Thursday, July 12, 2018

Resepi Biskut Arab Kuih Favorite Mak

Syawal dah hampir ke penghujung, tapi cerita bulan Syawal masih lagi kat dalam draft..hehe. Alkisah 2 hari menjelang Syawal, dengan semangat berkobar-kobar Umi berjaya membuat kuih! Dah terlalu lama Umi nak buat kuih biskut arab ni yang sememangnya menjadi kegemaran mak dan dulu waktu mak sihat biskut arab ni suatu kemestian selain dodol, kuih gunting, kuih siput, agar-agar kering, kuih sepit dan banyak lagi.  Umi waktu muda bukan suka sangat kuih-kuih ni ataupun ketupat sebab pagi raya jer Umi dah cari maggi asam laksa! siapa sama dengan Umi? kita geng ok hehe

Ok, jom try resepi mudah yang berjaya dibuat walau buat pertama kalinya.  Alhamdulillah, mak cakap sedap kuih biskut arab yang Umi buat tu bukan Umi saja-saja nak puji diri tau...haha.

Resepi Biskut Arab Kuih Favorite Makion

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum,
½ cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
2 sudu besar mentega
100gm kacang tanah, digoreng, diibuang kulit dan ditumbuk


Cara membuatnya :

  • Goreng (sangai) tepung didalam kuali hingga agak kekuningan.  Masukkan kedalam bekas adunan
  • Panaskan minyak dan kemudian masukkan mentega didalam kuali dalam 5 minit dan hingga mentega cair.  
  • Masukkan minyak kedalam adunan tepung bila agak sejuk, gaulkan  sehingga sebati.
  • Jemput adunan lebih kurang sebesar duit 20sen dan bulatkan, lepas tu buatkan lubang untuk masukkan kacang tanah, bulatkan kembali dan letak didalam dulang pembakar
  • Bakar dengan suhu 160 darjah lebih kurang dalam 20 minit.
  • Letakkan biskut arab yang telah dibakar dan golekkan biskut arab ke dalam pinggan berisi gula, golekkan hingga gula menyaluti biskut.  Angkat dan simpan atau boleh jer dimakan terus.

btw, memang serius lengah tangan nak buat dia jadi bulat > klik SINI tapi bila rasa dia sedap, hilang kelenguhan tu bagai. InsyaAllah kalau ada kerajinan, raya haji nanti Umi buat lagi

selamat mencuba

6 comments:

  1. Sedapnya kak biskut arab. Lama dah tak makan biskut ni.

    ReplyDelete
  2. Wahhhh....bahan-bahan die mudah je... Tapi sejenis LeYa ni memang kemalasan kalau bab2 buat kuih ni.. Tapi kalau masak lauk ok la.. hehe... Alaa... nanti Raya Haji mintak Kak Fuzy buat lah.. Hee.

    ReplyDelete
  3. Wah sedap nie, Sue suka agar-agar kering tapi tak tau nak buat. Nak kena tanya Mak nanti..

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa biskut arab. Tak pernah buat sendiri, tengok resepi macam senang aje ni. Heheh :)

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!