Sunday, August 26, 2018

Kempen Unity Ribbon Projek57 Menyemarakan Rasa Cinta Pada Bangsa Dan Rakyat Malaysia

Baru-baru ini, syarikat sosial, Projek57 dengan secara rasminya telah melancarkan Unity Ribbon bersempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang di Madam Kwan, Bangsar 


Unity Ribbon merupakan sebahagian daripada usaha Projek57 untuk menggalakkan rakyat Malaysia meraih semangat Merdeka dan Hari Malaysia dengan bangganya apabila memakai Unity Ribbon dan menyebarkan mesej perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia, satu reben pada satu masa.


"Memandangkan kepercayaan bahawa perpaduan adalah kunci untuk membina Malaysia yang lebih baik, Projek57 sentiasa memberi peringatan kepada rakyat Malaysia sebanyak mana kita telah capai dan sejauh mana kita dapat pergi bersama-sama. Unity Ribbon adalah inisiatif kami untuk memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk memakainya dan bersa bangga menjadi rakyat Malaysia - dan dalam prosese itu, semangat perpaduan akan terus hidup dan tersebar" - Collin Swee
"Ia lebih daripada symbol harapan, Unity Ribbon juga memperkasakan belia ORang Asli dan seterusnya membantu dalam membina Malayisa yang lebih baik - sebahagian daripada keuntungan disalurkan kepada program pendidikan dan pemberdayaan Orang Asli.  Pada tahun ini, 31 Ogos hingga 16 September 2018, kami menyeru rakyat Malaysia untuk memaki Unity Ribbon dan berbanga menjadi rakyat Malaysia.  Pada ketika kita berdidri untuk satu harapan dan perpaduan, dalam masa yang sama kita melakukan perkara yang baik - satu reben pada satu masa" - Syed Sadiq Albar, pengasas bersama Projek57 

Satu sesi dialog yang bertemakan 'Tak Kenal, Maka Tak Cinta' telah diadakan sebagai sebahagian daripada pelancaran Unity Ribbon, di mana ahli panel membincangkan kepentingan perpaduan serta memahami antara satu sama dalam pembinaan Malaysia yang lebih baik.



Empat anggota panel adalah Deborah Henry, Pengacara TV dan Pengasas Sekolah Fugee, Zakri Bin Mohd Khir, Ketua Pegawai Allianz Malaysia Berhad serta Brig Gen Datuk Goh SEnt Toh, pesara Brigadier Tentera Udara Malaysia dan juga pengasas bersama Uncle Lim Kopitiam.  Panel telah dikendalikan oleh Azrul Mohd Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial.

"Saya amat gembira menjadi sebahagian daripada inisiatif Unity Ribbon oleh Projek57.  Saya yakin bahawa setiap orang mempunyai peranan untuk menjadikan Malaysia sebuah tempat yang lebih baik dan lebih inklusif.  Kita perlu tahu bahawa kepelbagaian kita merupakan kekuatan kita - kita akan pergi lebih jauh apabila kita bersatu" Deborah Henry

"Allianz Malaysia berasa bangga dapat menyertai Projek57 dalam projek dalam projek Unity Ribbon mereka,yang amat bermakna kepada kami kerkana ia merupakan peringatan bahawa identiti kami sebagai rakyat Malaysia mendahului perbezaan antara kita.  Allianz sentiasa berbangga bagi menyokong inisiatif yang menggalakkan dan memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.  Seperti yang pernah dinyatakan oleh Tunku Abdul Rahman.  Masa depan kita bergantung kepada bagaimana masyarakat yang berlainan mampu hidup dan bekerja bersama.  Inilah perpaduan dan kita harus mengingatkan diri kita supaya tidak terlepas pandang akan visi yang dimiliki oleh nenek moyang kita" Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif, Allianz Malaysia Berhad

 
"Malaysia amat memerlukan pembina bangsa.  Seteleah berkhidmat bersama rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang sejak dahulu lagi, saya dapat menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang dibina berdasarkan perngorbanan kaum-kaum yang berbeza.  Seterusnya, saya berharap dapat melihat golongan belia bangkit dan terus membina Malaysia bersama tanpa mengira kaum dan latar belakang, sama seperti apa yang kita lakukan suatu masa dahulu" - Brig Gen Datuk Goh

Dilancarkan pada April 2018, reka bentuk Unity Ribbon telah diilhamkan daripada bendera Jalur Gemilang dengan warna biru yang melambangkan perpaduan, putih bagi integriti dan merah untuk keberanian.  Reben ini juga menampilkan satu simbol yang menjadi ikon Bapa Kemerdekaan kita, Tunku Abdul Rahman, dalam warna kuning yang melambangkan perpaduan, kepelbagaian, penerimaan serta kemajuan.

Unity Ribbon ini boleh didapati di cawangan Jaya Gocer, Nando's Malayisa dan MyNews.com di seluruh negara atau melalui atas talian di laman web Projek57 pada harga RM2.50 setiap satu dan RM0.50 daripada jumlah ini akan disumbangkan kepada belia kurang bernasib baik yang menghasilkan reben tersebut manakala selebihnya akan disalurkan kepada program pemberdayaan belia Projek57.



Laman web :   

Lawan web kempen Unity Ribbon :  

Facebook :  

Instagram : 


Projek57, sempena Kempen Unity Ribbon, bekerjasama dengan Allianz Malaysia Berhad, PLUS Berhad, Nando's Malayisa, MyNews.com, Jaya Grocer, Touch N' Go, Majalah Pendidik, Madam Kwan's, CzipLee Books & Stationery dan Just Heavenly

5 comments:

  1. Jom sama-sama kita pakai unity ribbon sempena sambutan hari kemerdekaan ke-61 ini. Tanam semangat kemerdekaan dalam jiwa setiap rakyat Malaysia.. Hee..

    ReplyDelete
  2. bagusnya ada projek amal macamni :)

    ReplyDelete
  3. Jom beli unity ribbon tu kak sempena hari merdeka jumaat ni. Sama2 support demi kemakmuran negara.

    ReplyDelete
  4. Cantik design unity ribbon tu, harga pun murah

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!