Tuesday, June 19, 2018

Drama : Rahsia Hati Perempuan

Pertama kali tonton drama Rahsia Hati Perempuan kat Astro Ria macam tak berapa layan sebab rasa macam...entah tapi nak tengok sebab teringat lakonan Mira Filzah dengan Fendy Bakry dalam Teksi Love.  Tajuk panjang dan macam kurang best...hehe.  Put aside tajuk tu bila korang dah tonton part Suraya yang jahat tu (mak Illaina) tu memang korang sayang nak tinggalkan.  Memang umum tau Ogy Ahmad Daud ni berlakon selalu over tapi tetap suka tengok especially dia bawak watak ni, memang melampau dan memang celupar haha

Waktu dok godek-godek baru tahu tajuk asal ialah "Love is You" ditukar ke RHP.  kenapa bukan Rahsia Hati jer kan sebab bukan perempuan jer berahsia tapi lelaki jugak hehe.  Anyway Umi tak tengok kat Astro sebab layan drama lain tapi online kat kepalabergetar jer sebab ada Mira Filzah, Hisham Hamid, Uqasa Senrose dan Fikri Ibrahim. Jenuh dok cari kat Google Play dan sumber-sumber kalau ada novel sebab nak beli sebelum cerita berakhir hehe rupanya bukan adaptasi novel pun.

rahsia hati perempuan
Drama : Rahsia Hati Perempuan 
24 episod
Arahan : Micheal Ang 

Pelakon:
Zayn - Hisham Hamid
Illaina (Illy/Aina) - Mira Filzah
Mikael - Fikri Ibrahim
Ayra - Datin Paduka Eina Azman
Suraya (mak Illaina) - Fauziah Ahmad Daud
Ismail (bapa Illaina) - Zulkifli

Sinopsis
Antara persahabatan dan cinta. " cintakan seseorang tak semestinya bersama".  Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil bertemu kembali sewaktu Mika dan Zayn bercuti ke Australia sebab Zayn kecewa kerana perkahwinan dia dengan Aira tak jadi.  Illaina menyedari yang Zayn dan Mika adalah sahabat tapi tidak memberitahu mereka lebih awal. Illaina yang sememangnya menyukai Mika semenjak kecil mula menghantar mesej kepada Mika tapi dibalas oleh Zayn tanpa pengetahuan Illaina sebab Zayn sebenarnya suka Illy. 

Ilaina mengajak Arissa ke KL untuk bertemu Mika dan terbongkar rahsia sebenarnya siapa yang membalas mesej dan surat-surat kepadanya bukan Mika.  Illy sedar dia mencintai orang yang membalas surat dan mesej dan bukan Mika begitu juga Zayn hingga dilamar Mika walau bapa Mika dan Ismail pernah berjanji untuk menyatukan mereka berdua.

Part yang paling best bila Suraya yang sombong (flashback) dia rampas Ismail kekasih kakak angkat dia. Memang geram 

Kemunculan Aira yang sibuk nak kembali kepada Zayn pun cukup meletihkan Zayn namun rahsia terbongkar rupanya Aira mengandung dan berhasrat menjadikan Zayn kambing hitam. 

Konflik jiwa buat Illy bila mengetahui penyakit kanser Mika yang tak boleh bersedih membuat Illy serba salah begitu juga Zayn malah Zayn sanggup mengetepikan perasaan sebab nak jaga hati Mika.  Memang stress sebab cerita ni  ala-ala novel Cinta Untuk Disewa.  Terasa beban, sesak dada sebab Zayn tak mahu sahabat baiknya terluka dan sanggup melepaskan Illy hingga Illya memberi syarat yang Zayn kena kahwin dan pilihannya ialah Arissa. Sadiskan? Demi sayang kepada Illy, Arrisa pun sanggup...memang sesak dada untuk melepaskan orang yang kita sayang, tersangat sayang kan,

Part yang sedih bila Mika dan Illaina akhirnya bernikah dan kembali ke Australia dan Mika mengetahui rahsia yang Illy menyintai  Zayn. Arissa pula kemalangan bila dia dilanggar Aira dan koma, Zayn  menikahi Arissa kerana Arisa perlu dibedah. Bahagia tak pasangan ni? Tu kena la tonton tau.

Berat rasa bila kita sama-sama mencintai tapi tak boleh bersama hanya untuk menjaga hati dan perasaan orang lain yang sakit kan dan bila kita mengetahui cerita sebenar macam mana perasaan kita? tu belum lagi tengok perangai mak Illy yang rupanya menipu kekonon dah terima mak sendiri tapi rupanya masih menyimpan dendam kepada mak sendiri.  Memang geram tengok si Suraya ni hehe

Mungkinkah Zayn dan Illaina akan bersatu? Seperti dalam novel Cinta Untuk DiSewa (CUDS), Umi berharap yang Anis akan bernikah dengan Kamal kerana saling mencintai tapi tidak walau saat pernikahan Anis dan Ashraf berlaku mereka kemalangan dan Kamal muncul memujuk Anis.  Jadi untuk cerita ni pun diharap Zayn dan Illaina bersatu tapi mungkinkah? Memang konflik jiwa sangat! Macam mana Umi rasa sesak dada baca novel CUDS begitu jugak rasa bila tengok drama ni hehe

Jadi kalau novel Cinta Untuk Disewa tu diadaptasi ke drama mungkin watak Anis tu Mira Filzah boleh bawa la. 

Umi dah tonton episod 21 tadi dengan penyesalan Suraya bila tahun cerita sebenarnya dan tak sabar nak tengok akhir cerita ni,

Lebih menarik lagu OST Rahsia Hati nyanyian Khai Bahar dan Fatin Husna ni memang meruntuh jiwa dan lagu Haram nyanyian Hael Hussaini dan Dayang Nurfaizah



Rahsia Kita 
Khai Bahar & Fatin Husna

lirik copy paste dari  pada Cik Renex 
Komposer : Harris Yusoff

Lirik : Jim Bimasakti


Angin perlahan menyentuh jantungku 
bercerita tentang kita
Tak ku temukan sebuah jawapan 
dalam ketenangan

Haruskah ku simpan semuanya 
rahsia antara kita berdua
Bakal kau temui setelah ku tiada

Tak ku sangka sesuatu darimu
Indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
membuatkan aku terluka

Hati meruntun mencari pandangan
akhirnya tak kelihatan
Tak ku temukan sebuah jawapan
dalam kepalsuan

Haruskah ku simpan semuanya
Rahsia antara kita berdua
Bakal kau temui setelah ku tiada

Tak ku sangka sesuatu darimu
indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
membuatkan aku terluka

Nafas menanti kepastian
Hilang mencari jawapan
Cintamu pada diriku
Terhenti buat seketika

Tak ku sangka sesuatu darimu
indah umpama langit
Namun akhirnya dirimu
membuatkan aku terluka

Nafas menanti kepastian
hilang mencari jawapan
cintamu pada diriku
terhenti buat seketika

2 comments:

  1. Ana tengok on off je. Tapi yg pasti ep akhir wajib tengok. Hehe

    ReplyDelete
  2. tgk tgh2 je..lps tu xtgk dah.. just baca status je or dgr fey cite sbb dia lyn ulangan time lps sahur

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!