Resepi : 7 Hari Resepi Berbuka Bulan Ramadan Dengan Daging

Sunday, June 03, 2018 23 Comments A+ a-

Haa dasatkan ada siri bagai mcm drama pulak aihh tapi memang la bila nak ke dapur dan memasak ni memang ada drama, kekadang drama meruntun jiwa, drama suka duka semua ada..hehe.  Untuk siri 2 ni Umi nak kongsi 7 resepi masakan menggunakan daging, kalau nak guna ayam pun boleh, terpulang pada korang okay

Menu-menunya adalah ..jeng jeng jengggg

1. Daging Masak Kicap cara Mak Tersayang
2. Daging Masak Kurma Mak Mertua
3. Asam Pedas Tulang Daging
4. Daging Masak Lada Hitam
5. Daging Goreng Berempah
6. Daging Masak Lemak Cili Api
7. Daging Rebus Air Asam Utara

Kalau nak resepi lain berasakan daging, boleh je cari dan klik >  Daging

Kalau nak lembutkan daging, masukkan buah keras yang ditumbuk dalam air rebusan dan direbus sekali


1. Daging Masak Kicap cara Mak Tersayang
7 Hari Resepi Berbuka Bulan Ramadan - Siri 2
Bahan-bahan :
Daging, dihiris
5 tangkai cili kering, dikisar
3 ulas bawang kecil, ditumbuk
2 ulas bawang putih, ditumbuk
½ inci halia, dihiris
3 sudu cuka
Kicap Tamim
Garam secukup rasa

Bahan untuk hiasan:
1 labu bawang besar, dimayang
1 biji cili merah atau cili hijau

Cara membuatnya:
Daging direbus hingga empuk, ditoskan dan letak tepi
Panaskan minyak dan tumis bahan yang ditumbuk hingga naik wangi.  Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak kemudian masukkan daging dan air rebusan dan kacau hingga air rebusan hampir kering.  Kemudian masukkan kicap serta cuka, biarkan dengan api sederhana. Terpulang hendak biar kuah kering atau cukup sekadar basah sahaja.  Masukkan bawang besar dan cili merah, biar dalam 3 minit dan tutup api.  Masukkan garam secukup rasa.

Kekadang mak letak kulit kayu manis tapi Umi tak sebab bila lama bau kulit kayu manis tu menguasai masakan.


*********************

2. Daging Masak Kurma Mak Mertua
7 Hari Resepi Berbuka Bulan Ramadan - Siri 2


Bahan-bahan :
350gm daging, dibersihkan dan dipotong 
4 sudu besar rempah kurma ayam
2 cawan santan pekat
asam keping
Garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar
½ in lengkuas
½ cawan kelapa parut (yang putih)
1 batang serai

Bahan Hiasan 
2 biji kentang
2 biji cili masak
4 biji cili api
1 biji bawang besar (dipotong baji)

Cara membuatnya:
Panaskan minyak didalam periuk, tumis kulit kayu manis, bunga lawang hingga naik bau.
Masukkan bahan yang dikisar dan rempah kurma, dikacau hingga hampir kering dan masukkan daging dan ditambah air, dikacau supaya sebati dan pastikan daging bersalut dengan rempah. Bila air hampir kering, masukkan santan dan kentang dan kacau dan dimasak hingga mendidih.  Bila nampak kentang agak empuk, masukkan bawang besar, cili merah dan cili api, masak dalam 5 min dan tutup api.  Masukkan garam secukup rasa.

nota : Umi tak letak kentang sebab habis stok tapi sesiapa yang suka boleh letak ya.  Ni adalah resepi masakan MIL yang sempat Umi belajar dan memang sedap sangat.


*********************

3. Asam Pedas Tulang Daging
7 Hari Resepi Berbuka Bulan Ramadan - Siri 2

Bahan-bahan :
1kg tulang atau daging tetel, ikut kesukaan
3 tangkai daun kesum
1 mangkuk perahan air asam jawa
1 batang bunga kantan, kalau suka
1 batang serai, diketuk

Bahan untuk dikisar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 sudu lada hitam
1 inci belacan

Cara membuatnya:
Rebus tulang hingga lembut, masukkan buah keras yang ditumbuk yang boleh melembutkan daging bagi mereka yang tak de pressure cooker

Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis serai yang diketuk dan semua bahan yang ditumbuk hingga naik wangi.  Masukkan cili kisar dan goreng hingga pecah minyak dengan api sederhana dan pastikan benar-benar masak.  Masukkan tulang lembu/daging dan dikacau hingga sebati. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan air asam jawa. Kacau hingga mendidih dengan api perlahan.  Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan secubit gula tapi kalau nak letak aji no moto, boleh juga.  Biarkan ia mendidih dan tutup api.

*********************

4. Daging Masak Lada Hitam
7 Hari Resepi Berbuka Bulan Ramadan - Siri 2

Bahan-bahan :
1/2 kilo daging - kalau dapat batang pinang lagi sedap - dipotong ikut kesukaan
1 sudu lada hitam *
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
1 inci kunyit hidup * atau 2sk serbuk kunyit
1 mangkuk air asam jawa

* ditumbuk hingga lumat

Untuk hiasan
1 biji cili masak - dipotong serong
1/2 labu bawang besar - dipotong baji

Cara membuatnya:
Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan kacau hingga masak. Masukkan hirisan daging dan serbuk kunyit (kalau tidak guna kunyit hidup) dan dikacau hingga bersalut dengan api sederhana.  Kemudian masukkan air asam jawa dan setengah cawan air, dimasak sampai pecah minyak


Masukkan hirisan bawang besar dan cili masak, dimasak untuk 5 minit dan tutup api
Jangan lupa masukkan garam dan boleh dihidang

*********************

5. Daging Goreng Berempah
7 Hari Resepi Berbuka Bulan Ramadan - Siri 2
Bahan-bahan :
500 gm daging pejal
1 bii bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
3 sudu besar kicap lemak manis
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Bawang besar, dipotong baji sebagai hiasan

Bahan untuk dikisar :
2 inci halia - dihiris
10 tangkai cili kering, dikisar
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis  + jintan putih

Cara membuatnya:
Daging dihiris nipis, dibersihkan dan diperap dengan bahan yang dikisar (dalam 30 minit)

Panaskan minyak didalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih, bila dah kekuningan, masukkan daging yang diperap dan dimasak dengan api perlahan tambah air supaya daging benar-benar masak dan terpulang sekiranya nak berkuah atau biarkan dimasak dengan kering

Kalau suka boleh letak bawang besar yang dipotong baji sebagai hiasan.

*********************

6. Daging Masak Lemak Cili Api
7 Hari Resepi Berbuka Bulan Ramadan - Siri 2

Bahan-bahan :
600 gm daging, batang pinang
1 liter santan kotak
1/2 cawan santan cair
1 cawan air
1 biji mangga sala atau mangga telur
2 batang serai, diketuk
3  keping asam gelugur
Garam dan gula

Bahan untuk dikisar :
15 tangkai cili api
1/2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara membuatnya:
Daging dihiris lebar, cuci dan toskan.  Masukkan bersama bahan yang dikisar kedalam periuk bersama serai dengan air.  Kacau rata dan renih dengan api sederhana hingga daging kecut.  Tuangkan santan cair dan masukkan buah mangga dan asam keping.  Masak hingga mangga nampak layu.  Masukkan santan pekat, kacau dan biarkan dalam 5 minit dan tutup api.  Masukkan garam secukup rasa


*********************


7. Daging Rebus Air Asam Utara
7 Hari Resepi Berbuka Bulan Ramadan - Siri 2

500 gm daging, dibersihkan dan direbus hingga empuk. Angkat daging, sejukkan sebelum dihiris nipis. Air rebusan daging boleh disimpan untuk jadi stok

Bahan-bahan :
3 batang cili, 4 bii cili padi, dikisar atau ditumbuk halus
2 biji tomato, dihiris nipis
1 labu bawang besar dihiris
2 inci belacan
½ cawan air perahan asam jawa
gula
garam secukup rasa
kerisik

Cara membuatnya:
Cili masak dan cili api yang dikisar dimasukkan didalam mangkuk, masukkan belacan, bawang besar, tomato, air asam jawa, sedikit gula dan kerisek, digaul hingga sebati.  Masukkan garam secukup rasa dan boleh la dimakan dengan daging rebus

Kalau tak suka pedas, tak perlu letak cili api tapi kalau tak pedas tak de kick la kan

*********************

selamat mencuba!

23 Comments

Write Comments
4 June 2018 at 00:20 delete

belum terlambat untuk akak mengucapkan salam ramadhan.
Ingatkan bulan ramadhan boleh relex sikit, lagi sibuk adalah.

Tak sempat nak ketuk pintu rumah sahabat-sahabat semua ...
Walau apa-apa pon resepi daging diatas atas amat menyelerakan.

Reply
avatar
Raydah
AUTHOR
4 June 2018 at 04:28 delete

sedapnyeee. my only recipe during this ramadhan is sayur goreng. there's more but we'll cook sayur goreng everyday. hehe. dah lama tak makan daging. lately sakit gigi so x leh nak makan macam2 sgt. heeee

Reply
avatar
Em
AUTHOR
4 June 2018 at 09:12 delete

Wow, 7 resipi. Banyaknya share satu kali gus. HAHAHA This weekend is going to be a challenge for me when I try to dish up these delicious food for my family. Thanks so much!

Reply
avatar
CikLily Putih
AUTHOR
4 June 2018 at 11:53 delete

wah banyaknyer resipi daging, wah boleh cuba ni. nak cuba daging rebus asam rebus lah nampak macam senang

Reply
avatar
Amanda Suria
AUTHOR
4 June 2018 at 17:52 delete

Banyaknya kak resepi daging...kebetulan mmh ada banyak daging dlm fridge kat rumah sewa...dah ada ada resepi mudah mcm ni senang..nak ubah sikit2 ikut selera sendiri pun ok kan kak

Reply
avatar
4 June 2018 at 18:35 delete

Daging rebus air asam tu selalu ada musim raya korban kat Kedah. Sedap!. Daging goreng blackpepper tu pun sedap. Alahhhh lagi 1 jam nak berbuka lagi ni.

Reply
avatar
Mohd Zarin
AUTHOR
4 June 2018 at 21:17 delete

Sedapnya semua resipi2 ni.. nampak mudah disediakan. Paling nampak sedap tu ha.. daging rebus air asam tu... Saya pun nak cuba lepas ni

Reply
avatar
4 June 2018 at 22:28 delete

Hidangan kat sini semuanya fav sy terutama daging rebus tapii kitaorang makan dengan kuah air asam. Perghhh merecikkkk

Reply
avatar
Maha Mahu
AUTHOR
4 June 2018 at 22:43 delete

Wow resipi-resipi daging semuanya heheh kita pun suka makan daging boleh lah cuba semua untuk buka puasa atau sahur nanti thanks share...

Reply
avatar
Ainyy Zain
AUTHOR
5 June 2018 at 00:08 delete

daging masak lemak tu menggoda iman lah kak memalam ni. dah rasa lapar balik dah. btw tq share resepi. 😅

Reply
avatar
5 June 2018 at 01:52 delete

Wahhh terima kasih kongsi resepi daging ni. Kadang-kadang otak jadi blur nak masak daging apa, lepas ni bolehlah tengok aje resepi kat sini..hehehe.

Reply
avatar
Zharif Azis
AUTHOR
5 June 2018 at 05:53 delete

Siri 1 pon sy belum sempat nk buat semua. dah aDA siri ke-2. Terima kasih umi berkongsi resepi2 ini. semuanya nmpk mudah utk disediakan

Reply
avatar
Mawardi Yunus
AUTHOR
5 June 2018 at 06:43 delete

YaAllah semuanya sedap-sedap. Nampak gaya gena bookmarklah artikel ni. mudah nak buat rujukan nanti. terima kasih

Reply
avatar
5 June 2018 at 08:07 delete

KAK UMI yang asam pedas tulang tu nampak nyum nyum wah semua macam menu daging, mesti husband and kids sayang umi ni...tiba tiba i rasa nak jadi anak umi.. sebab i suka semua hidangan dalam entri ni.. memang menyelerakan...

Reply
avatar
5 June 2018 at 08:14 delete

akak sama macam AS. Se[anjang bulan puasa ni, menu ikan memang tak jalan langsung. Boleh dikatakan hampir setiap hari lauk daging. Paling kerap adalah daging goreng hallia+lada hitam ngan daging paprik sayur bertambun-tambun haha. senang 2 in 1. Sayur ada, lauk pun ada.

Reply
avatar
Lia Hasty
AUTHOR
5 June 2018 at 08:17 delete

Wah semua resepi daging jeje . Bagus juga boleh follow resepi bila nak masak berbuka xpun sahur . Bila dah Lama jadi buntu xtau nak masak apa . Lepas tu dah rs bosan .Tq for sharing

Reply
avatar
dr-Life
AUTHOR
5 June 2018 at 09:23 delete

Waiting... You are cooking all my favorite dish. Now I got the chance to learn from you so I can have this delicious food at home too... So nice of you to share all the recipes here.

Reply
avatar
Mrs. A
AUTHOR
5 June 2018 at 14:11 delete

Sekali kumpul semua resepi daging macam ni baru timbul idea daging boleh masak macam-macam cara hehehehe...

Reply
avatar
6 June 2018 at 00:16 delete

Wow! semua lauk sedap, i nak rasa juga. Best kalau buka kat rumah walaupun tak sebanyak kat hotel tapi dapat lauk masakan sendiri

Reply
avatar
6 June 2018 at 08:49 delete

Olohh kak fuzy dapnya semua menu tu.. Daging rebus air asam utara terliur tengok gambar 😍😋

Thank you kongsi resepi

Reply
avatar
Cik Tie
AUTHOR
6 June 2018 at 09:57 delete

Alahaiii mencabar sungguh singgah sini hehe..sedapnya nampak

Reply
avatar
6 June 2018 at 14:39 delete

Terbaiklah menu-menu kat sini. Saya paling terliur daging masak lemak cili api. Favorite tu!

Oklah, klu nk masak di dapur bujanv nanti, saya datang balik sini jenguk resipi, hahaha. Thanks for sharing

Reply
avatar
10 June 2018 at 15:09 delete

homaiii yang berempah tu sangat menganceemmm! hehehe.

Reply
avatar

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!