Friday, May 25, 2018

Seronoknya Nak Jumpa Khai Bahar, Jom ke Klang Parade

Siapa pembaca blog ni peminat Khai Bahar? Tak payah angkat tangan la dik oii. Mesti ramai kan..jadi kita geng! hehe.  Khai Bahar memang idola Umi dan antara lagu Khai Bahar yang Umi suka pastilah lagu Bayang dan Luluh,,ehh terasa nak menyanyi sama pun ada dah ni. 

 ♫ ♪ Bayang...
mekar didalam jiwa ku
bersebelahan tanganku
tak mungkin aku terlupa..
Rinduu ♪ 

Sebenarnya bukan Umi jer yang minat Khai Bahar tapi the girls kat dalam rumah ni pun minat dia tau..jadi apa saja info tentang Khai Bahar ni mesti kami dulu kemudian kongsi..hehe



Khai Bahar atau nama penuh dia Muhamad Khairul Bin Baharuddin ni mula terkenal dan jadi viral pada tahun 2016 bila dia menyanyi dalam aplikasi smule dan orang kami dan semua peminat dia panggil dia King of Smule.  Sebelum tu dia hanya penyanyi busker atau penyanyi jalanan di Kuching walau dia berasal dari Perlis.

Image result for khai bahar

Kalau pernah layan Khai Bahar kat Smule, mesti korang tau lagu apa yang dia selalu bawa dan antara lagu Ziana Zain yang bernada tinggi pun jadi pilihan dia termasuk lagu dari Kumpulan Projektor Band. Khai Bahar ditawarkan kontrak dibawah syarikat rakaman NAR Records pada tahun 2016 dan sudah pun punya 4 single yang cukup popular iaitu lagu Bayang, Dari Jauh Saja, Sinar Syawal dan Luluh.  Apa lagu favorite Umi? mesti la lagu Bayang dan Luluh. 

Related image

Dia juga dah meraih 12 anugerah dari Anugerah Meletop Era 2017, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017, Anugerah Planet Muzik 2017, Top Hot Hot FM 2017 dan Era Digital Muzik Awards 2018, dan ni la usaha para peminat dan penyokong tegar Khai Bahar selain usaha Khai Bahar sendiri..  Dia pernah berduet denga Siti Nordiana dan terkini, Dato Sri Siti Nurhaliza dah memilih Khai untuk berduet bersama dalam lagu Cinta Syurga..hebat kan!

Image result for khai bahar

Jangan korang ingat korang jer minat Khai Bahar ni tau sebab Khai punya fans club yang aktif dan peminat dia bukan ada kat Malaysia tapi kat Indonesia, Singapura, Taiwan dan Thailand.  Kalau tengok kat IG, dia punya follower seramai 1.3M! 

Siapa nak follow dia kat Instagram > klik @khaibahar94

Jeng..jeng..jengg.. jom kita ke Klang Parade pada 3 Jun ni tengok persembahan Khai Bahar dan artis-artis yang lain antaranya Hael Hussaini, Adibah Noor dan Kilafairy. Jangan lupa tanda kalendar korang  dan letak notifikasi kat smartphone korang sekarang kot-kot nanti lupa kan dah terlepas peluang nanti.


Alang-alang dah kesana menonton idola kita Khai Bahar, apa kata kita terus buka puasa kat Next Food Junction, tingkat 5, Klang Parade. Banyak pilihan yang kita boleh nikmati kat sana. Jomss




23 comments:

  1. Suka jugak dia time dia zaman smule dulu...

    ReplyDelete
  2. mmg ramai peminat khai bahar ni kan, nnt nk pergi jugak laa event nii hehee ����

    ReplyDelete
  3. Khai Bahar dah semakin meningkat popular sekarang and suka lagu-lagu dia. Tapi nak pergi Klang jauh sangat hahaha

    ReplyDelete
  4. sukernya khai bahar ni , suara sedap, lagu sedap... ensem plak hauahauah

    ReplyDelete
  5. Wah best tu boleh jumpa abam khai. Kena save date ni kak.

    ReplyDelete
  6. My princess mmg peminat khai bahar, ni klu dia tau mau ajak linda p llang parade ni ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  7. My princess mmg peminat khai bahar, ni klu dia tau mau ajak linda p llang parade ni ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  8. Peminat Khai Bahar ni ramainya remaja sekarang kan. Best tu ke Klang Parade, lepas shopping tonton performance retis. Lepas tu bukak puasa kat Next Food Junction.

    ReplyDelete
  9. Wow... bayanggggggg
    Suka gak khai bahar sbb lagu2 dia mmg besttt

    ReplyDelete
  10. Ramai juga peminat khai bahar ni. Layan lagu bayang dan luluh dia tu je hehehe

    ReplyDelete
  11. Selalu dengar lagu dia kat corong radio ja.^^ hehe tak pernah jumpa depan-depan lagi T^T

    ReplyDelete
  12. Peminat fanatik lah tu nak jumpa Khai Bahar kat sana kan heheh kita sokong dari jauh jer walaupun kita minat lagu-lagu beliau hehehehe Kalau jumpa selfie ngan dia kirim salam kat Khai yer wakakkakaka..

    ReplyDelete
  13. Dah pernah jumpa Khai bahar tp x dan amik gambar ngan dia..jauh sgt la nak pi Klang Parade kak

    ReplyDelete
  14. Wah bestnya khai bahar ada kat klang parade. Masyarakat setempat blhlah datang tgk sec dekat khai bahar ni. Lagu2 dia semuanya best2

    ReplyDelete
  15. Amnoi kak seronok ye nak jumpa.Khai Bahar. Kalau Klang Parade tuh dekat dah lama saya datang kak. Jauh nau nau

    ReplyDelete
  16. Abby baru tahu nama asli Khai Bahar ialah Muhamad Khairul Bin Baharuddin. Abby suka banget ma lagu2nya. Romantis dan penuh penghayatan. Orangnya cakep ya....

    ReplyDelete
  17. Saya mmg minat betul Khai Bahar nie. Suara dia sedap dan berkualiti. 3 jun yer Umi ? Okay sy nak set tarikh utk ke Klang parade pd tarikh berkenaan. Jom ramai2 ke sana !

    ReplyDelete
  18. Insyaallah.. Minat tapi tak berapa minat sangat sampai nak p klang ( jauh ) hehehhee . Mampu huhuhu je lah kan insyaallah akan jumpa jugak kat next event. Tapi kalau ke klanggg , boleh lah jumpa..

    ReplyDelete
  19. Is this an up coming new artist? Good to give him some local support. And best is klang is not too far away either. While shopping bole la go and support this singer

    ReplyDelete
  20. Emi minat lagu2 khai bahar, sebab suara dia sedap. Tapi klang parade jauh la..hehe

    ReplyDelete
  21. minat khai bahar rupanya
    hehehe

    ReplyDelete
  22. i have seen him few times and wow he will be coming Klang Parade.. wooo... wanna check my schedule soon!!

    ReplyDelete
  23. pernah jumpa dan bergambar dengan Khai bahar dalam 2 kali macam tu. waktu tu masa mula2 dia jadi artis lagi.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations