Monday, August 13, 2018

Banyak Khasiat Daun Jambu Batu Yang Mungkin Kita Tak Tahu

Orang selalu cakap orang bandar mesti tak kenal banyak jenis pokok, ada betul dan ada yang tak betul tapi yang pasti kalau kita rajin membaca dan suka mencuba, rasanya kita akan jadi lebih pandai dari orang lain.

Banyak Khasiat Daun Jambu Batu Yang Mungkin Kita Tak Tahu
Seingat Umi sejak kecil, memang kenal sangat dengan pokok jambu sebab dulu suka panjat pokok jambu batu, selain jambu batu dulu Umi cuma kenal jambul yang isinya warna putih dan warna pink, tak besar tapi boleh digenggam.  Ada jambu air, jambu bola, jambu susu dan sekarang ni jambu madu yang besar dan dijua secara komersial.  Umi pasti ramai yang tak pernah pegang atau mungkin tak pernah tengok sendiri jambu bola yang bijinya besar dan jambu susu yang berwarna putih dan yang muda agak kelat dan kalau masak pun agak masam tapi kesedapannya memang speechless....hehe

Batang daun jambu ni memang keras dan liat, jadi ranting dia memang sesuai buat lastik hehe

Sebenarnya bukan nak bercerita pasal pelbagai buah jambu tapi Umi nak kongsi khasiat daun jambu sebab semasa arwah abah bedridden, kami rebus air daun jambu untuk cuci luka bedsore tu untuk mengurangkan kegatalan tapi luka abah terlalu besar tambahan pulak abah terbaring. At least kami mencuba.
  • Daun jambu, diramas dan disapukan di ketiak sekiranya ketiak kita berbau atau kita gosok seluruh badan dengan daun yang diramas, InsyaAllah hilang bau badan yang tak menyenangkan.  Teruskan petua ni supaya masalah badan berbau kita terus hilang.
  • Ambil daun jambu, dibasuh dan direbus.  Minum macam minum air teh bagi mengurangkan tahap kolestrol jahat (LD) di dalam darah tapi tidak mengurangkan kolestrol baik (HDL) yang diperlukan oleh badan kita. 
  • Meredakan masalah batuk dengan minum air rebusan daun jambu
  • Melegakan rasa gatal dan tidak selesa pada kulit akibat elergi atau jika terkena gigitan serangga.  Tumbuk daun jambul dan tampal bahagian yang gatal
  • Menghalang jangkitan kuman akibat luka.  Lumatkan daun jambu dan sapu pada luka.  
  • Merawat jerawat dan jeragat.  Ambil daun jambu, ramas dan lumatkan dan tampal pada jerawat dan jeragat.
  •  Melegakan perut dari keracuan. Minum teh daun jambu untuk melegakan perut yang memulas
  • Jaga badan - minum teh daun jambu baik untuk memotong selera makan berlebihan sebab teh daun jambu menghalang pertukaran karbohidrat kepada gula 
  • Merawat demam denggi, ambil 6 helai daun jambu, masukkan 5 cawan air dan rebuh hingga kandungan air dalam periuk menjadi separuh. Minum air rebusan bila dah sejuk.  Daun jambu dikatakan boleh meninggkatkan jumlat platelet dalam darah.
  • Bagi melegakan sakit gigi, radang gusi dan luka dalam mulut, ambil sehelai daun jambu, bersihkan dan kunyah tapi hampas daun tu tak perlu makan.
  • Katanya juga daun jambu boleh mengawal masalah diabetes dengan meminum air rebusan daun jambu dan ia akan mengawal tahap gula dalam badan hingga berkurangan dan seterusnya tidak merangsang rembesan insulin
  • Menghalang rambut gugur.  Regus daun jambu dan biarkan ia sejuk dalam suhu bilik.  Basuh kepala dengan air rebusan sambil diurut pelahan ke dalam kulit kepala atau lumatkan daun jambu dan tampal keatas kepala dan urut supaya menyerap ke kulit kepala
  •  Katanya ektrak dari daun jambu boleh menghalang pembesaran kanser prostat.  Wallahuallam, tak cuba tak tahu, dah cuba tidak memudaratkan rasanya.
Kalau dulu pokok jambu tumbuh kat sebelah rumah jer tapi sekarang ni memang payah nak jumpa.

Selamat mencuba

    12 comments:

    1. Waa...rupanya byk khasiat daun jambu! Nak try jg la. Bertuah betul siapa yg ada pokok jambu kat rmh. Akak pun suka panjat pokok jambu batu, pokok mangga & segala mcm pokok waktu kecik2 dulu. Skrg nak panjat tangga ofis pun malas.

      ReplyDelete
      Replies
      1. rindu kan zaman kanak2 dulu...memanjat pokok tu mcm dah biasa tapi sekarang..mampu tengok je la kan

        Delete
    2. Replies
      1. betul kak PI...mmg banyak kegunaannya dan rindu kat buah jambu batu ni..

        Delete
    3. dulu kalau sakit perut je mesti cari daun ni, skrg pokok jambu batu pun dah segan nak naik huhu

      ReplyDelete
      Replies
      1. betul tu...mudah jer, terus kunyah kan x perlu risau drugs bagai hehe

        Delete
    4. Zaman kecik2 dulu...selalu ambik buah jambu batu ni kat rumah jiran sebelah. Rindunya kat kampung...

      ReplyDelete
      Replies
      1. mmg nostalgia kan pokok dan buah jambu ni

        Delete
    5. lama tak makan jambu batu.. baru taw daunnya ada khasiatnya

      ReplyDelete
      Replies
      1. mmg banyak khasiat dia Cik Ash dan akak pun dah pernah mencuba utk sakit perut dsb...mmg mujarab

        Delete

    terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
    dihargai!

    kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

    komen baik-baik tau!

    Thanks for the visit, appreciate your positive comments!