Monday, July 9, 2018

Domino's Piza Terkini Dengan Blueberry Cheesecake Lava Cake

Domino's Piza Terkini Dengan Blueberry Cheesecake Lava Cake | Bila sebut Dominos Piza, mesti terbayang pizanya yang panas dan lazat. Baru-baru ini, Dominos mengambil langkah dengan meluaskan pilihan menu buat pelanggan bukan dengan piza tapi dengan manisan pencuci mulut baru iaitu Blueberry Cheesecake Lava Cake yang pasti buat kita terbayang-bayang selepas kita cuba makan sekali mesti nak berkali-kali.



Domino's Piza Terkini Dengan Blueberry Cheesecake Lava Cake, fuhh sebut nama pun dah sedap dan kombinasi yang sepadan kan, tu belum lagi merasai keenakan kek istimewa ni yang secara rasminya antara manisan didalam menu pada 1 Julai yang lalu. Memandangkan masih kita dalam mood raya, terasa Aidilfitri ni bertambah semangat dan meriah  bila kita dapa menikmati kelazatan kek ni bersama keluarga dan kawan-kawan.


"Rakyat Malaysia rata-rata meminati manisan pencuci mulut.  Hasil kajian kami menunjukkan lebih 10% daripada jumlah jualan adalah termasuk manisan!  Dengan pelancaran manisan baru ini, kami menjangka angka tersebut akan meningkat lebih tinggi.  Tawaran manisan terbaru kami ini juga akan menambah kelebihan daya saingan kami dalam pasaran dan menyokong usaha kami untuk menembusi bahagian pasaran yang lebih besar. Kami teruja untuk merangkumkan kek ini dalam menu tetap kami dan kami gembira menjadi Restoran Perkhidmatan Segera (QSR) yang pertama menawarkan Blueberry Cheesecake Lava Cake.  Kedudukan kami sebagai syarikat piza tidak menghadkan kreativiti kami kepada piza tu sajian utama sahaja dan kami harap pelanggan kami akan seronok menikmatinya, terutama sekali pada musim Raya.  Menyusuli kejayn mnisn kami khususnya Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake ygn menjadi kegemaran ramai, hari ini kami mempersembahkan satu lagi manisan yang lazat untuk pilihn pelanggan kami" - Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura


Blueberry Cheesecake Lave Cake ini dibakar dengan sempurna dan dihidangkan panas dan segar dari ketuhar.  Kelazatan dan kelembutan rasa menjadikan Blueberry Cheesecake Lave Cake manisan yang pasti menambat selera mereka yang gemar mencuci mulut dengan keenakan inti leburan keju pekat dan perisa beri biru yang masam manis yang sememangnya gabungan yang sangatlah tersedap.  Tak percaya? cuba la rasa! dan bau pulak memang semerbak wangi beri beri dan keju krim dari New Zealand tau.


"Seperti piza kami, manisan pencuci mulut kami dicipta dengan penuh kasih sayang dan ketelitian, kesungguhan dan keprihatinan.  Kami komited untuk menawarkan maknn dan perkhidmatan berkuatlit, dengan hanya menggunakan bahan-bahan terbik dn bermutu untuk manisan ini termasuk keju krim yang lazat dari New Zealan dan beri biru dari Perancis.  Bahan-bahan bermutu tinggi ini menambah kelazatan keke lava kami.  Satu lagi cabaran dalam menyediakan kek ini ilah car untuk mengekalkan imbangn tkesturnya.  Oleh itu, kawaln suhu yang tept sangat penting untuk memastikan kek lava dibakar dengan sempura untuk menghasilkn leburan inti di tengahnya.  Manisan lazat ini seesuai untuk melengkapkn sesi menjamu seler dengan piza bersam keluarga dan kawan-kawan! Blueberry Cheesecake Lava Cake memperlihatkan komitmen kmi untuk menambah baik pengalam pelnggn kmi, yang bakal menjadi kenangan terindah.  Kami melakukan yang sebaik mungkin untuk memastikn kami dapat memberikn perkhidmatan yang berkualit dan sentaias menjadi ingatan pelanggan kami" - Linda Hassan, PEngurus Besar, Pemasaran, Domino's Pizza Malaysia dan Singapura

Bermula 1 Julai kita boleh mendapatkan Blueberry Cheesecake Lava Cake dengan hanya RM7.10 setiap satu tapi tempohnya terha dan bertambah menarik Chocolate Lava Cake dan Peanut Butter Chocolate Lava Cake turut dijual dengan harga yang sama. Menarik kan!



Antara tawaran hebat yang lain adalah
  • Buddy Combo - didatangkan dengan satu Regular Pizza, satu Garlic Twisty bread, satu Blueberry Cheesecake Lava Cake, satu Stuffed Cheddar Bites dan dua tin minumn ringan berharga RM42.90 dan
  •  Super Combo  - 2 Regular Pizza, satu Garlic Twisty Bread, satu Blueberry Cheese, satu Chocolate atau Peanut Butter Chocolate Lava CAke dan satu botol minuman ringan dengn harga RM59.50

Nota : kesemua harga adalah tanpa GST


Tempahan dalam talian : http://www.dominos.com.my

No telefon : 1 300 888 333


Mengenai Domino's Pizza
Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino's merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi.  Domino's Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasran.  Di peringkat antarabangsa, Domino's disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.

Domino's Pizza Malaysia adalah pasaran Domino's yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik.  Ditubuhkan pada 1997, Domino's Malaysia diuruskan oleh pemegang francasi utama, Dommal Food Services Sdn Bhd.  Sehingga ini, terdapat 217 cawangan Domino's Pizza di negara ini.

Di Domino's Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat.  Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan.  Selaras dengan falsafah syarika kami untuk berusaha secara bijak, Domino's komited untuk memberikan pengalam penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit.

Melangkah maju sebagai syarikat 3-dagang, Domino's Pizza telah mencipata banyak pencapain pertama dalam platform digital.  Domino's Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelncaran laman webnya pada 2003.  Sejak itu, platform pesanan dalam taliannya telah diperluas dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna.

Domino's Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016 iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino's Pizza.  Berbekalkan keyakinn yang ditunjukkan oleh pengguna Malayisa, Domino's Pizza telah memenngi Anugerah Gangsa dalam kategori "Restoran & Makanan Segera" di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016 dn Perak pada 2017.

7 comments:

  1. Huwaa best ni kak. Boleh serbu Domino nanti

    ReplyDelete
  2. Tetiba rasa teringin pula nak makan Domino's

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaa! Hari tu Nani nak beli tapi dah out of stock pulak dekat cawangan sini.

    ReplyDelete
  4. waaa.. bang yong cuba nasib ke.. nak kena try blueberry larva ni

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!