Saturday, August 18, 2018

Novel | Hantaran Kasih Tuhan

Dah lama rasaanya tak menulis review novel yang Umi baca, bukan sebab dah hilang minat membaca novel,tidakkk sama sekali dan tidak pulak berhenti membeli novel secara atas talian tapi kesempatan untuk menulis pasal novel-novel ni memang mengambil masa kekonon nak bagi pembaca teruja membeli dan mejiwai watak-watak dalam novel.  Opps panjang lebar pulak mukadimah ni..hehe

Terima kasih kepada Rozana Aboo Hassan yang memberi novel ni yang dah lama habis dibaca dan antara novel yang menarik untuk dibaca dan penuh dengan kata nasihat buat pasangan suami isteri yang inginkan keredhaan Allah swt.




Penulis : Noorfadzillah Omar
Muka surat : 523
Rating : *****

Kisah cinta yang lahir dari ketidaksempurnaan diantara Nur Wardah, sigadis OKU  yang cantik dan Engku Ashraf, sijejaka yang terpaksa berkahwin dengan pilihan kedua orang tuanya juga atas desakan kekasih hati yang punya muslihat.  Persahabatan antara kedua orang tua pasangan ni sememangnya erat dan si gadis sering dibulinya sewaktu kecil dan gadis ini juga yang membuat hatinya tidak keruan pertama kali bertentang mata dalam satu pertemuan.


Hidupnya cinta bukan kerana bahagianya kita
Itu perkara pertama yang dipelajari Nur Wardah pada saat dia mengabdikan dirinya bagi membangunkan Yayasan Nur Wardah.  Dia berasa cintanya kuat di situ bagi membantu mereka yang memerlukan


Nur Wardah cekal dan tidak pernah mengeluh mahupun berputus asa dalam membangunkan Yayasan Nur Wardah bagi membantu anak-anak yatim bersama ayahnya, Haji Wahid. Kedatangan Engku Amar dan Puan Norlin merubah segalanya.  Sebagai anak yang baik dan taat, Wardah akur dengan permintaan ayahnya dan walau dia sendiri menyukai Aiman, abang sepupunya. Aiman sendiri tak pernah menyuarakan hasrat hati secara terus kepada Wardah, namun Aiman redha bila Wardah akan dijodohkan dan jodohnya adalah sahabatnya sendiri.

Kehadiran Anita, adik sepupunya yang sosial yang ditempatkan di yayasan oleh ayahnya tidak membantutkan Wardah untuk mengubah Anita menjadi lebih baik malah Anita yang sukakan kebebasan bertukar menjadi lebih baik dengan bantuan Aiman dan Ustazah Marina.


Hidupnya cinta bukan kerana rupa
Itu pengajaran kedua yang Nur Wardah pelajari saat dia bernikah dengan Engku Ashraf.  Hidupnya sengsara dan jauh daripada bahagia.  Semuanya kerana zahir kakinya yang tidak sempurna akibat virus Polio sejak kecil, dan Engku Ashraf mentafsirkannya dengan penuh kesalan.

Perkahwinan Wardah tidak seindah yang diharap kerana suaminya masih mengharap berjodoh dengan kekasih hatinya yang juga sepupunya tapi Wardah tabah. Sifat cemburu Engku Ashraf kepada Aiman juga membuat Wardah semakin tertekan tapi dia tetap berdiam malah tidak pernah menceritakan keburukan layanan suaminya kepada kedua mertua apalagi kepada ayahnya

Wardah disetubuhi sewaktu Engku Ashraf dalam keadaan mabuk buat pertama kalinya dan api cemburu Engku Ashraf semakin bertambah kerana mensyaki adanya hubungan sulit antara mereka kerana Aiman pernah bercerita tentang sayangnya kepada adik sepupunya itu.

Hidupnya cinta bukan kerana sempurnanya diri
Itu perkara terakhir yang Nur Wardah pelajari, pada saaat suami terlantar di katil hospital.  Tanpa jemu dia menjaganya dan dalam ketidaksempurnaan itu, tumbuh cinta Engku Ashraf kepada isterinya.  Cinta yang lahir daripada ketidaksempurnaan


Tindakan Engku Ashraf ingin memberikan geran tanah Yayasan kepada kekasih hati membongkar rahsia yang membuatkan Engku Ashraf sedar dan dengan segala kekusutan, dia kemalangan.  Ketabahan Wardah menjaga dan kecurangan Rasheedah menyedarkan Engku Ashraf untuk menghargai isterinya. Betapa dia merasa kerugian kerana mengabaikan isteri yang sebaik Wardah.  Apabila cinta semakin mekar, Engku Ashraf tidak tahu akan penyakit yang semakin menular dalam tubuh Wardah kerana isterinya tidak pernah membenarkan dia menuruti apabila membuat pemeriksaan.

Hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita
Itu perkara yang tidak sempat Nur Wardah pelajari pada saat lahirnya Engku Nurain, kerana dia meninggalkannya untuk kita pelajari sendiri.  Ia akan mempertemukan kita kepada erti cinta sejati dan makna perjalanan yang abadi

Wardah akhirnya menemui Ilahi akibat penyakit polio yang menyerang dan semakin parah tanpa pengetahuan sesiapa kecuali doktornya. Kelahiran Engku Nurain yang saling tidak tumpah seperti ibunya menjadi kebahagian Engku Ashraf dan kasihnya kepada satu-satunya cahaya mata melebihi segalanya.

************

Mungkinkah ada sambungan? Apakah mungkin Engku Ashraf akan jatuh hati dengan Ameesha kakak kepada Anita yang punya wajah saling tak tumpah seperti sepupunya Wardah?

6 comments:

  1. sejak saya menjejakkan kaki ke alam diploma, saya mula tinggalkan novel novel cinta.

    saya beralih pula kepada novel seram dan thriller.

    Best juga novel ni tapi saya musykil. Nama hero dia engku ammar atau engku ashraf?

    dalam perenggan ketiga engku ashraf tapi dalam perenggan keempat engku ammar

    ke memang dua dua watak ada dalam novel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engku Ammar tu ayah kepada Engku Ashraf..

      Saya baca juga novel thriller dan seram tapi kekadang ikut mood, antara penulis yg sy minati semestinya Ramlee Awang Murshid

      Delete
  2. menarik juga jalan ceritanya ye. sedih pulak bila watak utamanya meninggal dunia. Lain sikit jalan ceritanya dari cerita lain.

    ReplyDelete
  3. rajin baca novel bagusnya. CT dah tak rajin dedulu adalah.. skrng ni tngk buku je tidoo hehe..

    ReplyDelete
  4. Menarik jalan cerita dia.. Cover novel dia pun cantik..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations