Friday, August 31, 2018

Friday, August 31, 2018

Selebriti Popular Tanah Air Bakal Mengegarkan DYXY Showcase Tour 2018

DYXY Showcase Tour Menampilkan Bintang Popular Tanah Air | Bermula 8 September hingga 29 September, DYXY Cosmetics akan menggegarkan beberapa destinasi negara bagi mempromosi jelajah DYXY Showcase Tour 2018 dengan menampilkan bintang popular tanah air.

Sehubungan itu  dengan itu satu sidang media telah diadakan di restoran terkemuka Aseana Cafe, KLCC yang turut dihadiri media dan blogger beserta kehadiran Achey Bocey, Caprice dengan majlis disempurnakan dengan kehadiran pengasas DYXY, Dyana Roslan, 32 dan Shah Hafis Borhanuddin, pasangan suami isteri dan usahawan Bumiputera paling menyerlah.


Dalam sidang media tersebut diumumkan selebriti popular tanah air yang cukup dikenali yang akan berada di lokasi terpilih didalam siri jelajah tersebut adalah Hael Husaini, Haqiem Rusli, Aiman Tino, Achey Bocey dan Caprice serta bintang komedi popular Didie Alias yang akan tampil sebagai pengacara di setiap lokasi para bintang popular akan berada.

Selebriti Popular Tanah Air Bakal Mengegarkan DYXY Showcase Tour 2018


Sidang media juga dipamerkan super car yang melambangkan prestij dan kejayaan DYXY yang dipandu oleh pengasas DYXY untuk dipamerkan kepada mereka yang hadir.

Image may contain: 4 people, outdoor

Promosi jelajah terhebat ini diadakan di atas kelangsungan penjenamaan DYXY yang semakin meniti di bibir masyarakat negara, bersandarkan kekuatan kualiiti produk terbitan Bumputera dan mendekatkan masyarakat dengan variasi produk DYXY bersandarkan elemen hiburan, selebriti, disamping kenderaan automatif mewah (supercar) sebagai lambang prestij jenama berkenaan

Penganjuran DYXY Showcarse Tour 2018 antara lain bertujuan meraikan pengguna, stokis, agen dan setiap tulang belakang jenama DYXY di seluruh negara kerana mereka adalah resepi  utama kejayaan jenama itu dari dulu hingga kini.

Dalam masa yang sama DYXY berharap untuk menarik lebih ramai lagi generasi muda meminati bidang perniagaan kosmetik berlandaskan strategi yagn telah disediakan

Pelabagai aktiviti menarik telah disediakn sepanjang penganjuran DYXY showcase tour 2018 antaranya sesi 'make-over' bersama-sama barisan jurusolek terkenal tanah air dan 'meet & greet ' bersama instafamous popular tempatan antaranya Shifa Melvin.

DYXY juga akan mengadakan pencarian Face DYXY 2018 dimana pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai lumayan

Pengunjung yang hadiri ke pertunjukan jelajah berkenaan akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah dan tidak ketinggalan dapat mengenali variasi produk kecantikan DYXY dnegna lebih dekat di Pavilion DYXY yang disediakan


Ok, warga-warga Kedah, Terengganu, Johor dan Sabah, nantikan kemunculan selebriti popular ni di destinasi yang telah diwar-warkan dan jangan lupa untuk turut serta memeriahkan DYXY Showcase Tour 2018 nanti.

Jadual DYXY Showcase Tour 2018

8 September
Hael Husaini akan berada di Aman Sentral Mall, Kedah
15 September
Haqiem Rusly & Caprice di UTC Kuala Terengganu
22 September 
Aiman Tino & Caprice di Angsana Mall, Johor Bahru
29 September 
Achey Bocey di Centre Point Kota Kinabalu, Sabah

Tidak hanya sekadar menjual produk kecantikan, DYXY Cosmetics turut menyediakan peluang perniagaan dengan pendapatan mencecah lima angka dalam tempoh sebulan.  DYXY juga menyediakan banyak latihan keusahawanan juga menyediakan pakej untuk Bumiputra memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri keusahawanan untuk menjadi usahawan yang berdaya maju dan berdaya saing.

Dibawah latihan keusahawanan meliputi kursus, latihan, seminar, bengkel bagi input pendedahan, pengetahuan dan kemahiran di tahap kebudayaan keusahawanan, perwujudann usahawan serta peningkatan dan pengukuhan yang dianjurkan oleh pengasas DYXY, Shah Hafiz Borhannudin.

Objektif dan strategi keusahawanan DYXY Cosmetics
  1. Mengenal pasti bakat dan potensi peserta untuk menjadi usahawan DYXY Cosmetics yang berjaya
  2. Peserta dapt mengemukakan rancangan tindakan untuk memulakan projek perniagaan dan perusahaan
  3. Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahwa mengamalkannya dalam menjalankan perusahaan/perniagaan secara bersistem.
  4. Memberikan pengetahuan pengurusan secara digital dan teknik pemasaran di sosial media
  5. Strategi, mengatur model pemasaran  yang dikenali sebagai MMS, Modern Marketing Strategies iaitu serangan pemasaran ke seluruh saluran yang ada iaitu online, offline dan networking
  6. Memahami fasa-fasa penting sebelum bergelar usahawan
  7. Fasa pertama ialah fasa memberi pengenalan produk terhadap pengguna baru
  8. Fasa kedua ialah teknik bagaimana anda menaikkan jenama tersebut dan memberikan pengguna lebih dekat dengan DYXY
  9. Fasa ketiga Platform kerjaya usahawan di mana inilah tempat anda sebagai pengguna dan usahawan kami

Apa kelebihan menjadi agen DYXY Cosmetics
  • Stokis akan disahkan sebagai agen sah melalui Instagram, Facebook dan seluruh sosial media yang ada
  • Flyer secara percuma
  • Testimoni dan material secara percuma
  • Free coaching sales + tips jualan
  • Free marketing tools (feedback+ testimoni)
  • Free Flyers + Brochure
  • Diberikan sistem aplikasi khas usahawan dalam telefon mudah alih (DYXYHUB)
  • Setiap agen akan dikawal selia (monitor)
 
Aktiviti DYXY
  • Aktif dengan aktiviti konvoi kenderaan di mana ini adalah salah satu cara untuk memperkenalkan lagi jenama kepada orang awam
  • Kelas keusahawanan berkonsepkan outdoor
  • Tour DYXY di setiap negeri di Malaysia
  • Peluang percutian ke luar negara bersama DYXY Cosmetics


Laman sesawang :

Facebook :

Instagram
Youtube :
DYXY Media

No Telefon 
603-4820 6031 (HQ)


Wednesday, August 29, 2018

Wednesday, August 29, 2018

Pollo Mendi Restoran Makanan Arab & Italian Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi

Pollo Mendi Restoran Makanan Arab & Italian Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi | Bila Umi mendapat undangan ke restoran Pollo Mendi semalam, berlegar dalam kepala "eh Pollo tu bahasa Itali dan Mendi tu memang sah bahasa Arab" dok hurm la jugak *sengih panjang*.  Bukan nak tunjuk pandai tapi Umi ni suka membaca dan punya kawan dikalangan 2 negara ni. Okay kita letak tepi pasal tu. Alkisah Umi mendapat jemputan ke restoran Arab & Itali Pollo Mendi yang akan memperkenalkan Dato AC Mizal sebagai rakan kongsi yang baru yang dipertanggungjawabkan untuk membangun strategi pemasaran dan pembangunan jenama Pollo Mendi. Berat weh tugasan tu kan.

Pollo Mendi Restoran Makanan Arab & Italian Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi
Pollo Mendi "Authentic Arabian & Italian Cuisine"

Pollo Mendi merupakan pengendali restoran penyediaan makanan Arab dan Itali yang telah beroperasi sejak 2015 yang menampilkan beberapa menu makanan khas dan terbaik di Malayisa.  Konsep gabungan unik ini adalah bertujuan untuk memberi variasi pilihan makanan kepada seisi keluarga dalam suasana yang selesa dan ekslusif.  Restoran ini telah dirasmikan oleh YB Dr Siti Maiah, ahli parlimen Kota Raja pada masa itu dan turut disaksikan oleh ahli parlimen Ampang YB Zuraida Kamaruddin

Pollo Mendi Restoran Makanan Arab & Italian Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi

"Disamping menyajikan makanan "fine cuisine" yang dsedap dan halal, tujuan penubuhan Pollo Mendi ini dalah untuk membantu golongan bumiputera untuk memiliki perniagaan restoran mewah yang mampu milik. Pollo Mendi merupakan hasil kaji selidik yang telah dilakukan keatas restoran-restoran mewah yang kebanyakkannya adalah terlalu mahal untuk dimiliki oleh golongan bumiputera" Mohd Fadzil, pengasas


Apa yang menarik di Pollo Mendi, kesemua makanannya dibekalkan sepenuhnya oleh "Central Kitchen' sendiri yang terletak di Puchong yang mempunyai sijil HALAL dan menggunakan teknologi 'Blast Freeze' dan 'Blast Chill' bagi mengekalkan standard rasa dan kualiti makanan.  Bagi rakan kongsi pulak, mereka tak perlu menghabiskan masa ke pasar atau memasak bahan mentah yang banyak.

Selain dari restoran, Pollo Mendi juga mempunyai 'Food Truck' dan akan melancarkan model 'Kiosk' untuk dikembangkan disamping pemasaran beberapa produk sejuk beku melalui rakan usahawan stategik.

Pollo Mendi Restoran Makanan Arab & Italian Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi

Lebih menarik, PU Taha turut memeriahkan majlis sebagai emcee dengan bacaan doa dan memang terbaik la PU Taha! Selain tu, beberapa rakan artis seperti Afdlin Shauki, Eyra Hazali pelakon Mr Grey tu pun kelihatan, tak perasan pulak yang lelain sebab dapat makanan lazat macam nasi Kabsah dan nasi Mendi dengan ayam yang terbaik sedap yang tak terasa frozen pun. Memang recommended sangat dan pasti bila dah makan memang puas hati.

Pollo Mendi Restoran Makanan Arab & Italian Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi

Pollo Mendi Restoran Makanan Arab & Italian Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi

Pollo Mendi Restoran Makanan Arab & Italian Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi

Apa peranan Dato AC Mizal ?
Siapa tak kenal Dato AC Mizal yang dah 27 tahun mencipta nama dengan kumpulan 4U2C dalam industri hiburan tanahair.  Dia merupakan rakan kongsi Pollo Mendi yang akan bertanggungjawab untuk membangun strategi pemasaran dan pembangunan jenama Pollo Mendi.  Semestinya Dato AC Mizal punya kekuatan untuk membawa Pollo Mendi lebih jauh memandangkan jumlah 'follower' di Instagramnya yang seramai 1.1juta dan hubungan rapatnya dengan nama-nama terkenal di Malaysia.

Pollo Mendi Restoran Makanan Arab & Italian Memperkenalkan Dato AC Mizal Sebagai Rakan Kongsi

Sebagai Pengarah Pemasaran di Pollo Mendi tugasan utama Dato AC Mizal ialah untuk memastikan restoran Pollo Mendi mempunyai sekurang-kurangnya 50 cawangan dalam tempoh 5 tahun.  Disamping melancarkan semula projek Rakan Usahawan Eeman RTE (Ready To Eat) iaitu makanan berasaskan ayam yang dimasak dalam 5 jenis masakan. Ini lah salah satu inisiatif Pollo Mendi bagi membantu masyarakat diluar yang berminat untuk kencari pendapatan sampingan

Untuk tahu lebih lanjut tentang peluang perniagaan besama Pollo Mendi dan Eeman RTE, hubungi En Fazli di 019-271 8445

Menurut Dato' AC Mizal, faktor utama yang membuatkan beliau bersetuju untuk menjadi rakan kongsi ialah kerana makananya yang sedap dan HALAL.  Faktor kedua adalah tujuan utama Pollo Mendi untuk membantu golongan bumiputera bagi memiliki restoran mewah pada harga mampu milik dengan sistem operasi yang tersusun.

Keunikan perniagaan Pollo Mendi ini adalah pemilik perniagaan boleh memilih untuk tidak erlibat dlam urusan harian.  Ianya akan ditadbir oleh pengurusan korporat Pollo Mendi sendiri.

Laman Sesawang:

Facebook :
Instagram :

Mengenai Pollo Mendi
Pollo Mendi ditubuhkan pada tahun 2015 oleh En Mohd Fadzil Hashim yang merupakan usahawan yang terkenal dengan jenama pendidikan Brainy Bunch. Pollo Mendi merupakan salah satu anak syarikat kepada Brainy Bunch Sdn Bhd iaitu pemilik rangkaian tadika Brainy Bunch Islamic Montessori yang mempunyai 104 cawangan di Malaysia, 4 di Singapura, 2 di Indonesia dan 1 di Gaza.

Tuesday, August 28, 2018

Tuesday, August 28, 2018

Info : Carousell's "Sayangi Malaysiaku" Lego Art Exhibition in Conjunction With Merdeka


Carousell, Republic of Bricks (ROB) and Sunway Pyramid Mall will be putting on a LEGO Art exhibition in conjunction with Merdeka. The exhibition is free and open to the public

Themed “Sayangi Malaysiaku”, murals of Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad, will be among the highlights of the exhibition. Over 20 LEGO mosaics and murals featuring interesting Malaysian moments, culture and sceneries, will be on display, and visitors can also look forward to LEGO-themed activities by ROB, a LEGO builder community. 



Event Details:
Date: Thursday, 30 August 2018 - Sunday, 2 September 2018
Time: 10:00AM - 10:00PM
Venue: LG2, Central Avenue, Sunway Pyramid
              3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway
              47500 Subang Jaya,
              Selangor

For more information, visit Carousell on www.facebook.com/carousell.my, or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store


About Carousell
Carousell is a classifieds app that makes selling as easy as taking a photo, buying as simple as chatting. Launched in August 2012, Carousell began in Singapore and has spread to 19 cities around the world. With over 110 million listings, they are one of the world’s largest and fastest growing marketplaces. Carousell has been ranked as the top Lifestyle and Shopping app in Singapore, Taiwan and Hong Kong, and is backed by leading international Venture Capitalists Sequoia India, Rakuten Ventures, 500 Startups, Golden Gate Ventures, and QuestVC. In Malaysia, Carousell has a diverse range of products in 28 categories, including fashion & beauty, lifestyle gadgets and muslimah fashion. Download the app for iOS or Android, and visit my.carousell.com for more information.

About Sunway Pyramid
Follow Sunway Pyramid on these social media platforms:
Instagram – @Sunway_Pyramid
Sunway Pyramid Mobile App - http://sunwaypyramid.com/mymallapps.asp

Sunway Malls is gearing to be amongst Malaysia's largest mall owner-operator as existing projects and those in the pipeline now stand at 7.7 million sqft NLA and that figure is planned to be increased to 10.2 million sqft NLA by 2020. The malls are:-
Sunway Pyramid, Sunway City
Sunway Velocity Mall, Cheras, Kuala Lumpur
Sunway Big Box Village, Johor Bahru
Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur
Sunway Carnival Mall, Penang
Sunway Giza Mall, Kota Damansara
 

Sunday, August 26, 2018

Sunday, August 26, 2018

Kempen Unity Ribbon Projek57 Menyemarakan Rasa Cinta Pada Bangsa Dan Rakyat Malaysia

Baru-baru ini, syarikat sosial, Projek57 dengan secara rasminya telah melancarkan Unity Ribbon bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang di Madam Kwan, Bangsar 


Unity Ribbon merupakan sebahagian daripada usaha Projek57 untuk menggalakkan rakyat Malaysia meraih semangat Merdeka dan Hari Malaysia dengan bangganya apabila memakai Unity Ribbon dan menyebarkan mesej perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, satu reben pada satu masa.


"Memandangkan kepercayaan bahawa perpaduan adalah kunci untuk membina Malaysia yang lebih baik, Projek57 sentiasa memberi peringatan kepada rakyat Malaysia sebanyak mana kita telah capai dan sejauh mana kita dapat pergi bersama-sama. Unity Ribbon adalah inisiatif kami untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memakainya dan bersa bangga menjadi rakyat Malaysia - dan dalam prosese itu, semangat perpaduan akan terus hidup dan tersebar" - Collin Swee
"Ia lebih daripada symbol harapan, Unity Ribbon juga memperkasakan belia ORang Asli dan seterusnya membantu dalam membina Malayisa yang lebih baik - sebahagian daripada keuntungan disalurkan kepada program pendidikan dan pemberdayaan Orang Asli.  Pada tahun ini, 31 Ogos hingga 16 September 2018, kami menyeru rakyat Malaysia untuk memaki Unity Ribbon dan berbanga menjadi rakyat Malaysia.  Pada ketika kita berdidri untuk satu harapan dan perpaduan, dalam masa yang sama kita melakukan perkara yang baik - satu reben pada satu masa" - Syed Sadiq Albar, pengasas bersama Projek57 

Satu sesi dialog yang bertemakan 'Tak Kenal, Maka Tak Cinta' telah diadakan sebagai sebahagian daripada pelancaran Unity Ribbon, di mana ahli panel membincangkan kepentingan perpaduan serta memahami antara satu sama dalam pembinaan Malaysia yang lebih baik.



Empat anggota panel adalah Deborah Henry, Pengacara TV dan Pengasas Sekolah Fugee, Zakri Bin Mohd Khir, Ketua Pegawai Allianz Malaysia Berhad serta Brig Gen Datuk Goh SEnt Toh, pesara Brigadier Tentera Udara Malaysia dan juga pengasas bersama Uncle Lim Kopitiam.  Panel telah dikendalikan oleh Azrul Mohd Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial.

"Saya amat gembira menjadi sebahagian daripada inisiatif Unity Ribbon oleh Projek57.  Saya yakin bahawa setiap orang mempunyai peranan untuk menjadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih baik dan lebih inklusif.  Kita perlu tahu bahawa kepelbagaian kita merupakan kekuatan kita - kita akan pergi lebih jauh apabila kita bersatu" Deborah Henry

"Allianz Malaysia berasa bangga dapat menyertai Projek57 dalam projek dalam projek Unity Ribbon mereka,yang amat bermakna kepada kami kerkana ia merupakan peringatan bahawa identiti kami sebagai rakyat Malaysia mendahului perbezaan antara kita.  Allianz sentiasa berbangga bagi menyokong inisiatif yang menggalakkan dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.  Seperti yang pernah dinyatakan oleh Tunku Abdul Rahman.  Masa depan kita bergantung kepada bagaimana masyarakat yang berlainan mampu hidup dan bekerja bersama.  Inilah perpaduan dan kita harus mengingatkan diri kita supaya tidak terlepas pandang akan visi yang dimiliki oleh nenek moyang kita" Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif, Allianz Malaysia Berhad

 
"Malaysia amat memerlukan pembina bangsa.  Seteleah berkhidmat bersama rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang sejak dahulu lagi, saya dapat menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dibina berdasarkan perngorbanan kaum-kaum yang berbeza.  Seterusnya, saya berharap dapat melihat golongan belia bangkit dan terus membina Malaysia bersama tanpa mengira kaum dan latar belakang, sama seperti apa yang kita lakukan suatu masa dahulu" - Brig Gen Datuk Goh

Dilancarkan pada April 2018, reka bentuk Unity Ribbon telah diilhamkan daripada bendera Jalur Gemilang dengan warna biru yang melambangkan perpaduan, putih bagi integriti dan merah untuk keberanian.  Reben ini juga menampilkan satu simbol yang menjadi ikon Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman, dalam warna kuning yang melambangkan perpaduan, kepelbagaian, penerimaan serta kemajuan.

Unity Ribbon ini boleh didapati di cawangan Jaya Gocer, Nando's Malayisa dan MyNews.com di seluruh negara atau melalui atas talian di laman web Projek57 pada harga RM2.50 setiap satu dan RM0.50 daripada jumlah ini akan disumbangkan kepada belia kurang bernasib baik yang menghasilkan reben tersebut manakala selebihnya akan disalurkan kepada program pemberdayaan belia Projek57.



Laman web :   

Lawan web kempen Unity Ribbon :  

Facebook :  

Instagram : 


Projek57, sempena Kempen Unity Ribbon, bekerjasama dengan Allianz Malaysia Berhad, PLUS Berhad, Nando's Malayisa, MyNews.com, Jaya Grocer, Touch N' Go, Majalah Pendidik, Madam Kwan's, CzipLee Books & Stationery dan Just Heavenly

Saturday, August 25, 2018

Saturday, August 25, 2018

Filem Hantu Kak Limah Catat Sejarah

Kekonon girls day out gitu tapi sebenarnya ada jer bodyguard ehh DH ikut sama sebab memang dia yang dah plan nak menonton bila KC Iman balik beraya dan kesempatan hari off KY dan Cik Meya pulak tu.Dah lama Umi dan DH tak menonton, akhir sekali waktu anniversary tahun lepas tonton Tombiruo bukan berdua tapi bertiga dengan KC Iman.  Para hero yang 2 orang tu? kerja la.

Serius tau bukan main-main filem Hantu Kak Limah catat sejarah no 1 perfileman Malaysia dan  menguntungkan dengan kutipan sebanyak RM20.5 juta dalam 11 hari! dan terasa bangga jugak sebab Umi juga penyumbang tu..haha. Tapi kata DH tak banyak yang Mamat Khalid dapat rasanya sebab filem ni mengunakan produksi Astro Shaw..wallahualam. 


Kenapa filem Hantu Kak Limah?
Sememangnya DH dan Umi sendiri memang suka karya Mamat Khalid ni yang suka benor guna loghat Perak dan dalam semua filem dia pasti dia menengahkan situasi di Perak dan bercorak cerita rakyat yang santai buat seisi keluarga.  Antara karya Mamat Khalid yang memang kami layan adalah Rombongan Che Kiah ke Sukan Komanwel, Zombie Kampung Pisang, Rock, Man Laksa, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan banyak lagi. 


Para pelakon
Awie (Husin), Rab Khalid (Yeh Sekupang), Sharwani NS (Wani),TJ Isa (Khuda), Delimawati (Kak Limah), Zul Ariffin (Solihin), Uqasha Senrose (Eton - Puteri Bunian), Mus May (Bapa Bunian), Ropie (Nayan), Pekin Ibrahim (Musalman), Sabri Yunus (Ketua Kampung)

Kisahnya Kak Limah berkahwin dengan Khuda dan kemudian ditemui meninggal dunia tapi suaminya tak tahu sebab pergi memburu.  Jenuh la juga usaha Yeh Sekupang, Husain dan Wani nak bagitahu Khuda yang Kak Limah dah meninggal dunia dan jenuh berusaha untuk pastikan yang dia sememannya  dah mati.  Akhirnya Kak Limah dikebumikan, tapi hantunya masih menghantui penduduk kampung.

Husain pulak bercinta dengan Eton, puteri bunian tapi bapa bunian menghalang mereka untuk disatukan kerana manusia dan bunian memang tak boleh bersatu dan kalau ingkar boleh mengundang padah yang buruk.  Umi syok melayan lagu Srikandi Cinta semasa Husain berjumpa bapa bunian sampai Umi sendiri dok menyanyi sama...aduhh nostalgia sungguh!

Yeh, Husain, Wani serta Khuda cuba mendapatkan pertolongan Solihin, guru silat yang kononnya boleh berlawan dengan hantu tapi gagal sampai bercempera lari dari rumah Solihin. 

Keunculan Erra Fazira, Dato Vida dan Jue Aziz di kawasan perkuburan cuba menganggu fokus Yeh, Husain dan Wani ala-ala cerita P. Ramlee dalam filem Pendekar Bujang Lapuk. Walau sekejap je tapi tetap mencuit hati.

HKL muncul untuk mendapatkan Khuda dan jenuh jugak Solihin berlawan dan kena dengan HKL, mujur Husain teringat untuk menyeru bapa bunian yang datang membantu dan terbongkarlah rahsia siapa HKL sebenarnya.  Rupanya dia tu bukan Kak Limah tapi puteri bunian, isteri Khuda yang pertama. Kan bunian dan manusia tak boleh berkahwin, tu la akibatnya.

Nota : 
  • Ada sesetengah dialog tu agak 18SX tapi tidak la terlalu berat.
  • DH ada komen yang watak Khuda ni agak over sikit tapi part Yeh Sekupang ni memang lawak dengan tutur kata loghat Utara piau (pure) katanya. Bagi Umi watak Nayan tu idok ler berapa lawak tapi dia tetap menjadi penyumbang pada filem ni. 
  • Waktu beli tiket tu risau jugak sebab hampir 70% penuh dan mujur dapat jugak 6 seat dibahagian tengah tu pun kami tak dapat duduk sebaris.
  • Pada Umi, filem ni memang berjaya menambat hati tapi untuk filem Mamat Khalid akan datang dah hilang umpph kot sebab Rab Khalid pun dah meninggal dunia.  Apa pun filem ni memang antara karya terbaik Mamat Khalid. 
  • Rating : 95% dan wajib tonton.




Friday, August 24, 2018

Friday, August 24, 2018

3 Menu Utama Hidangan Hari Raya

Seperti setiap tahun, suatu kemestian buat Umi memasak gulai daging utara sepertimana yang dimasak oleh arwah mak mertua untuk dimakan bersama ketupat palas sebab kat kampung DH memang tu satu kelaziman selain laksa atau bihun sup utara.  Selain dari tu Umi akan masak rendang daging pencen yang jadi kegemaran Ayong Azmer tapi kali ni 3 menu utama hidangan Hari Raya Aidil Adha buat mak dan kami sekeluarga.  Dan kali ini juga tiada ketupat palas cuma nasi impit Nona menjadi regu untuk gulai, rendang dan kuah kacang. Entahlah, rasa tak de mood jer nak beria-ria kali ni.

Selain dari tu, kakak ipar dan adik beradik yang lain pun bawa pelbagai juadah jugak antaranya nasi daging utara, sup gearbox, ayam masak merah, pulut periuk kera dan banyak lagi la sampai kalau check kolestrol, timbang berat memang melambung naik hehehe

Jom Umi share resepi mudah dan ringkas untuk hidangan raya Aidil Adha kami yang membuat mak tersenyum lebar sebab menepati citarasa dia la tu..

1. Gulai Daging Utara
Anggaran masa memasak : 45 minit


3 Menu Utama Hidangan Hari Raya

Bahan-bahan:
1 kilo daging pejal atau batang pinang
6 sudu rempah daging cap O ( kat Utaqa mmg cukup popular)
3 sudu kerisek
2½ cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2 tangkai daun kari

Bahan untuk ditumbuk/dikisar:
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia



Cara penyediaan:
  • Daging yang dipotong kecil, dibasuh dan dimasukkan dalam besen, campurkan rempah, digaul biar sebati dan mesra.
  • Masukkan minyak didalam periuk, tumis bahan yang ditumbuk hingga kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan daun kari hingga kekuningan.
  • Masukkan daging dan santan cair, dikacau dan biarkan dengan api sederhana. Kena kerap dikacau takut rempah melekat di periuk.
  • Akhir sekali masukkan santan pekat dan kerisek, dikacau hingga sebati
  • Bila kuah dah mendidih, tutup api dan masukkan garam secukup rasa

Nota:
  • Umi menggunakan rempah Mak Siti untuk resepi dan selalunya Umi guna rempah ikan bukan rempah daging sebab bahan dalam rempah daging tu bau terlalu kuat datang dari kulit kayu manis. 
  • Untuk melembutkan daging, boleh tumbuk buah keras dan dimasak bersama daging dan ada beberapa cara lain antaranya guna daun betik, batang pisang, daun nangka, air tebu dll.  Umi guna buah keras sebab ni yang paling mudah dan pasti ada di dapur


******************


2. Rendang Ayam
Anggaran masa memasak : 40 minit
3 Menu Utama Hidangan Hari Raya


Bahan-bahan:
1 kg ayam, dipotong ikut kesukaan
3 sudu besar kerisik
2 senduk minyak untuk menumis
1 kilo santan pekat
2 - 3 helai daun kunyit, dihiris kasar
2 keping asam keping
Bahan untuk di kisar
15 tangkai cili kering, dibuang biji dan direbus atau direndam dengan air panas
5 tangkai cili api
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
2 cm kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 inci halia
5 batang serai

Cara untuk memasak:
  1. Masukkan minyak kedalam kuali, tumis bahan-bahan yang telah dikisar hingga pecah minyak. 
  2. Masukkan ayam dan santan cair dan digaul rata hingga berpalut.  
  3. Bila kuah dah mendidih, masukkan santan pekat, daun kunyit dan kerisek serta asam keping. Kacau perlahan dan pastikan ayam tu betul-betul disaluti kuah
  4. Bila dah ayam dah cukup masak, tutup api dan masukkan garam secukup rasa.  Kalau tak nak terlalu masam, boleh keluarkan asam keping atau biarkan saja dalam rendang tu

Nota :
  • Selalunya Umi guna ayam pencen sebab isinya lebih sedap tapi kali ni guna ayam biasa jer sebab atas permintaan cikapplepie.
  • Minyak boleh dikurangkan sewaktu menumis sebab ayam akan mengeluarkan minyaknya jugak

******************


3. Kuah Kacang Istimewa Mak
Anggaran masa memasak : 30 minit
3 Menu Utama Hidangan Hari Raya

Bahan-bahan: 
1 kg kacang tanah
1 keping gula gerek / gula melaka
1 mangkuk kecil air asam jawa
3 sudu kerisek
garam secukup rasa
udang kering (optional)
3 cawan air


Bahan untuk dikisar
20 biji cili kering, buang biji,rendam air panas dan kisar halus
5 biji cili api (kalau nak pedas, tak letak pun tak pe)
15 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
2 inci halia
3 inci lengkuas
5 batang serai
1 inci belacan

 Cara Penyediaan:

  1. Goreng kacang tanah dalam kuali tanpa minyak, digoreng hingga masak tapi jangan hangit pulak. Angkat dan sejukkan, buangkan kulit dan dikisar kasar atau ditumbuk.
  2. Panaskan minyak anggaran 3 senduk besar dan masukkan bahan kisar. Goreng sehingga masak dan pecah minyak.
  3. Masukkan kacang tanah dan air secukupnya. Pastikan api sederhana dan dimasak sehingga mendidih.
  4. Masukkan gula melaka, air asam jawa dan kerisek. Teruskan masak sehingga minyak timbul di permukaan dan kuah menjadi pekat. Tutup api dan masukkan garam secukup rasa.

Nota : 
  • Kuah kacang akan nampak masak bila kita nampak pecah minyak dan agak mengambil masa untuk kacang sebati dan masak dengan betul.
  • ada yang suka kacang dikisar kasar dan ada yang suka halus atau boleh jugak kalau beli kacang yang telah siap dikisar cuma kalau kurang bernasib baik, kacang kisar tu kurang baik dan berpasir

Tuesday, August 21, 2018

Tuesday, August 21, 2018

Rindu Abah! 30 Hari Pemergian Abah

Hari ni dah masuk 30 hari abah pergi! Rindu..memang tersangat rindu, nak peluk abah, nak cium abah dan paling dirindui nak berborak dengan abah.

Abah,
Teringat dulu kalau hujung minggu kami tak ke rumah abah, pasti abah dan mak akan singgah selepas balik dari pasar, hanya semata-mata nak tahu khabar walau sehari tak berjumpa. Bak kata mak, abah hang ni bila nak mai tu huihh tak sabaq dan bila nak balik pun tak sabaq-sabaq..hehe tu lah abah sewaktu sihat sewaktu kami masih benarkan abah memandu.  Di usia 89 abah masih mampu memandu dengan baik, cekap dan tangkas tapi bila usia mencecah 90, kami dah mula suruh abah banyak berehat sebab bimbang abah yang kerap pening kepala.

Kisah abah memang tak pernah luput, tak pernah habis untuk dicerita, dikongsi, diingati sampai bila-bila.


abah masih mampu tersenyum walau dimasukkan ke wad tahun 2014

Anak mana yang tak ada kenangan dengan abah sendiri..mungkin ada sebab abah mereka dah lama tiada atau mereka tak pernah berjumpa dengan abah mereka sedari kecil..wallahualam

Kekadang tu malas nak fikir sebab kalau diingat pada abah, kerinduan sangat mencengkam, terbuku dihati sebab abah dah tak ada tapi titipan doa buat abah tak pernah lekang dari bibir, sentiasa dalam doa.

Abah..
Tawa abah sentiasa diminda
Cerita abah sentiasa dijiwa
Senyum abah bersulam seloka
aku rindu...

Abah..
Rindu pada cerita abah
Rindu pada seloka abah
Rindu pada senda gurau
aku rindu...

Abah..
sungguh menarik kisah hidup abah
kisah bersulam suka dan duka
kisah pengorbanan abah untuk keluarga
membantu mak dan adik-adik
mencari rezeki buat mak kami
mencari rezeki buat kami

Abah..
kenangan indah bersama abah
kenangan yang terpahat

di jiwa
di naluri
di minda
di bayangan mata
aku pasti..
kami pasti..

Terima kasih abah untuk segalanya



Kata Kata Doa untuk Ayah Tercinta

Monday, August 20, 2018

Monday, August 20, 2018

Hari Wukuf, Waktu Dimakbulkan Doa Kita

Assalammualaikum semua.

Hari Wukuf, Waktu Dimakbulkan Doa Kita | Semoga doa-doa kita diperkenankan dan selamat berpuasa bagi yang berpuasa. Semoga kita beroleh kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan dan dijauhkan dari kemungkaran, hasad dengki dan sentiasa diberkatiNya.  Aamiin







Banyak doa yang boleh kita pinta padaNya terkadang sampai terlalu banyak dan sini Umi nak kongsi supaya sewaktu kita bersolat tahajud, dhuha atau sewaktu solat 5 waktu.  

1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus

2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.

3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).

4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.

5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.

6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.

7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.

8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.

9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi

10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.

11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan  yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.

12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.

13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).

14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu

15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.

16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.

17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

27 Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.  🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕🌕

Like & Share Pesan Bonda

In sya Allah . Hari Arafah bagi tahun 2018 jatuh pada 21/08/2018 mulai jam 12.21 tengah hari (Khutbah Arafah).

Untuk doa yang paling mustajab bagi kita yang berada di Malaysia adalah dalam waktu solat Asar jam 5.21 petang hingga jam 6.21 petang. Rebutlah 1 jam yang penuh istimewa ini untuk kita angkat doa ke langit Allah. waktu ini utk berdoa kerana ini adalah waktu yg amat mustajab. Selamat Beribadat!


Aamiiin...

copypaste