Wednesday, May 30, 2018

5 Resepi Mudah Kuih Melayu Untuk Berbuka Puasa

Kali ni Umi nak kongsi resepi paling mudah untuk dibuat. Serius ah Umi ni dah macam peminat pisang jer kan..tapi agak betul jugak sebab pisang ni senang nak jumpa kat mana-mana kedai dan senang nak makan bila-bila masa je kan.


1. Serawa Pisang

5 Resepi Mudah Kuih Melayu Untuk Berbuka Puasa



Bahan-bahan
7 biji pisang abu atau pisang nangka, dipotong bulat
2 ketul gula gerek / 1 ketul gula kabung
2 cawan santan / 1 kotak santan kotak
1 cawan air
2 sudu gula putih
200 ml air
2 sudu sagu putih, dibasuh dan direndam
2 helai daun pandan, dibasuh dan disimpul
secubit garam

Cara membuatnya:
Masukkan pisang, pisang dan daun pandan serta air ke dalam periuk, masak hingga gula hancur.  Sementara itu rendam sagu dan biarkan ia kembang.  Bila gula dah hancur, masukkan santan dan sagu.  Masak dalam 10 min dan tutup api, masukkan garam secubit dua.  Biarkan sejuk dan boleh dimakan

Nota : Umi suka pisang nangka sebab rasanya yang macam masam tu bila buat serawa memang terbaik


2. Lengat Pisang

5 Resepi Mudah Kuih Melayu Untuk Berbuka Puasa
Bahan-bahan:
4 - 5 biji pisang
1½ cawan tepung beras
½ cawan santan pekat atau ½ kotak santan kotak
2 sudu gula
sedikit garam

Cara membuatnya:
Masukkan pisang, kelapa parut  dan santan kedalam pengisar, dikisar  hingga hancur. Sapukan minyak pada loyang dan tuangkan adunan.  Kukus sehingga masak dalam 1/2 jam.  Sila guna lidi pencungkil gigi utk pastikan adunan dah betul-betul masak.  Keluarkan dari pengukus dan sejukkan.  Bila nak makan potong guna pisau plastik supaya nanti jadi cantik


3. Pisang Grill dengan Sos Kastard

5 Resepi Mudah Kuih Melayu Untuk Berbuka Puasa

Bahan-bahan:
4 - 5 biji pisang, dipotong bulat
butter
kismis

Bahan untuk sos kasard
1 tin susu cair
1 cawan air
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
sedikit garam

Cara membuatnya:
Letakkan butter ke atas kuali leper dan letak pisang dan digrill hingga kekuningan atas bawah, angkat dan letak dalam pinggan.

Untuk sos : masukkan semua bahan kedalam periuk dengan api perlahan, dikacau hingga pekat tapi jangan sampai hangit. Ikut kesukaan kita nak pekat macam mana ya

Tuangkan sos kastard ke atas pisang dan taburkan kismis kalau suka. 


4. Puding Karamel dgn sos kastard

5 Resepi Mudah Kuih Melayu Untuk Berbuka Puasa

Bahan-bahan
5 - 6 keping roti
500ml susu segar / lebih kurang 2 cawan *
3 sudu besar gula halus *
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila *
1 sudu teh serbuk kayu manis *
2 sudu besar mentega (cairkan)
kismis

Bahan untuk sos kastard
1 tin susu cair
1 cawan air
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula
sedikit garam


Cara membuatnya:
Satukan bahan yang bertanda * dalam mangkuk, carik-carikkan roti dan masukkan kedalam mangkuk tadi.  Biar terendam dan meresap buat seketika.  Masukkan kismis dan mentega yang dicairkan, digaul hingga sebati.  Tuangkan kedalam loyang yang telah disapu sedikit butter.  Taburkan kismis diatas adunan.  Bakar pada suhu 180C selama 30 min.  Guna lidi pencungkil gigi untuk periksa ya

Untuk sos : masukkan semua bahan kedalam periuk dengan api perlahan, dikacau hingga pekat tapi jangan sampai hangit. Ikut kesukaan kita nak pekat macam mana ya

Bila puding dah masak, keluarkan dari ketuhar. Tuangkan sos bila sedia untuk dimakan.


5. Sos Kastard Pandan

5 Resepi Mudah Kuih Melayu Untuk Berbuka Puasa

Bahan-bahan:
1½ sudu besar tepung kastard
1½ cawan santan/saya guna susu cair
½ cawan air masak
3 - 4 sudu besar gula
2 helai daun pandan (simpulkan)
Secubit garam

Cara membuatnya:
Satukan semua bahan didalam periuk, kacau atas api perlahan sampai likat. Sejukkan.

sesui untuk dimakan cicah roti atau mantau yang Umi dah siap beli kat pasaraya, cuma perlu kukus atau goreng jer ikut kesukaan.

13 comments:

  1. Replies
    1. hehe..kena yg simple sebab xlama nk memasak almaklumlah kerajinan tu kurang tp teringin..hehe

      Delete
  2. Replies
    1. hehehe..sedapp kan...tu la selera org kampung..hihi

      Delete
  3. Serawa pisang dah buat. Nak try sos castard pandan tu lah. Cicah roti pun sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan tak buat Puan Hazel..mmg mudah dan sedap pastu wangi pandan pulak tu..

      Delete
  4. Serawa pisang tu paling Ana suka kak. Lagi2 ada biji sago tu memang terbaik. Aishh terliur pula tengok haaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan Ana...buat minum petang sesambil slurpp...terasa biji sago lalu kat tekak..hehe

      Delete
  5. Serawaaa pisang tu sedapnya kak, nak cari bahan lah buat nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nani..nni buat jgn lupa share tau hehe

      Delete
  6. puasa tahun ni tak buat serawa pisang pun lagi.. tapi bila tengok gambar kat sini macam teringin la pula

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!