Friday, August 3, 2018

Al Fatihah Dato Mahadzir Lokman Dalam Kenangan

انا لله وانا اليه راجعون

Salam takziah buat seluruh keluarga Dato Mahadzir Lokman atau kalau dulu sebelum bergelar Dato, Umi panggil Dale begitu juga sahabat-sahabatnya yang lain.  Buat sahabat Umi, Raja Fadzillah (Pady) memang terasa kesedihan sangat sebab dia memang rapat dengan Dato Mahadzir Lokman dan saat Umi hubungi Pady, dia terlalu bersedih.  

gambar credit dari Pady

Dilahirkan pada 9 April 1957 ni Dato Mahadzir ni memang sangat dikenali dalam dunia penyiaran dan antara pengantara awal di TV3 dan sering menjadi emcee dimajlis antara Tilawah AlQuran kerana kebolehan beliau bertutur dalam bahasa Perancis dan pernah dianugerahkan Ordre Le Palmes Academiques oleh Kerajaan Perancis pada tahun 2006 kerana usaha belia mempromosi bahasa dan budaya Perancis.  Dato Dale juga berkebolehan bertutur dalam bahasa Sepanyol, Itali, Portugis, Jepun selain kefasihan  berbahasa Inggeris dan dia antara penyampai berita bahasa Melayu dan Inggeris di TV3 yang Umi kagumi.

Dari sumber yang terdekat, jenazah akan diterbangkan dari Kota Kinabalu dan dijangka sampai tengah malam dan jenazah akan dikebumikan di Perkuburan Kiara 4 Ogos

Mahadzir Lokman di mata dunia SINI

Umi mengenali Dato Dale sekitar tahun 2006 kalau tak silap bila lady boss yang berkawan baik dengan Dato Dale mengenalkan dia pada Umi untuk suatu projek dan Umi pernah berjumpa dia beberapa kali dipelbagai acara dan dia masih mengingati Umi walau dia lupa nama dan kali terakhir Umi berjumpa dia di tahun 2013 sewaktu kami sama-sama berada di Dubai. Malang sekali gambar bersama Dato Dale sebelum dia bergelar Dato ada dalam external hardisk yang corrupt dan masa kat Dubai pulaktak berkesempatan bergambar dengan dia dek kesibukan cuma dapat ambil gambar dia yang turut menyanyi bersama penyanyi jemputan di booth Indonesia yang bersebelahan dengan booth Malaysia (gambar bawah)



Inna lillahi wainnaa illahi rojiun
انا لله وانا اليه راجعون

Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan kepada Allah kita akan dikembalikan.  Semoga Allah SWT mengampuni dosa almarhum dan menerima segala amal ibadahnya semasa hidup.  Semoga kepergiannya tidak menyisakan hutang atau keburukan, dan bagi keluarga yang ditinggalkan semoga mendapat ketabahan dan dapat mengambil tauladan dari perbuatan Almarhum yang baik semasa hidupnya

7 comments:

  1. Alfatihah.
    Takziah untuk keluarga beliau.
    Saya suka bila melihat beliau bercakap dalam pelbagai bahasa.

    ReplyDelete
  2. Usually, I never comment on blogs but your article is so convincing that I never stop myself to say something about it. You’re doing a great job Man. Best article I have ever read

    Keep it up! from http://halloweendayusa2018.com/

    ReplyDelete
  3. al fatihah,salah seorang idola yang irda kagumi...moga rohnya tenang disana,kita jua akan menyusul suatu masa nanti..:(

    ReplyDelete
  4. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman. Salah satu tokoh bidang penyiaraan yg dikagumi.

    ReplyDelete
  5. innalillahiwainnailahirojiun.. saya pun membesar dengan kelunakan suara allahyarham.. semoga rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!