kedalam pemanggang atau oven, dibakar hingga masak

Memang mudah dan cepat, jadi kalau nak masak boleh buat ½ jam sebelum berbuka kalau tak mau ada yang tergoda ;D


*******************

3 Ramadan 1439H

Sambal Udang Petai




Sup Tulang Rusuk ala Thai


Resepi Sup Tulang Rusuk ala Thai

Bahan-bahan
500gm tulang rusuk atau mana-mana bahagian tulang lembu
air secukupnya
1 batang serai, diketuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 batang saderi, dipotong 1 inci secara serong
3 tangkai pokok ketumbar
1 batang lobak, dipotong
10 biji cili api
1 biji bawang holland, dipotong baji
1½ senduk sos nampla (sos ikan)
daun sup, dihiris
daun bawang, dihiris
daun limau purut
2 biji buah keras, diketuk hingga agak hancur

Cara membuatnya:

  • Masukkan tulang didalam periuk bersama buah keras hingga lembut.  Pastikan air menutupi tulang dan direbus hingga sampai suku periuk.  Kalau ada pressure cooker lagi cepat daging akan empuk.
  • Tambah air masak ke dalam periuk dalam ½ periuk dan biarkan mendidih, kemudian masukkan bawang putih, sos ikan, jus limau nipis, serai dan daun limau purut.
  • Masukkan daun ketumbar, batang saderi, lobak, cili api yang diketuk, bawang holland serta tomato.  Biarkan sup mendidih.  Tutup api dan masukkan garam dan sedia untuk dihidangkan dengan sambal belacan, perghh


Kuih Lompang > baca SINI


*******************

5 Ramadan 1439H


Masak Lemak Cili Api Perut Dengan Rebung



*******************

6 Ramadan 1439H

Resepi ni atas permintaan DH untuk guna ikan tenggiri walau Umi lebih suka ikan merah sebab rasanya lebih sedap ;D


Ikan Tenggiri Masak Asam



Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam

5 keping ikan tenggiri, dibersihkan dan dicuci dengan limau kasturi
2 cawan air asam jawa
1 labu bawang besar dipotong taji
2 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
1 - 2 tangkai cili merah, dihiris
3 tangkai cili api
garam secukup rasa
½ gula

Cara membuatnya:
  • Ikan tenggiri diletakkan dengan garam dan kunyit, digoreng hingga garing.
  • Panaskan minyak didalam kuali, masukkan bawang besar, halia dan bawang putih, goreng hingga naik bau.
  • Masukkan air asam jawa, biarkan mendidih seketika dan masukkan ikan tenggiri, cili api dan cili masak, biarkan mendidih dalam 5 min
  • Tutup api dan masukkan gula dan garam secukup rasa.


*******************

7 Ramadan  1439H

Asam Pedas Ikan Kembung

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung  han

3 ekor ikan kembung
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bwang putih
3 inci kunyit
1 inci belacan
1 batang serai, diketuk
5 biji bendi
2 cawan air asam jawa
Daun kesom
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :

  • Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan  belacan dengan sedikit air
  • Panaskan minyak didalam kuali, masukkan sebatang serai yang dititik, kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan digoreng sampai naik bau.
  • Masukkan air asam jawa dan dikacau sekejap.  Bila mendidih, masukkan ikan kembung dan daun kesum.
  • Akhir sekali masukkan bendi dan biarkan dalam 5 min sebelum ditutup api.  Masukkan garam, gula dan aji-no-moto (kalau suka) secukup rasa.

Kerabu Mangga



Kerabu Mangga

2 biji mangga telur, diparut/disagat/dicincang halus
1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
2 biji bawang besar, dimayang
6 biji cili api, dipotong halus
3 sudu sos nampla
Daun kesom
Segengam ikan bilis, dibersih dan digoreng
Garam dan gula

Cara membuatnya :

  • Masukkan mangga yang telah disagat kedalam bekas, masukkan cili api, bawang besar, hirisan bunga kantan, cili potong, daun kesom dan digaul hingga rata,  Masukkan sos nampla, garam dan gula,



Thursday, May 24, 2018

Thursday, May 24, 2018

Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun

Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun | Ahad lepas Umi dan anak-anak berkesempatan turun ke Jakel Shah Alam untuk sesi majlis sembang santai bersama Duta Raya Jakel tahun ni disamping nak merasai kemeriahan membeli belah sempena Hari Raya yang bakal tiba.  Memang meriah! Mana tidaknya dengan pihak Jakel berbesar hati memberi 1000 baju Melayu secara percuma dan kemudian lelongan dengan diskaun sehingga 85%  memang tersangat havoc la kan.  Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun dan Jakel Shah Alam merupakan destinasi ke 2 promosi dibuat selepas Kuala Lumpur sehari sebelumnya.

Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun
Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun

Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah salah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memaarkan produk pakaian raya diantara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan.  Industri fesyen tanah air semakin berkemang maju dan mendapat perhatian yang tinggi dalam kalangan masyarakat tempatan.  Menjadi lumrah setiap insan ingin kelihatan menawan dalam setiap penggayaan terutama ketia musim perayaan.  Disamping menitik beratkan soal kualiti, tawaran harga yang dipasarkan juga memainkan peranan petnting.  Melihatkan keadaan ekonomi yang kuran rancak, ramai pelanggan di luar sana lebih bijak dan selesa memilih koleksi pakaian mampu milik tetapi masih mengekalkan eleman ekslusif
- Tuan Haji Mohamed Izani b Mohamed Jakel, Pengarah Urusan Jakel Shah Alam
Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun
Jakel sebuah pusat gedung tekstil tanah air mengambil inisiatif sebagai "one stop centre" untuk memudahkan pelanggan untuk medapatkan pakaian raya berjenama pelbagai selebriti dibawah satu bumbung.  Umum sedia maklum siapa selebriti dan Duta Raya Jakel tahun ni tak lain dan tak bukan mereka adalah Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya & Lara Alana (Schawalara) beserta Hanis Zalikha, Hairul Azzreen & Yusuf, Harith Iskander dan kartun kegemaran kanak-kanak tak lain dan tak bukan Upin dan Ipin.

Kesemua koleksi yang dikeluarkan Jakel sangat mementingkan pemilihan fabrik berkualiti tinggi, permainan warna yang bersesuaian dan perincian rekaan secara kemas dan rapi. Pastinya si pemakai hendak kelihatan bergaya dan fashionable serta up to date bila memakai koleksi Jakel.  Ternyata Jakel menginginkan semua pelanggan dari semua peringkat usia yang memiliki koleksi pakaian dari Jakel kelihatan anggun bagi para wanita dan bersifat maskulin bagi si jejaka. Setiap koleksi yang dihasilkan mempunyai variasi pelbagai design dan pelbagai pilihan warna yang pasti membuat pelanggan rambang mata.


JAKEL BARULAH RAYA

Majlis sembang santai di Jakel Mall Shah Alam dimeriahkan dengan sesi lelongan jualan "Happy Hour" oleh para Duta Raya Jakel dengan harga runtuh untuk para pelanggan Jakel.  Pihak Jakel sendiri memberikan 1000 baju Melayu percuma kepada pelanggan terawal dan setiap pembelian keatas baju Melayu, pelanggan akan menerima kain ela bercorak secara percuma.

Kain Sampin Benang - pada tahun 2018 pihak Jakel membuat kelainan dengan memperkenalkan Kain Sampin Benang yang ditampilkan dengan moden klasik dan tradisional.  Sebagai trendsetter jualan fabrik, Jakel semestinya menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif untuk citarasa pelanggan, oleh itu kain sampin benang berkonsepkan santai dan mudah untuk digayakan tapi masih berciri ekslusif tapi hanya terdapat di Jakel.  Pemilihan kain sampin ini pasti membuat sipemakai merasa selesa untuk dipakai sepanjang hari pada hari raya atau untuk mana-mana majlis dengan tekstur kain yaong tidak keras dan memberi keselesaan untuk sipemakai malah sentuhan malar segar ini boleh disuai padankan bersama koleksi baju Melayu.


KOLEKSI BAJU MELAYU


Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun

Baju Melayu Aaron Aziz direka khusus dengan kekemasan pada leher, poket dan keselesaan.  Istimewanya koleksi Aaron Aziz terletak pada penggunaan fabrik dan warna yang pelbagai.  Bagi tahun 2018, dijangkakan warna yang bakal menjadi pilihan adalah warna hijau burung merak (teal green)

Baju Melayu Nabil Ahmad berkonsepkan moden kontemporari dengan kekemasan pada leher dan poket termasuk potong slim-fit dan punya harga yang berbeza mengikut rekaan dan kualiti.  Ini kerana Jakel mempunyai kumpulan sasaran dan menjadikan koleksi Nabil Ahmad sebagai koleksi bernilai dengan variasi pilihan warna.. Bagi tahun 2018, warna yang bakal menjadi perhatian Baju Melayu Nabil Ahmad dijangkakan adalah warna merah hati (maroon)

Baju Melayu Awal Ashaari, mengekalkan penjualan dalam pasaran untuk tahun ketiga berturut-turut.  Berpotongan moden kontemporari dengan menggunakan label AA pada bahagian poket turut memberikan sesi segak pada penampilan.  Koleksi Awal Ashaari pada tahun ini lebih memfokuskan pada warna dan kualiti kain supaya sipemakan kelihatan penuh keyakinan dan selesa. Warna yang dijangkan mendapat sambutan bagi koleksi Awal Ashaari tahun ini ialah navy blue.

Bagi yang berbadan bersaiz comel dan "plus size", jangan bimbang sebab mereka masih boleh bergaya segak dengan Baju Melayu Harith Iskander dan dijangka warna yellow buttercup bakal menjadi pilihan terhangat.


KOLEKSI KURTA



Pengeluaran koleksi kurta dibawah label Hairul Azren sentiasa mendapat sambutan kerana kurta yang dihasilkan adalah berkualiti bukan hanya selesa dipakai tapi dijahit dengan menggunakan fabrik coton berkualiti dengan kekemasan pada potongan leher dan dibelakang bahu.  Kurta ini juga dilengkapi dengan detailing poket dan butang pada sisi lengan.  Lebih menarik koleksi kurta juga mesra wuduk dengan bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah.  


KOLEKSI BAJU KURUNG

Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun

Koleksi baju kurung dengan label Ayda Jebat masih dikekalkan pada tahun ini yang sangat bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutama gadis dan wanita berkerjaya yang menginginkan penampilan ceria dan segar di hari lebaran. Koleksi Ayda Jebat bersifat moden dengan pilihan warna yang menarik dan bercorak printed dan keselesaan sipemakai antara yang turut dititikberatkan.


KOLEKSI KANAK-KANAK


Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun


Label Upin Ipin masih dikekalkan  namun dioleh kepada rekaan baharu bersesuain dengan masa kini dan setiap pembelian akan diberikan kain sampin dan butang baju Melayu secara percuma.

Lebih istimewa, Jakel masih meneruskan pengeluaran koleksi pakain kanak-kanak dibawah label Lara Alan dan Yusuf Iskandar.


KONSEP KEKELUARGAAN

Memang menarik sungguh bila Jakel ini tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan yang direka dengan design dan warna sedondon bagi mewujudkan lagi suasan riang di hari raya bersama keluarga tersayang. Jadi  pastilah  koleksi Schawalara atau koleksi Hanis Zalika, Hairul Azrreen dan Yusuf akan menjadi pilihan orang ramai

Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun
Koleksi Schawalara

Siapa tak kenakan pasangan selebriti Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan si cilikk Lara yang cukup dikenali ramai. 

Koleksi Scha Al Yahya menggunakan fabrik yang berkualiti untuk memberikan keselesaan kepada pemakai terutama golongan ibu yang punya anak kecil.  Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung kepada rekaan dan design kerana pihak Jakel mempunya beberapa kumpulam sasaran dan ingin menjadikan Koleksi Scha Al Yahya ini sebagai koleksi mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan  detailing seperti jahitan manik, perincian beaded dan lace srtae permainan dari segi potongan.  Ini bertujuan untuk menampakkan koleksi lebih menarik malah  koleksi Scha Al Yahya ini didatangakan dalam saiz XS hingga ke 5XL.

Awal Ashaari : Koleksi baju melayu dibawal label AA ini direka khas dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poke dan motif warna.  Dengan potongan moden tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu.  Lebih menarik bila digayakan bersama kain samping benang dan harga yang ditawarkan juga berpatutan dan buat pelanggan yang membeli mereka akan diberikan kain samping serta butang baju Melayu secara percuma.

Rekaan diperbuat dari fabrik kain yang berkualiti untuk memberikan keselesaaan kepada pemakai dengan jahitan yang kemas, kekemasan pada bahagian bahu dan kedudukan poket yang terletak cantik.

Lara Alana : Dah kata konsep kekeluargaan, jadi Jakel mengekalkan si kecil Lara Alana sebagai Duta Raya Jakel bagi tahun ini bagi mempromosi produk baju kurung kanak-kanak perempuan.  Populariti Lara di laman sosial dengan fesyennya yang seringkali mendapat perhatian di media social dilihat mampu menarik minat anak kecil untuk tampil secomel Lara di hari lebaran bersama keluarga.

Koleksi Lara Alan direka dengan menggunakan jenis fabrik lembut dan bersesuaian dengan kulit kanak-kanak dan diberikan kelainan dengan dihiasi dengan butiran beads dan lace untuk mencerikan lagai karektor kanak-kanak di hari raya nanti.


Koleksi Hanis, Hairul dan Yusuf


Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun
Hanis Zalikha : Setiap rekaan yang dihasilkan untuk label Hanis pasti memberikan kepuasan yang maksima kepada pengguna koleksi ini kerana Jakel mengekalkan konseop elegan, versatile dan classy menjadikan kileksi gabungan ini memiliki keistimewaaan tersendirii.  Setiap koleksi rekaan mempunyaipilihan warna yang berbeza.  Fabrik yang sangat selesa dan design dihahit kemas.  Dihiasi butiran beads menambahkan lagi ciri-cili ekslusif namun masih berharga berpatutan dan terdapat di kesemua cawangan Jakel.

Hairul Azreen : Koleksi kurta HH diperbuat dari fabrik cotton bersesuain dengan keadaan cuaca negara kita.  Setiap rekaan mempunyai detail poket dibahagian sisi tepi baju bagi memberikan sedikit unsur klasik dan membolehkan pemakai menyimpan barangan peribadi, mesra wuduk dimana bahagian lengan mudah untuk dilipat.

Yusuf Iskandar : Kecerian lebaran tahun ini diserikan dengan koleksi pakaian sikecil comel Yusuf Iskandar hero kesayangan pasangan HH ni dan sememangnya penjagaan pemakaian anak kecil dalam amat rumit untuk dipilih terutama di musim perayaan.  Oleh itu Jakel mengeluarkan produk pakaian kanak-kanak dengan bercirikan kasual dan berlengan pendek.

Koleksi kurta Yusuf bermotifkan potongan leher round neck dan berkolar dimana ianya membantu meberikan keselesaan kepada kanak-kanak.  Penggunaan fabrik cotton bermutu tinggi agar ianya sesuai dengan semua kulit kanak-kanak.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh la tentang kempen Jakel Barulah Raya di Jakel Shah Alam, boleh la layari dan ikuti di media social seperti dibawah

Instagram : @jakel_shahalam



PEMBAYARAN LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI BOOST


Ingat Raya, Ingat Jakel ! Jakel Barulah Raya Promosi Pemasaran Jakel Saban Tahun


Bagi memudahkan pembayaran, pihak Jakel telah menjalin kerjasama dengan pihak Boost, suatu aplikasi yang boleh dimuat naik dalam telefon pintar untuk membantu pelanggan membuat pembayaran secara online dan pembeli boleh membeli secara cashless  dan mendapat mata ganjaran setiap kali pembayaran dilakukan


MENGENAI KUMPULAN JAKEL
Kumpulan Jakel (Jakel) ditubuhkan 35 tahun lalu oleh Mohamed Jakel Ahmad di Muar Johor dengan hanya dua orang pembantu. Dimilik sepenuhnya oleh usahawan Bumiputra Jakel bermula sebagai pembekal fabrik yang berurusan dengan peniaga-peniaga kecil di kawasan mereka.

Mengorak langkah pertama berpindah ke Segamat pada 1985 yang diikuti dengan tambahan modal berbayar sebanyak RM30,000 telah menukar perniagaan Jakel kepada sebuah peruncit.  Walaupun krisis ekonomi melanda pada 1996, perniagaan Jakel bertambah maju dan ini membuktikan bahawa usahawan Bumiputra juga mampu bersaing dalam perniagaan yang dahulunya dimonopoli oleh pihak lain,

Pada tahun 1997, Jakel mengambil langkah berani dengan mengimport terus fabrik dari pembekal yang membolehkan syarikat ini menawarkan harga yang berpatutan kepada para pelanggan

Hari ini, Jakel memilik 22 cawangan yang boleh didapati di setiap pelusuk Semenanjung Malaysia dan menyediakan lebih 5000 peluang pekerjaan di seluruh negara,

Dengan slogan 'Ingat Kain, Ingat Jakel, JAKEL Mall Kuala Lumpur menawarkan kesemuanya dibawah satu bumbung darapipada pakaian traditional untuk seluruh keluarga, busana pengantin, langsi, aksesori renda, kemasan rumah, koleksi tudung Ariani hinggalah kepada rekaan corak tertentu serta perkhidmatan tempahan jahitan.

#jakelbarulahraya
#ingatrayaingatjakel
#jakelshahalam

Tuesday, May 22, 2018

Tuesday, May 22, 2018

Haqqi Butik Online Terbesar Untuk Kelengkapan Ibadah Haji, Umrah dan Pakaian Muslimah

Haqqi Butik  Online Terbesar Untuk Kelengkapan Ibadah Haji, Umrah dan Pakaian Muslimah | Butik Haqqi sebuah pusat sehenti yang mempamer, menjual yang menawarkan barangan kelengkapan Haji Umrah serta fesyen islamik. Haqqi merupakan portal membeli belah yang dibangunkan hasil kerjasama Koperasi Tabung Haji Malaysia dengan Glass Go Media Sdn Bhd dan telah beroperasi semenjak 2016 juga menampilkan produk pakaian Muslim dan Muslimah.  Memang Umi pun baru tahu yang Haqqi Butik Online Terbesar Untuk Kelengkapan Ibadah Haji, Umrah dan Pakaian Muslimah.

Haqqi Butik Online Terbesar Untuk Kelengkapan Ibadah Haji, Umrah dan Pakaian Muslimah

Menariknya, selain menjual kelengkapan Haji, Umrah, Butik Haqqi juga menempatkan pakaian Muslim dan Muslimah dari selebriti terkenal antaranya kurta Izzue Islam, Owl By ND, Nur Fathiah, Elfira Loy,  Baju Melayu Wan Doyok dan banyak lagi. Terdapat jubah dan koleksi blouse yang menarik dan sekarang ni ada promosi hebat bersempena perayaan Aidil Fitri yang bakal kunjung tiba.

Memang cantik dan rambang mata sungguh dengan koleksi pakaian yang dipamerkan dan Umi sempat ler ambil sehelai kurta IzzueExlusive untuk suami tu tak termasuk dengan koleksi jubah yang buat mata jadi juling la jugak nak-nak sekarang ni ada potong harga yang terbaik.

Haqqi Butik Online Terbesar Untuk Kelengkapan Ibadah Haji, Umrah dan Pakaian Muslimah

Antara barangan yang terdapat di Butik Haqqi pastilah kelengkapan ihram, telekung, pakaian asas serta peribadi untuk menunaikan haji dan umrah bagi lelaki dan wanita.  Terdapat kitab suci, buku panduan, produk kesihatan dan penjagaan diri dan tidak ketinggalan ada juga aksesori seperti butang baju melayu, keronsang, jarum tudung, gelang tangan, kasut dan bag termasuk ada juga kasut untuk bayi.  Memang rambang mata

Haqqi Butik Online Terbesar Untuk Kelengkapan Ibadah Haji, Umrah dan Pakaian Muslimah
Haqqi Butik Online Terbesar Untuk Kelengkapan Ibadah Haji, Umrah dan Pakaian Muslimah
Terdapat 5 koleksi telekung yang pasti menjadi pilihan iaitu Az-Zahra, Adawiyah, Aisya, Mukarramah dan telekung Mini dengan pelbagai pilihan warna seperti dusty green,  dusty blue, pink dan lain-lain.  Kalau korang ke sini memang terpegun dengan sulaman/kerawang yang terdapat di telekung ini yang sangat halus buatannya.  

Haqqi Butik Online Terbesar Untuk Kelengkapan Ibadah Haji, Umrah dan Pakaian Muslimah

Memang harga yang ditawatkan harga mampu milik dan Butik Haqqi sekarang sedang mengadakan promosi besar-besaran sempena Aidil Fitri, jadi sekarang lah masa untuk korang cepat-cepat ambil peluang dan harga terbaik ini

Facebook : @haqqi.com.my

Instagram : @haqqi.com.my

Twitter : @haqqi_official

Pembelian ONLINE : www.haqqi.com.my (24 jam)

Whatsapp : +6011 1635 6865

Call Center : +603-3358 2846

Waktu perniagaan : 10 pagi - 7 petang

Sabtu : 10 pagi - 1 petang


Tahu tak yang Butik Haqqi ni telah pun mempunyai 4 cawangan lain selain kat Shah Alam.  Jom terjah dan shopping kat alamat-alamat yang berdekatan dengan korang:

Butik Haqqi Shah Alam,
No. 13 & 15, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
(berdekatan Jakel Shah Alam)
No Tel : 03-5523 4798

Butik Haqqi Bangi
B-23-01, Jalan Medan Pusat Bandar 7A, Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Belakang Kompleks PKNS
No tel : 03-8912 1542

Butik Haqqi TTDI
No 14, Jalan WAn Kadir 4, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumppur
sebelah Butik Nealofa
03-7732 2247

Butik Haqqi Terengganu
Pt 35341, Tingkat Bawah, Dataran Austin, Jaan Tembusu 2, Wakaf Tembusu, 21300 Kuala Terengganu Terengganu (berdekatan Jakel Terengganu)
09-662 7367

Haqqi Brunnei
Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah Complex, Brunei Darussalaam




Monday, May 21, 2018

Monday, May 21, 2018

Resepi : Mudah Kuih Lompang

Dah lama dok tertagak nak buat kuih lompang sebab dulu pernah beli tapi tak puashati sebab bila kunyah mesti terkunyah benda lain dalam tu..rasanya pasir kot.  Kuih lompang ni antara kuih kegemaran DHubby jadi kena la buat kan dan percubaan pertama kali membuatnya menjadi dengan jayanya..hehe

Meh cuba resepi mudah ni, memang mudah sebenarnyaaa.  Sebenarnya kalau tak letak kelapa parut tu agak kurang cantik kuih lompang buatan airtangan sendiri ni..nasib baik dah ditutup kiki

Resepi Mudah Kuih Lompang

Bahan-bahan :

1½ cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
½ cawan gula pasir
gula kabung, gula gerek atau ½ cawan gula merah
2 cawan air
daun pandan


Nota:

kelapa parut putih, digaul dengan secubit garam dan diletakkan daun pandan yang disimpul kemudian dikukus sekejap.


Cara membuatnya:
  • Masukkan air, gula merah dan gula pasir (kalau guna), ke dalam periuk kecil dan daun pandan, dimasak dengan api kecil hingga gula larut.  Tutup api dan biarkan sejukkan sebentar. Bila dah sejuk dan ditapis.
  • Masukkan tepung beras, tepung ubi dan masukkan satu cawan air serta air kapur, digaul hingga rata dan kemudian tuang air gula merah dan digaul lagi hingga sebati.
  • Tapis adunan dan tuang ke dalam acuan lompang yang telah di sapu dengan sedikit minyak
  • Kukus kuih lompang dalam 10 minit.  Nanti bila dah masak, kuih tu akan berlubang ditengah, jadi ambil kelapa yang telah digaul garam tu ditabur atas kuih lompang.
Selamat mencuba

Saturday, May 19, 2018

Saturday, May 19, 2018

Resepi | Sambal Udang Petai Belalang Dan Khasiatnya

Yeahh...hari ni nak post pasai antara masakan untuk  hidangan anak-anak dan d'hubby yg masih bercutiii..ni yang paling favorite yg lelain mcm ikan goreng, sayur lemak tu tak payah la post kan...pasti ramai yang tak pernah makan atau tak tahu pasal petai belalang ni.  Sememangnya Umi  tak makan petai tapi petai belalang ni mmg tak boleh tak makan..tapi tak ler banyak keke


Friday, May 18, 2018

Friday, May 18, 2018

Kempen Raya Bersama Traveloka

Kempen Raya Bersama Traveloka | Traveloka bukanlah jenama yang asing terutama buat kaki travel dan korang tahu tak yang Traveloka sedang merangka promosi yang pasti buat korang tak tenang jiwa dan emosi eceh cehhh..dengan promosi Traveloka terkini dengan tambahan potongan sebanyak 10% bagi semua hotel penginapan, tiket penerbangan untuk semua perjalanan, untuk pelbagai destinasi dan yang paling menarik tawaran ni dibolehkan untuk bila-bila tarikh perjalanan kat dalam kempen melalui kod kupon Traveloka.

Kempen ini diadakan memandangkan Traveloka sangat perihatin akan keperluan dan kehendak orang ramai yang pasti akan memerlukan antaranya penginapan semasa bercuti di musim perayaan dan orang ramai kena rebut peluang ini dengan menempah seawal mungkin memandangkan kod kupon ini adalah sangat terhad.

Kempen Raya Bersama Traveloka 

Lebih menarik bagi sesiapa yang telah mendaftar dan melanggan untuk newsletter dari Traveloka akan mendapat melayari pemberitahuan 48 jam lebih awal diantara 21 - 22 Mei tapi hanya sekiranya korang mendaftar sebelum jam 3 petang pada 21 Mei 2018. Jadi pastikan korang mendaftar sebagai early bird tu tau. Pengguna pula akan mendapat kod kupon di pagi 21 Mei untuk menikmati kemasukan awal (early access) ke promosi oleh Traveloka. Menarik kan!

Sekiranya ada yang terlepas daftar awal (early bird) tu masih tetap boleh melayari promosi melalui public access pada 23 - 29 Mei 2018 tapi kalau dapat luangkan masa untuk daftar awal, cubalah supaya boleh mendapat yang terbaik kan.

Jom daftar segera ke www.traveloka.com/en-my/promotion/rayabersama dan nikmati promosi awal

Jadi tunggu apa lagi, nak maklumat terkini dan promosi terbaik dari Traveloka? Muat turun sekarang dekat Google Play atau Apps Store hari ni

Kempen Raya Bersama Traveloka 

Bila korang dah muat turun aplikasi Traveloka di peranti bijak (smartphone), korang boleh nampak segala tawaran yang ada menarik untuk dalam atau luar negara dan untuk dari pelbagai syarikat penerbangan yang sangat menguntungkan dan berbaloi-baloi.

Cuba klik dekat Ongoing Promos tu, terdapat promosi yang ada kod kupon yang korang boleh guna, tempah bila-bila masa yang korang suka

Tahu tak yang bila kita muat turun Aplikasi Traveloka ni korang boleh memudahkan sebarang pencarian dalam mencari kategori penginapan, harga mengikut bajet,  jimatkan masa dan mendapat banyak kelebihan dan maklumat awal tentang sebarang promosi dan semua tu hanya dihujung jari korang je walau dimana korang berada.

Tahu tak apa kelebihan apabila mendaftar keahlian dengan Traveloka ?

Peringatan Harga (Price Alert)
Monitor harga terbaik untuk destinasi impian dengan flight price tracker yang terdapat dalam Aplikasi Traveloka.  Price Alert bertindak sebagai alat monitor akan harga tiket dan dapatkan harga seperti mana yang ahli inginkan terus ke dalam email ahli bersesuain dengan kehendak kita. Ahli tak perlu risau sekiranya belum dapat sahkan tarikh untuk berlepas kerana ahli boleh buat anggaran dari 2 hingga ke 30 hari. Jangan risau sebab ia mudah untuk dilakukan hanya dengan mengisi maklumat tentang masa penerbangan, bilangan transit, kelas penerbangan dan itu sudah memadai.

Kemudahan Penukaran (Easy Reschedule)
Menukar penerbangan dengan hanya beberapa klik sahaja dan yang pasti menjimatkan masa tanpa perlu terkejar-kejar masa.Hanya perlu pergi ke akaun Traveloka, pilih My booking dan klik ke Reschedule Booking dan pilih tarikh dan waktu penerbangan yang baru.  Tunggu pengesahan melalui email atau push notification dan seterusnya boleh membuat pembayaran.  Tiket akan dihantar ke email dan Aplikasi Traveloka pengguna.  Mudah kan

Terjamin Dengan Harga Terbaik (Best Price Guarantee)
Dengan Traveloka, kita akan sangat pasti yang kita membayar harga yang terbaik dalam penginapan dalam dan luar negara.  Sekiranya terdapat harga lebih murah ditempat lain, pihak Traveloka akan bandingkan dan beat it.  Ahli akan direward dengan kupon diskaun bernilai sekurang-kurangnya DUA KALI GANDA perbezaan harga dan boleh digunakan dalam tempahan akan datang

Mudah Pilihan Untuk Penumpang (Passenger Quick Pick)
Memudahkan ahli bila membuat tempahan dimasa akan datang dan menjimatkan masa 

Dah banyak laman sesawang yang menawarkan pelbagai kemudahan dengan tawaran yang hebat tapi tahu tak kenapa kita perlu tempah dengan Traveloka? Pastinya ada yang menarik untuk kita ketahui tanpa selindung antaranya :
  • Semua harga yang dipamerkan termasuk tax, surcaj dan yuran pembayaran (payment fee)
  • Harga rendah setiap hari dan tawaran di aplikasi yang boleh didapati secara ekslusif
  • Ulasan atau Pandangan (review) yang jujur dari 2,000,000 + pengguna yang sangat berpuas hati dan semestinya ini akan memberi keputusan yang terbaik untuk pengguna
  • Tempahan korang adalah dijamin dan sekiranya ada terlebih tempahan (overbooked) bilik atau masalah dengan tempahan, pihak Traveloka akan menyarankan hotel yang setaraf tanpa sebarang tambahan kos atau duit pelanggan akan dipulangkan.
  • Terdapat pelbagai jenis pembayaran yang boleh diterima antaranya melalui kad kredit, kad debit, internet banking atau pergi saja ke kedai 7-Eleven tanpa perlu risau sebab tiada sebarang yuran transaksi akan dikenakan
  • Diskaun istimewa untuk tiket penerbangan bagi pelanggan newsletter serta ahli Traveloka dan dapat menikmati tawaran harga istimewa untuk bilik penginapan yang diidamkan
Kalau ada sebarang kesulitan, korang boleh buat live chat via desktop dengan Traveloka atau hubungi untuk bantuan seperti dibawah :




Customer Service : 
6015 4840 9469 atau 603 7724 3501

email : 
cs@traveloka.com

live chat via desktop
Friday, May 18, 2018

Kempen Bio-Oil Meraikan Pencapaian Kehidupan Seorang Wanita

Kempen Bio-Oil Meraikan Pencapaian Kehidupan Seorang Wanita | Bio-Oil Malaysia meraikan hari ibu pada Mei dengan kempen bertajuk #sheisremarkable. Kempen Bio-Oil, sepanjang 2018, #iamremarkable meraikan pencapaian dalam kehidupan seorang wanita, terutamanya peristiwa paling bermakna seperti mempunyai bayi dan mempunyai pengalaman menjadi seorang ibu yang mengeratkan hubungan dengan ibu sendiri.

Kempen Bio-Oil Meraikan Pencapaian Kehidupan Seorang Wanita


Sambutan telah dimulakan dengan sebuah video yang bertajuk cinta luar biasa yang mempamerkan hubungan unik antara Yasmin Hani dan ibunya. Ia berkisar tentang pengalamannya yang baru melahirkan anak. Dia mengimbau kembali kenangan ketika dia hamil  dan hubungan erat dia dengan ibunya sendiri.
 
Kempen Bio-Oil Meraikan Pencapaian Kehidupan Seorang Wanita


Kempen ini diikuti dengan peraduan Facebook dan peminat Bio-Oil boleh menghantar gambar dengan ibu mereka. Sebelas pasang produk Bio-Oil  menanti anda bersempena dengan ulang tahun ke 11 Bio-Oil di Malaysia.

Peraduan ini diadakan sehingga hujung Jun dan dengan pembelian Bio-Oil 60ml, anda berpeluang untuk memenangi sesi fotografi dan makeover di studio istimewa untuk anda dan orang tersayang. Perjalanan kami sentiasa berubah dan Bio-Oil menggalakkan semua orang di luar sana, tanpa mengira peringkat dan di mana mereka berada untuk merasai kenangan ini.

Kempen Bio-Oil Meraikan Pencapaian Kehidupan Seorang Wanita

#sheisremarkable bukanlah semata-mata meraikan diri sendiri sebagai seorang wanita, tetapi untuk menyerlahkan sokongan yang diterima daripada hubungan bermakna dengan orang lain. Bio-Oil bukan sahaja boleh membantu seorang wanita mencari dan merasai dia yang terbaik tetapi ia menguatkan kegembiraan kerana dapat berkongsi dengan orang lain.

"Kasih sayang ibu ialah cinta sejati – dalam bentuk yang paling tulen cinta yang ada. Dia ialah pelindung diri dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Sebaliknya, cinta seorang anak perempuan terhadap ibunya tidak dapat diganti. Walaupun pertalian itu boleh menjadi kompleks dan penuh dengan masalah, pada akhirnya nanti tiada cinta lain seperti kasih-sayang antara seorang ibu dan anak perempuan. Kehamilan dan melahirkan membantu membina hubungan antara seorang anak perempuannya sehinggalah anaknya dewasa dan merasai pula apa yang ibunya lalui.  Bio-Oil merupakan minyak yang sesuai untuk merawat dan memeterai pertalian itu kerana ia   boleh digunakan untuk mencegah dan merawat stretch marks dan garis-garis penuaan," 
 ''Ia  benar-benar suatu produk yang boleh diwarisi dari generasi ke generasi."
Pengurus Unit perniagaan Malaysia Bio-Oil, Cik Low Hooi Wan

Youtube Link: 

Website: 


#sheisremarkable #iamremarkable

Mengenai kempen Bio-Oil #iamremarkable
#iamremarkable meraikan perjalanan seseorang menuju pencapaian yang paling besar dan paling bermakna dalam kehidupan sambil membantu menjaga kulit bebas daripada tanda cela. Kempen #iamremarkable akan menampilkan pelbagai tema dan personaliti wanita dari pelbagai industri.


Mengenai Bio-Oil

Bio-Oil ialah produk pakar penjagaan kulit yang sangat digemari kerana keberkesanannya untuk membantu memperbaiki pelbagai masalah kulit, seperti parut, tanda regangan dan tona kulit yang tidak sekata. Rumusannya yang unik mengandungi PurCellin Oil ™ yang berfungsi secara sinergi dengan gabungan mujarab vitamin A & E dan minyak tumbuhan semula jadi - lavender, kalendula, rosemary dan kamomil untuk menjana semula dan menyuburkan kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak. Selain daripada memperbaiki parut-parut lama dan semasa pada kulit, Bio-Oil juga boleh digunakan sebagai langkah pencegahan untuk membantu mengurangkan kesan regangan terbentuk. Di samping itu, produk yang sangat popular ini juga digunakan untuk melicinkan dan menegangkan kulit dan kedutan di muka dan badan. Bio-Oil juga boleh digunakan untuk membantu menambahkan minyak kulit yang terhakis akibat kesan penyaman udara dan mandian kerap.

Sebanyak 223 anugerah yang diterima oleh Bio-Oil dan kedudukan No 1 di 24 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia, merupakan bukti keberkesanan produk ini


Destinations