Thursday, July 19, 2018

Murid Tahun 2019 Tak Perlu Berkasut Putih

Murid Tahun 2019 Tak Perlu Berkasut Putih | Umi tumpang seronok bila dengar yang anak-anak sekolah pada tahun 2019 tak payah pakai kasut putih dah walau Umi dah lama rasa lega cikapplepie memang berkasut hitam sebab dia pengawas sekolah.  Memang pening mak-mak kalau bila anak-anak balik sekolah tengok kasut dah macam belacan kan..hehe.  Macam tu la perasaan mak Umi dulu bila cucu-cucu dia balik dari sekolah dengan kasut punya la kotor terutama yang hero, pastu jenuh dia memberus basuh walau Umi selalu larang. Tu dulu waktu mak sihat dan mujur sekarang cikapplepie tak berkasut putih.

Nak tahu lebih lanjut klik SINI

Murid Tahun 2019 Tak Perlu Berkasut Putih

"Antara pembaharuan lain yang akan kami lakukan adalah memastikan meringankan beg sekolah para pelajar, menambah baik kurikulum sekolah agar lepasan sekolah kebangsaan bertaraf antarabangsa, dan mengembalikan profesion guru kepada guru, bermaksud tidak membebankan mereka dengan kerja selain mengajar," Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan

5 comments:

  1. jatuh merudum bisnes kapur kasut haha

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...moga melegakan hati ibu bapa...hehehe..

    ReplyDelete
  3. Semoga segalanya dipermudahkan dan pasti lah ibu bapa terasa kurang satu beban bila tengok kasut anak2 tak kelihatan kotor sangat lagi lepas ni.. Dah warna hitam kan..hehe..

    ReplyDelete
  4. CR setuju je wat kasut hitam ni sebab senang tak nampak kotor.heee

    ReplyDelete
  5. kat sini pasaraya dan kedai-kedai uniform sekolah dah start lambak kasut putih, lelong dah hihi

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations