Saturday, May 19, 2018

Resepi | Sambal Udang Petai Belalang Dan Khasiatnya

Yeahh...hari ni nak post pasai antara masakan untuk  hidangan anak-anak dan d'hubby yg masih bercutiii..ni yang paling favorite yg lelain mcm ikan goreng, sayur lemak tu tak payah la post kan...pasti ramai yang tak pernah makan atau tak tahu pasal petai belalang ni.  Sememangnya Umi  tak makan petai tapi petai belalang ni mmg tak boleh tak makan..tapi tak ler banyak keke




Bahan-bahan:

Petai belalang yang telah dikopek dari kulit
300gm udang yang dikopek kulit
Asam keping
1 cawan air
Garam secukup rasa
Gula

Bahan untuk dikisar:

15 tangkai cili kering
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan


Cara membuatnya:
  • Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak
  • Masukkan petai dan air dan dimasak dengan api sederhana
  • Masukkan udang dan asam keping, dan biar hingga menggelegak
  • Balik-balikkan udang supaya masuk dengan sempurna dan tutup api
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa

Dah boleh la dihidang dengan nasi panas...yummy

Baca sini untuk resepi udang yang mungkin boleh dicuba > sambal udang


Kat bawah ni gambar dari cik google sebab tak sempat nak snap pic dari pokok dan waktu petai diperisi..hehe

Image result for petai belalang

Rupanya petai belalang ni ada khasiat yang pasti tak ramai yang tahu kan..nak tau lebih lanjut sila layari khasiat herba - petai belalang.. memang menarik info kat situ

Daun
Daun petai boleh digunakan untuk merawat demam kuning. Caranya ialah dengan merebus daun petai, kemudian airnya dibuat minum.

Akar (kulit akar)

Ini khusus untuk rawatan kencing manis (diabetes), juga direbus kemudian airnya diminum. Amalkan selalu.

Khasiat Petai Belalang

Petai belalang kecil buahnya dan boleh di dapati di kawasan kampung.

Khusus bagi mereka yang nak merawat masalah buah pinggang, caranya ialah dengan mengeringkan sejumlah petai belalang. Setelah itu masukkanlah petai-petai yang telah dijemur kering itu ke dalam air panas. Minumlah ia setelah membiarkan seketika. Sangat mujarab. Bagi sesiapa yang ada masalah buah pinggang tu, bolehlah cuba. Setelah beberapa kali meminumnya, boleh jumpa doktor untuk diperiksa. Insya-Allah ada perubahan.

11 comments:

  1. Thank you sudi kongsi resipi ^^
    .
    Selamat Berpuasa kak!!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. my pleasure Hana..selamat berpuasa jugak untuk Hana dan family

      Delete
  2. One of my fav food. Thanks for the recipe ^^ btw folo #473

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh really...you are most welcome..thanks for following me

      Delete
  3. Zumal belum pernah try lagi petai belalang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cuba Zumal sbb kat Kedah/Perlis banyak petai belalang ni..

      Delete
  4. Salam ziarah Umi,

    Favorite my mom tapi biasanya makan mentah buat ulam gitu je...PH tak makan petai ni tapi kalau buat sambal gini teringin juga nak rasa hehe.. Tapi mesti renyah nak keluarkan isinya kan...almaklum buahnya kecik comel je nak banding dgn petai biasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa memang renyah sungguh tapi bila sesekali dapat tu ..pejam mata jer la kena perisi..hehe

      Delete
  5. Uish.. Petai belalang.. Lama tak makan.. sedap tu petai ini.. Makan camtu je pun best..

    ReplyDelete
  6. baru lepas berbuka ni tengok sambal petai terasa lapar pulak. hehehehe

    ReplyDelete
  7. suka sambal udang. tapi x reti makan petai. selalunya kalo ade dish ni kuis2 amek udang je hehe..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!