Sunday, June 3, 2018

Pelancaran Bufet Ramadan 2018 AnCasa Hotel Kuala Lumpur Bersama Anak Yatim Dan Asnaf

Pelancaran Bufet Ramadan 2018 AnCasa Hotel Kuala Lumpur Bersama Anak Yatim Dan Asnaf | Baru-baru ni pihak AnCasa Hotel Kuala Lumpur telah melancarkan Program Berbuka Puasa dan pemberian sumbangan kepada Anak-anak Yatim dan Asnaf dari Pusat Jagaan Kasih Murni dan sekaligus melancarkan Bufet Ramadan bertemakan 'Kampong Boy'



Image may contain: 32 people, people smiling, people standing and indoor
Pelancaran Bufet Ramadan 2018 AnCasa Hotel Kuala Lumpur Bersama Anak Yatim Dan Asnaf
Program CSR AnCasa Hotel ini merupakan agenda tahunan bagi membantu golongan yang kurang bernasib dan bagi menceriakan anak-anak yatim dalam sambutan Ramadan dan Hari Raya yang bakal tiba. Sememangnya bulan Ramadan bulan mulia dan umat Islam berlumba-lumba dalam menambah pahala dengan amalan bersedekah. Lebih menarik, ADABI telah sudi berkerjasama dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbang barang-barang keperluan asas anak-anak yatim untuk kegunaan mereka sepeanjang bulan Ramadan.

Sebagai tanda keperihatinan serta tanggungjawab kepada masyarkat, AnCasa Hotel turut menceriakan seramai 35 orang anak-anak yatim Pusat Jagaan Kasih Murni dengan membelikan pakaian dan baju raya bernilai RM150 setiap seorang di JAKEL MALL, Kuala Lumpur dan mereka jugat turut mendapat duit raya sebanyak RM50 seorang.

Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
Pelancaran Bufet Ramadan 2018 AnCasa Hotel Kuala Lumpur Bersama Anak Yatim Dan Asnaf


Image may contain: 10 people, people smiling, food
Pelancaran Bufet Ramadan 2018 AnCasa Hotel Kuala Lumpur Bersama Anak Yatim Dan Asnaf
Acara bergotong-royong memasak bubur lambuk bermula seawal jam 10 pagi dengan kerjasama kakitangan AnCasa Hotel bersama dengan wakil dari ADABI dalam menyediakan bubur lambuk sebanyak 5 kawah dan kemudian diagihkan kepada orang awam berhadapan AnCasa Hotel & Spa termasuk kepada para pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock.  Lebih menarik YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar, Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA), turut mengagihkan bubur lambuk dengan diringi oleh Pengurusan Kanan AnCasa Hotel.

 Nak tahu lebih lanjut tentang Bufet Ramadan AnCasa, baca SINI

"Ancasa Hotel & Resorts mengambil pendekatan dengan mengadakan progoram ini adalah untuk menghargai pelanggan-pelanggan Ancaa serta mengeratkan lagi hubungan di antara pihak pengurusan dengan warga kerja Ancasa Hotel & Spa.Ianya juga merupakan wadah terbaik untuk menzahirkan program kemasyarakatan AnCasa kepada golongan kurang berkemampuan.  AnCasa Hotel juga amat berharap dengan sumbangan ikhlas ini akan membawa keceriaan kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri"
Encik Shah Azam Khan, Pengurus Kanan Bahagian Hospitaliti

Image may contain: one or more people and text

Kalau korang nak merasa masakan bercitarasa kampung dan seperti masakan ibu, jom dapatkan baucer Ramadan Bufet 'Kampong Boy' dengan harga RM68.00 seorang dewasa dan RM50.00 seorang kanak atau korang boleh hubungi 03-202660060 untuk membuat tempahan serta mendapatkan harga yang terbaik.

pic credit to AnCasa FB

3 comments:

  1. Menikmati menu sekali meraikan anak2 yatim dan asnaf. Kebahagiaan berganda.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, rezeki yang di kongsikan bersama, kak ana singgah dan follow Fuzy hari ni :)

    ReplyDelete
  3. went on one dekat pekan. met a few bloggers here too. heeee

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!