10 May 2018

Tahniah Kerajaan Baru Pakatan Harapan - Semoga Adil Dan Saksama

Hari bersejarah buat Malaysia yang pasti meninggalkan lipatan sejarah yang cukup menarik buat dikenang oleh golingan muda yang berani tampil dan memilih demi perubahan dan masa depan. Bergagah Umi dan pasti ramai rakan-rakan serta rakyat Malaysia bersengkang mata menunggu pengumuman dari SPR yang akhirnya diumumkan jam 4.40 pagi! Walau ada yang tersengguk, walau ada yang mungkin dah tertidur ayam tak pun terus tak sedar diri ;D

Keputusan PRU 14 bagi Kerusi Dewan Rakyat @ 4.40 pagi oleh SPR dan tahniah Pakatan Harapan, semoga bekerja dengan adil dan saksama.

PKR - 104
BN - 79
PAS - 18
DAP - 9
Warisan Sabah - 8
Bebas - 3
Soladariti Tanahairku - 1

Jumlah - 222 kerusi


Pasti ramai yang tahu perihal manisfesto Pakatan Harapan dan mungkin tak berapa jelas, jadi boleh muat turun kat SINI

Jadi nak kena tunggu esok, pengumuman seterusnya dengan Kerajaan baru yang telah dipilih rakyat



  • Janji 1: Menghapuskan GST 
  • Janji 2: Menurunkan tekanan kenaikan harga yang membebani rakyat 
  • Janji 3: Berkongsi kekayaan negara secara bersasar 
  • Janji 4: Menambah program perumahan mampu milik dan mampu sewa 
  • Janji 5: Meringankan beban hidup yang ditanggung oleh anak muda 
  • Janji 6: Menghapuskan kutipan tol 
  • Janji 7: Menyediakan subsidi minyak bersasar 
  • Janji 8: Memperbaiki kualiti dan liputan pengangkutan awam 
  • Janji 9: Mempertingkat akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan 
  • Janji 10: Menjamin keperluan makanan asas rakyat dan menjaga kebajikan petani


TERAS 2: MEREFORMASI INSTITUSI PENTADBIRAN DAN POLITIK

  • Janji 11: Mengembalikan maruah orang Melayu dan institusi-institusinya 
  • Janji 12: Menghadkan tempoh perkhidmatan Perdana Menteri dan menstruktur semula Jabatan Perdana Menteri 
  • Janji 13: Menyelesaikan skandal 1MDB, FELDA, MARA dan Tabung Haji 
  • Janji 14: Mereformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan memperkasa usaha membanteras rasuah 
  • Janji 15: Memisahkan Pejabat Pendakwaraya Negara daripada Pejabat Peguam Negara 
  • Janji 16: Mengembalikan wibawa institusi parlimen 
  • Janji 17: Menjamin ketelusan dan kemodenan sistem pilihan raya 
  • Janji 18: Mewujudkan mekanisme pembiayaan politik yang berintegriti 
  • Janji 19: Mengembalikan kepercayaan terhadap institusi kehakiman dan perundangan Janji 20: Menjadikan Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan Polis DiRaja Malaysia sebagai sebuah pasukan yang dihormati dan disegani 
  • Janji 21: Memperkasa perkhidmatan awam
  • Janji 22: Menjadikan pentadbiran semua syarikat milik kerajaan (GLC) setaraf dengan piawaian antarabangsa 
  • Janji 23: Memastikan sistem perolehan kerajaan menjana faedah maksimum untuk wang rakyat 
  • Janji 24: Menghidupkan semangat sebenar konsep federalisme 
  • Janji 25: Memperkukuh peranan dan kuasa pihak berkuasa tempatan 
  • Janji 26: Menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod hak asasi yang dihormati dunia Janji 27: Menghapuskan undang-undang yang zalim 
  • Janji 28: Membina generasi muda yang kreatif dan bebas daripada cengkaman kezaliman 
  • Janji 29: Meningkatkan ketelusan dan integriti belanjawan dan proses belanjawan 
TERAS 3: MERANCAK PERTUMBUHAN EKONOMI YANG ADIL DAN SAKSAMA
  • Janji 30: Memajukan ekonomi Bumiputera dan semua rakyat berbilang bangsa 
  • Janji 31: Merangsang pelaburan serta mempermudah proses perniagaan dan perdagangan 
  • Janji 32: Memperkenalkan sistem percukaianmesra rakyat dan mesra usahawan 
  • Janji 33: Menubuhkan Suruhanjaya Peluang Pekerjaan Saksama
  • Janji 34: Meningkatkan pendapatan rakyat terbanyak 
  • Janji 35: Menaikkan martabat golongan pekerja dan mewujudkan lebih banyak pekerjaan berkualiti Janji 36: Melaksanakan KWSP untuk suri rumah 
  • Janji 37: Menjamin kesejahteraan rakyat jangka panjang 
  • Janji 38: Membela nasib Orang Asal di Semenanjung Malaysia 
  • Janji 39: Mengimbangi pembangunan ekonomi dengan perlindungan alam sekitar 


TERAS 4: MENGEMBALIKAN STATUS SABAH DAN SARAWAK BERTERASKAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963

  • Janji 40: Menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk segera menyemak dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 
  • Janji 41: Memastikan ekonomi Sabah dan Sarawak berkembang dengan lebih pesat demi kemakmuran hidup rakyat seluruhnya 
  • Janji 42: Mencipta lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi untuk anak-anak Sabah dan Sarawak 
  • Janji 43: Menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai model masyarakat harmoni
  • Janji 44: Memperbaiki kualiti pendidikan dan khidmat kesihatan 
  • Janji 45: Membela nasib penduduk luar bandar dan kawasan pedalaman 
  • Janji 46: Mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Sabah 
  • Janji 47: Desentralisasi kuasa kepada Sabah dan Sarawak 
  • Janji 48: Memulangkan dan menjamin hak tanah adat Sabah dan Sarawak


TERAS 5: MEMBINA MALAYSIA YANG INKLUSIF, MODERAT DAN GEMILANG DI PERSADA DUNIA

  • Janji 49: Menjadikan sekolah-sekolah kerajaan sebagai sekolah pilihan terbaik untuk rakyat 
  • Janji 50: Mengembalikan wibawa universiti awam dan pengajian tinggi 
  • Janji 51: Membela nasib golongan OKU 
  • Janji 52: Memerangi jenayah dan gejala sosial 
  • Janji 53: Mendokong keutuhan institusi keluarga dan kejiranan 
  • Janji 54: Memperkasa institusi kemasyarakatan, masyarakat sivil dan keusahawanan sosial 
  • Janji 55: Mempelbagai ruang aktiviti golongan muda 
  • Janji 56: Menubuhkan Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat
  • Janji 57: Menjadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali kerana integritinya, bukan kerana rasuahnya 
  • Janji 58: Mempertahankan sempadan negara daripada pencerobohan, penyeludupan dan pemerdagangan manusia 
  • Janji 59: Memimpin usaha menyelesaikan konflik Rohingya dan Palestin 
  • Janji 60: Memartabatkan peranan Malaysia dalam institusi antarabangsa 


ILTIZAM KHUSUS UNTUK WARGA FELDA
ILTIZAM KHUSUS UNTUK MASYARAKAT INDIA
ILTIZAM KHUSUS UNTUK WANITA
ILTIZAM KHUSUS UNTUK ANAK MUDA
ILTIZAM KHUSUS UNTUK WARGA EMAS

Nanti akan update selepas sidang akbar pagi nanti.


6 comments:

  1. Semoga pemerintahan yang baru ni memberi kebaikan pada rakyat. aminn

    ReplyDelete
  2. Selamat maju jaya PKR dan PH
    semoga menjaga amanat diberikan sebaik mungkin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...Semoga negara kita kembali berdaulat & dihormati orang luar. Now I'm proud a proud Malaysian!

    ReplyDelete
  4. I'm a proud Malaysian. (HAHAHAHA takdan repair ayat tertekan publish)

    ReplyDelete
  5. Semoga pentadbiran baru akan menjadikan Malaysia lebih baik buat rakyat..

    ReplyDelete
  6. Alhamdullilah, tahniah kerajaan baru. Semoga ada pembaharuan yang lebih baik untuk negara kita kan..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!