Monday, May 14, 2018

Jom Iftar di BBQ Lamb KL Kemensah Yang Mendamaikan

Jom Iftar di BBQ Lamb KL Kemensah Yang Mendamaikan | Buat warga KL yang tinggal berdekatan Hulu Kelang pasti tahu dan pasti ada yang pernah berlibur sambil mandi manda kat Sungai Kemesah yang sangat popular dengan air terjun Kemensah dan semestinya tahu terdapat tempat makan yang dikenali sebagai BBQ Lamb KL Kemensah yang cukup dikenali dengan penyediaan makanan dalam sungai.


Bagi yang tak pernah kesini, mudah jer kalau tahu kat mana Zoo Negara, korang pandu terus kat sebelah Zoo Negara dalam lebih kurang 2.5km melalui kawasan perkampungan dan pasti akan nampak signage BBQ Lamb KL Kemensah dan ada tempat meletak kereta yang disediakan.

Baru-baru ni Umi dan beberapa rakan media  dijemput untuk mencuba set hidangan sempena bulan Ramadan sesambil menikmati suasana makan yang mendamaikan.  Jom kita tengok apa hidangan BBQ Lamb KL Kemensah yang boleh korang cuba nanti.


Menu Ramadan
Sempena bulan Ramadan, BBQ Lamb KL Kemesah akan menyajikan 3 set bebuka puasa yang sangat istimewa dan set ini sesuai di makan untuk 4 - 6 orang dan set ini akan boleh dinikmati dari 19 Mei hingga 12 Jun 2018


a. Seafood Set - RM188.00

Jom Iftar di BBQ Lamb KL Kemesah Yang Mendamaikan

Didalam set ni ada Sotong Bakar, Ketam Lembut goreng tepung, Grilled Salmon dan Udang Galah dan terdapat 3 jenis sos iaitu mayonis, thousand island dan sos thai seakan sos mangga yang sedap sebab rasanya yang masam-masam tapi kalau makan set ni tanya sos pun dah cukup sedap


b. Bird Set - RM168.00

Jom Iftar di BBQ Lamb KL Kemesah Yang Mendamaikan

Didalam set ni ada kepak ayam, ayam organik, burung puyuh dan Itik smoky Smoky Duck juga dengan 3 jenis sos.  Kesemua makanan ini diperap dengan rempah istimewa dan dimasak tapi kita masih dapat rasa juicy daging tu


c. Meat Set - RM188.00

Jom Iftar di BBQ Lamb KL Kemesah Yang Mendamaikan
pic credit FB BBQ Lamb KL Kemensah 

Dalam set ni ada Lamb Rib, Short Rib, Lamb Cut dan Beef Tenderloin yang cukup lembut dan kalau korang peminat daging, ni adalah hidangan yang tak patut dilepaskan.

Jangan ingat korang makan tu jer sebab kesemua hidangan ini akan didatangkan dengan Nasi (herb rice) untuk 4 orang, 2 juga air yang boleh kita pilih (boleh refilll sekali), Sepiring Kurma, Cocktail dan Puding

Sekiranya terdapat lebih dari 4 orang, korang boleh order nasi secara berasingan dengan tambahan harga.


Jom Iftar di BBQ Lamb KL Kemesah Yang Mendamaikan

Apa yang menarik perhatian ialah itik yang diletakkan dengan rempah istimewa dan disalai dialam ketuhar ala zaman kolonial yang sangat unik.  Katanya itik ini diperam selama 2 minggu! Sebab tu bila kita makan itik dalam set meat tu rasanya sangat juicy dan lazat!


Jom Iftar di BBQ Lamb KL Kemesah Yang Mendamaikan
Terima kasih kepada En Zainuddin dan Puan Mimie atas jemputan dan layanan yang cukup terbaik dan semestinya sajian makanan yang cukup menyelerakan dan lazat.

Tempahan untuk berbuka puasa pun dah dibuka untuk orang ramai dan dimaklumkan 80% yang menempah tu regular customer, jadi tunggu apa lagi, call sekarang 

Jangan risau untuk yang nak menunaikan solat, ada surau yang disediakan untuk kemudahan dan kegunaan pengunjung.  Kalau nak solat di kawasan kampung pun boleh sebab restoran terletak di kawasan perkampungan.

Kalau berminat untuk berbuka kat sini boleh la hubungi 012-2114 100 atau boleh jengah ke social media KL BBQ Lamb ni

Waktu Perniagaan :
12.00 tengahari hingga 4:00 petang 

0700 malam hingga 11:00 malam (Bulan Ramadan)

Alamat :
Jalan Taman Zooview, 68000 Kuala Lumpur


7 comments:

  1. Set burung tu nampak mengancam sebab ada itik.. Kikiki..

    ReplyDelete
  2. Menarik juga menu yang ada kat sini kan Kak. Nanti nak cuba kalau ada rezeki..

    ReplyDelete
  3. Waaaa memang sana sini kalau pergi BW, tak bole tahan betul tengok entri yang ada kambing ni hahaha..menusuk ke dalam jiwa betul kecurnyaaa...

    ReplyDelete
  4. Masih terbayang kesedapan smoke duck meat tu kak. Jom repeat lepak sana kak.

    ReplyDelete
  5. Jom makan smoked duck lagi... sedap sgt.. sambil2 berkelah

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!