Friday, May 25, 2018

Resepi : 7 Hari Resepi Berbuka Bulan Ramadan Dengan Ayam

Umi nak kongsi resepi 7 hari berpuasa buat kali ni yang mungkin boleh bagi idea kat korang yang mungkin kebuntuan akal seperti Umi jugak tapi masak tu tetap kena masak sebab rakyat dengan pemintaan yang melepasi tahap kebolehan kekadang tu..hehe

Ni Umi letak apa yang dimasak dan link resepi yang memang sedia ada dalam blog ni.  So feel free untuk pilih resepi ni bila-bila nak masak ikut kesukaan sendiri la ya lagipun Umi bukan ler pandai memasak sangat tapi suka makan dan ada yang hendak makan.

Selamat mencuba!

*******************

1 Ramadan 1439H

Ayam Masak Masam Manis


Resepi Ayam Masak Masam Manis

Bahan-bahan
½ ekor ayam, dipotong ikut kecil, dibersihkan
2 ulas bawang merah, ditumbuk
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 labu bawang holland, dipotong baji
1 biji tomato, dipotong baji
Daun bawang, dipotong sepanjang 1 inci
2 sudu sos cili
3 sudu puri tomato
½ cawan air
nenas dalam tin, dipotong kiub (kalau tak letak pun tak apa)

Cara membuatnya:
  • Lumurkan garam kunyit pada ayam dan digoreng separuh masak
  • Panaskan kuali, tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.  Masukkan sos cili, puri tomato dan air, biar mendidih dan masukkan ayam dan bawang.  Pastikan ayam berpalut dengan sos.
  • Masukkan tomato dan biarkan dalam 5 minit, masukkan daun bawang dan tutup api


Ikan Terubuk Sarawak Goreng


Yang ni tak ada resepi sebab mudah jer.  Umi suka letak cili kering sebab bila di goreng dapat rasa kerangupan cili kering tu bila dikunyah dengan nasi putih..perghh

Kuih Lopes > baca SINI


Sambal Kelapa Dengan Ulam > baca SINI


*******************

2 Ramadan 1439H

Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Kayu Daging Salai


Resepi Masak Lemak Cili Api Pucuk Ubi Kayu Daging Salai

2 ikat pucuk ubi kayu, sebaiknya yang batang merah
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
5 ulas bawang merah, ditumbuk
3 ulas bawang putih ditumbuk
6 - 8 tangkai cili api, kalau nak pedas tambah ikut kesukaan, ditumbuk
1 inci kunyit hidup, ditumbuk
2 keping asam keping
2 cawan air
garam secukup rasa

Daging salai - Daging nipis dan letakkan kedalam alat pemanggang atau letak atas kuali leper, diterbalikkan supaya masak tapi jangan hangit pulak

Cara memasak:
  • Pucuk paku di bersihkan, ambil daun pucuk dan daun yang muda. Kerat daun dalam 1 inci dan cuci bersih dan rebus hingga lembut dan toskan.
  • Masukkan bahan yang ditumbuk, asam keping dan daging salai kedalam periuk dengan secawan air dan renih dalam 10 minit tapi pastikan jangan kering pulak. Tambah air jika perlu.  
  • Masukkan pucuk ubi kayu dan santan cair, dikacau hingga sebati. Bila nampak hampir mendidih, masukkan santan pekat, kacau seketika.  Tutup api dan masukkan garam secukup rasa

Ayam Bakar Mudah


Resepi Ayam Bakar Mudah

½  ekor ayam di potong ikut kesukaan, dibasuh dengan tepung dan limau kasturi.
2 ulas bawang putih, diketuk
½ sudu lada hitam, ditumbuk

Cara membuatnya:
  • Ayam diperap dengan sos tiram, paprika, sedikit garam, bawang putih serta lada hitam dalam ½  jam.  Masukkan kedalam pemanggang atau oven, dibakar hingga masak

Memang mudah dan cepat, jadi kalau nak masak boleh buat ½ jam sebelum berbuka kalau tak mau ada yang tergoda ;D


*******************

3 Ramadan 1439H

Sambal Udang Petai




Sup Tulang Rusuk ala Thai


Resepi Sup Tulang Rusuk ala Thai

Bahan-bahan
500gm tulang rusuk atau mana-mana bahagian tulang lembu
air secukupnya
1 batang serai, diketuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 batang saderi, dipotong 1 inci secara serong
3 tangkai pokok ketumbar
1 batang lobak, dipotong
10 biji cili api
1 biji bawang holland, dipotong baji
1½ senduk sos nampla (sos ikan)
daun sup, dihiris
daun bawang, dihiris
daun limau purut
2 biji buah keras, diketuk hingga agak hancur

Cara membuatnya:

  • Masukkan tulang didalam periuk bersama buah keras hingga lembut.  Pastikan air menutupi tulang dan direbus hingga sampai suku periuk.  Kalau ada pressure cooker lagi cepat daging akan empuk.
  • Tambah air masak ke dalam periuk dalam ½ periuk dan biarkan mendidih, kemudian masukkan bawang putih, sos ikan, jus limau nipis, serai dan daun limau purut.
  • Masukkan daun ketumbar, batang saderi, lobak, cili api yang diketuk, bawang holland serta tomato.  Biarkan sup mendidih.  Tutup api dan masukkan garam dan sedia untuk dihidangkan dengan sambal belacan, perghh


Kuih Lompang > baca SINI


*******************

5 Ramadan 1439H


Masak Lemak Cili Api Perut Dengan Rebung



*******************

6 Ramadan 1439H

Resepi ni atas permintaan DH untuk guna ikan tenggiri walau Umi lebih suka ikan merah sebab rasanya lebih sedap ;D


Ikan Tenggiri Masak Asam



Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam

5 keping ikan tenggiri, dibersihkan dan dicuci dengan limau kasturi
2 cawan air asam jawa
1 labu bawang besar dipotong taji
2 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
1 inci halia, dihiris
1 - 2 tangkai cili merah, dihiris
3 tangkai cili api
garam secukup rasa
½ gula

Cara membuatnya:
  • Ikan tenggiri diletakkan dengan garam dan kunyit, digoreng hingga garing.
  • Panaskan minyak didalam kuali, masukkan bawang besar, halia dan bawang putih, goreng hingga naik bau.
  • Masukkan air asam jawa, biarkan mendidih seketika dan masukkan ikan tenggiri, cili api dan cili masak, biarkan mendidih dalam 5 min
  • Tutup api dan masukkan gula dan garam secukup rasa.


*******************

7 Ramadan  1439H

Asam Pedas Ikan Kembung

Resepi Asam Pedas Ikan Kembung  han

3 ekor ikan kembung
7 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bwang putih
3 inci kunyit
1 inci belacan
1 batang serai, diketuk
5 biji bendi
2 cawan air asam jawa
Daun kesom
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya :

  • Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan  belacan dengan sedikit air
  • Panaskan minyak didalam kuali, masukkan sebatang serai yang dititik, kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk dan digoreng sampai naik bau.
  • Masukkan air asam jawa dan dikacau sekejap.  Bila mendidih, masukkan ikan kembung dan daun kesum.
  • Akhir sekali masukkan bendi dan biarkan dalam 5 min sebelum ditutup api.  Masukkan garam, gula dan aji-no-moto (kalau suka) secukup rasa.

Kerabu Mangga



Kerabu Mangga

2 biji mangga telur, diparut/disagat/dicincang halus
1 kuntum bunga kantan - dihiris halus
2 biji bawang besar, dimayang
6 biji cili api, dipotong halus
3 sudu sos nampla
Daun kesom
Segengam ikan bilis, dibersih dan digoreng
Garam dan gula

Cara membuatnya :

  • Masukkan mangga yang telah disagat kedalam bekas, masukkan cili api, bawang besar, hirisan bunga kantan, cili potong, daun kesom dan digaul hingga rata,  Masukkan sos nampla, garam dan gula,



14 comments:

  1. hehe mujur blogwalking at night. kalo x menjejes ailio. sedapnya ikan terubuk. walaupun tulang banyak tapi tetap sedap penuh nikmat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee..betul tu terubuk tu walau byk tulang tapi kalau yg fresh buat bakar..mmg paling sedap kan..

      Delete
  2. Tiba2 rasa banyak idea nak masak.. tgh sahur pulak tu.. hehe tenkiuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome...bila tiba bulan puasa ni mmg selalu jem otak nk memasak hehe

      Delete
  3. Wah sedap nie kak.. paling sedap Ikan Terubuk Sarawak tu, mau bertambah makan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan terubuk tu mmg all time sedap kan...makan dgn nasi panas xpayah lauk lain kan Sue..mmg bertambah2 hehe

      Delete
  4. Sedap-sedap belaka nampaknya... Sup tulang tu amboi menggoda sungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masakan kat rumah walau simple mmg sedap kan..tambah2 masak dgn penuh kasih sayang..hehe

      Delete
  5. aduhh masak lemak daging salai tu sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg terliur kan..dgn pedas2 dan lemak..kalau tak kawal mau berpinggan2 tambah nasi..hehe

      Delete
  6. ikan terubuk sangatlah menggugat keimanan... jiwa dan raga

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih mengugat bila waktu puasa kan..hehe

      Delete
  7. Aduhh sedapnya tengok semua pilihan menu untuk resepi2 kat sini! Thank you for sharing the compilation yea, senangla nak jadikan as rujukan bila perlu nanti 👍🏿😁

    ReplyDelete
  8. Sedapnyaaaa >_< penyejuk mata di malam hari hahaha
    .
    thank you for the recipe kak!! ^^

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!