Monday, May 21, 2018

Resepi : Mudah Kuih Lompang

Dah lama dok tertagak nak buat kuih lompang sebab dulu pernah beli tapi tak puashati sebab bila kunyah mesti terkunyah benda lain dalam tu..rasanya pasir kot.  Kuih lompang ni antara kuih kegemaran DHubby jadi kena la buat kan dan percubaan pertama kali membuatnya menjadi dengan jayanya..hehe

Meh cuba resepi mudah ni, memang mudah sebenarnyaaa.  Sebenarnya kalau tak letak kelapa parut tu agak kurang cantik kuih lompang buatan airtangan sendiri ni..nasib baik dah ditutup kiki

Resepi Mudah Kuih Lompang

Bahan-bahan :

1½ cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
½ cawan gula pasir
gula kabung, gula gerek atau ½ cawan gula merah
2 cawan air
daun pandan


Nota:

kelapa parut putih, digaul dengan secubit garam dan diletakkan daun pandan yang disimpul kemudian dikukus sekejap.


Cara membuatnya:
  • Masukkan air, gula merah dan gula pasir (kalau guna), ke dalam periuk kecil dan daun pandan, dimasak dengan api kecil hingga gula larut.  Tutup api dan biarkan sejukkan sebentar. Bila dah sejuk dan ditapis.
  • Masukkan tepung beras, tepung ubi dan masukkan satu cawan air serta air kapur, digaul hingga rata dan kemudian tuang air gula merah dan digaul lagi hingga sebati.
  • Tapis adunan dan tuang ke dalam acuan lompang yang telah di sapu dengan sedikit minyak
  • Kukus kuih lompang dalam 10 minit.  Nanti bila dah masak, kuih tu akan berlubang ditengah, jadi ambil kelapa yang telah digaul garam tu ditabur atas kuih lompang.
Selamat mencuba

8 comments:

  1. sedapnyer umi...nak try buat lah nnt..

    ReplyDelete
  2. sedapnya...lebih menarik aroma gula dan daun pandan tu...

    ReplyDelete
  3. Nak sikit plss. Ana bab kuih fail sikit kak. Tu yang malas nak buat =p

    ReplyDelete
  4. PH suka kuih lompang tapi tak pernah try lagi. Alasannya takde acuan hehe...

    ReplyDelete
  5. dah lama tak makan kuih ni...

    ReplyDelete
  6. dak sophea suka sangat kuih lompang ni. haa

    ReplyDelete
  7. kalo beli memang macam2 jenis rasa kita dapat hehe..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!