Tuesday, May 15, 2018

Day Trip KL Tower Buat Anak-Anak Calon UPSR Rehatkan Minda

Alhamdulillah seronok sungguh anak-anak SRKTSR bila Pengerusi PIBG mengumumkan yang Dato Jawhar Ali, pengasas Restoran Ali Maju yang tak pernah jemu menjadi penaja kepada anak-anak SRKTSR sejak dulu lagi.  Selain selalu menaja makanan dan minuman didalam kebanyakan aktiviti SRKTSR, dia tak lokek membenarkan kenderaan VellFire dia untuk anak-anak nasyid dan kali ni dia pulak menaja anak-anak tahun 6 ke KL Tower. Semoga Dato Jawhar Ali terus dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik.

Tahniah dan terima kasih kepada En Faizul, YDP PIBG, Puan Chan Guru Kelas 6 Gagah serta ibu bapa kelas 6 Gagah yang sama-sama dalam setiap aktiviti anak-anak dan tak pernah jemu menyumbang untuk memastikan anak-anak kelas 6 Gagah fokus pada pelajaran dan reward mereka dengan aktiviti lawatan supaya mereka ni tidak tertekan dan cikapplepie pun paling teruja dapat bersama kawan-kawan sekelas kan.

Sewaktu diminta sebutharga, Umi bagi 2 option tapi pihak SRKTSR ambil pilihan ke 2 sebab nak anak-anak calon UPSR ni rehatkan minda setelah penat belajar dengan workshop dan prep bagai

Pakej A ( approx 2 hrs)
Murid RM18.00
Cikgu/Pengiring : RM 23.00
- Meet & greet with documentary session
- KL Tower gift & ice-cream
- School tour to observation Deck, Jelutong Walk, Canopy Walk
- Exclusive memento from KL Tower,  sijil untuk murid-murid


Pakej B ( approx 3 - 4 hrs)
Murid : RM28.00
Cikgu/Pengiring : RM38.00
- meet & greet with documentary session
- KL Tower gift & ice-cream
- School tour to observation Deck, Sky Deck, Sky Box, Jelutong Walk, Canopy Walk
- Exclusive memento from KL Tower, sijil untuk murid-murid

Psst..kalau korang nak special offer, pm tepi okaay
Day Trip KL Tower Buat Anak-Anak Calon UPSR Rehatkan Minda
Paginya anak-anak kelas 6 Gagah ni ada workshop Bahasa Inggeris dan Matematik juga ada perjumpaan dengan ibubapa dan kehadiran Dato Jawhar Ali yang turut memberi kata semangat dan menyampaikan hadiah buat anak-anak cemerlang dalam peperiksaan yang lepas..  Selesai makan tengahari yang turut ditaja buat anak-anak ni, mereka bertolak ke KL Tower.  Terima kasih pada ibubapa salah seorang anak 6 Gagah yang menaja bas pengangkutan ke KL Tower, jadi anak-anak ni tak perlu membayar kos pengangkutan..sumbangan yang tak dijangka.


Day Trip KL Tower Buat Anak-Anak Calon UPSR Rehatkan Minda
Sesampai anak-anak ini di KL Tower, mereka disambut oleh Fendy yang akan menjadi guide mereka dan mereka dibawa ke bilik untuk dengar penerangan sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.  Seterusnya mereka dibawa naik ke Observatory Deck untuk melihat bandar Kuala Lumpur dan terpaksa lama menunggu di Observatory Deck sebab hujan turun dengan lebat dan bermaksud aktiviti ke Sky Box, Sky Deck memang kena tunggu hingga hujan berhenti.  Memang nampak kebosanan anak-anak ni termasuk cikapplepie tapi nak buat macam-mana kan.

Day Trip KL Tower Buat Anak-Anak Calon UPSR Rehatkan Minda

Day Trip KL Tower Buat Anak-Anak Calon UPSR Rehatkan Minda
Alhamdulillah, dah jadi rezeki anak-anak walau menunggu lama dan hampir kebosanan dan kemengantukan hehe dapat juga ke Sky Deck dan Sky Box dan jadi grup pertama pulak tu selepas pihak KL Tower bertungkus lumus membersihkan air hujan yang membasahi kawasan terbuka untuk memastikan keselamatan para pengunjung.

Memang enjoy la sebab kami jer kumpulan yang dapat naik dan yang lelain masih kena tunggu sebab hujan dah mula rintik-rintik.  Puas mengambil gambar dan ada yang mula-mula takut masa kat Sky Box 1 dah berani bila dapat peluang ke Sky Box 2.

Day Trip KL Tower Buat Anak-Anak Calon UPSR Rehatkan Minda
Aktiviti seterusnya ke Jelutong Walk yang sepelaung jer tau, jadi jangan confuse.  Canopy walk tak dapat sebab keadaan selepas hujan yang tak mengizinkan.

Day Trip KL Tower Buat Anak-Anak Calon UPSR Rehatkan Minda
Suprised! YDP PIBG En Faizul bagi extra reward pada anak-anak ni untuk menonton XD memandangkan hujan lebat awal tu tak memungkinkan anak-anak ni masuk ke rumah terbalik dan zoo.  Seronok sungguh depa ni!

Memang keletihan anak-anak ni dan Alhamdulillah mereka memang enjoy.

Dan nanti YDP nak reward lagi dan pastinya Umi pun kena la cari trip yang lain mungkin ke Putrajaya atau sesuatu yang lebih mencabar untuk anak-anak genius ni..stay tune ok

7 comments:

  1. Kemain seronok ye depa.. Bagus ada aktiviti cmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg seronok anak2 ni Lea..dgn makpak pun teruja..hehee

      Delete
  2. hamboiii seronoknyaaa...teringin nak naik sky deck dan sky box tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom2 propose kt Tadika Qaseh jd mamanya pun boleh gi gak

      Delete
  3. Penat tapi happy - good for the kids.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!