07 May 2018

Makan Sedap Bufet Ramadan di Makan Culture Wangsa Maju

Makan Sedap Bufet Ramadan di Makan Culture Wangsa Maju | Minggu lepas Umi dan rakan-rakan berpeluang mencuba set makanan bersempena bulan Ramadan yang akan tiba tak lama lagi di cawagannya di Wangsa Maju yang sepelaung dari rumah je.

Bila masuk jer terus suka dengan konsep restoran yang sungguh ringkas dan kemas. Rupanya Makan Culture merupakan francais kepada Restoran Sakura Kristal sejak tahun 2015 yang masih mengenengahkan sajian Fusion Asia dengan mengunakan bahan yang HALAL dan turut menepati citarasa orang Malaysia. 

Menikmati setiap hidangan memang buat Umi terlupa diri seketika..hehe kekonon nak diet tapi yang ada nak jer walhal yang diet tu tercampak kat mana tak tau la.

Makan Sedap Bufet Ramadan di Makan Culture Wangsa Maju
Apa pendapat Umi tentang set makanan yang dihidangkan ?
  • Tom yam yang disediakan memang terlajak sedap, cukup masam dan tidak cai, 
  • Daging goreng Halia - memang sedap 
  • Siakap sweet sour - sedap dan rangup cuma kurang pedas
  • Buttered Prawn - sedap
  • Sparking Limau Kasturi - terbaik
Memang sedap dan tak menghampakan setiap sajian yang dihidangkan didepan mata bukan sebab lapar tapi memang sedap.  Jadi kalau korang ada di Aeon Big Wangsa Maju ni, singgahlah sebab selain sajian yang berat ni, ada banyak lagi 

Makan Sedap Bufet Ramadan di Makan Culture Wangsa Maju
Family set A - RM170
Family set B - RM270

Nasi Putih
Special Claypot Seafood Curry atau Tom Yum Soup
Buttermilk Chicken
Sweetsour Fish Fillet
Mixed Vege with Beancurd
Crispy Siakap Sweetsour Sauce (set B saja)
Stir Fried Beef with Ginger (set B saja)
1x jug Sparkling Limau Kasturi (free 1 x refill)

Makan Sedap Bufet Ramadan di Makan Culture Wangsa Maju

Set Nasi Ayam XL dengan 2 variasi untuk dipilih samada dengan Ayam Goreng atau Rendang Ayam dengan harga RM26.90 ! disertakan dengan telur rebus, papadom, kerabu taugeh dan sambal tumis ikan bilis yang tersangat sedap (ikut selera Umi tau) terasa macam kita makan sambal nasi lemak tau dan set tak lengkap kalau tak ada air bandung cincau yang macam kita buat kat rumah..sedap!

Makan Sedap Bufet Ramadan di Makan Culture Wangsa Maju
Selain dari menu yang ni, korang patut cuba juga Mantau with Buttermilk yang cukup sedap berlemak di makan waktu panas-panas dan jugak kek entah apa nama lupa dahh.  

Makan Sedap Bufet Ramadan di Makan Culture Wangsa Maju

Dah terliur kan! Jadi tunggu apa lagi, tempahan dah boleh dibuat mulai 01 Mei 2018.

Web : 

FB : 

Instagram : 

Alamat :
Lot G-05, Aeon Big, Wangsa Maju, 8/27A, Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju, 
53300 Kuala Lumpur

Telefon :
03-4131 6692


Sakura Kristal Sdn Bhd
Sakura Kristal diasaskan pada tahun 2003 sebagai kafe dan restoran Fusion Asia yang mengenengahkan sajian tradisional dan kontemporari moden. Selain dikenali dengan sajian bermutu dan lazat, Sakura Kristal juga menyediakan sajian dengan harga berpatutan dan kini telah mengembangkan ke arah perniagaan francais untuk Makan Culture dan #Leleh.

Chef Chong Wenzie, Group Creative telah berkhidmat kepada Sakura Kristal sejak 2009 merupakan cef yang bertanggungjawab dalam penyediaan dan dekorasi sajian dan dia adalah orang yang memperkenalkan signature dish iaitu Nasi Volcano dan Buttermilk Chicken dan menu adalah ditukar pada setiap tiga bulan bagi memastikan inovasi baru dan keaslian penciptaan.

2 comments:

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!