Thursday, August 9, 2018

Resepi : Sup Leek Dan Kentang

Tempoh hari sewaktu balik dari Gua Musang, kami masih berkonvoi ke Cameron Highlands dan Umi ada bercerita yang Umi membeli jagung, sayuran dan paling Umi tak boleh tak beli kalau kat Cameron Highlands ialah leek (tak pasti kalau ada nama lain dalam bahasa Melayu). Leek ni baunya seakan daun bawang dan rupa pun lebih kurang macam daun bawang jugak tapi lebih besar

Kisah percutian pendek di Gua Musang < SINI >

Memang cukup teruja dan menggilai leek ni tak kira la nampak kat mana tapi terlebih taksub kalau kat Cameron sebab boleh beli dengan jumlah yang banyak.  Sesetengah orang tak suka makan leek sebab bau dia agak kuat tapi kalau Umi banyak resepi yang boleh dimasak dengan leek ni antaranya sup. Kalau dapat sup leek ni memang tak pandang lain dah..hehe.


Resepi Sup Leek Dan Kentang

Jom tengok resepi sup leek dan kentang yang sangat sedap


Bahan-bahan
  • 4 cawan stok ayam
  • 4 biji kentang, dikupas kulit, dipotong kecil
  • 5 batang leek, dihiris dalam 1/2 inci
  • 2 batang seleri, dihiris dalam 1 inci
  • 2 pokok English parsley (kalau suka, kalau tak tak perlu)
  • 1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus
  • Garam secukup rasa
  • 150ml Cooking cream Emborg atau Anchor

Cara membuatnya:
  • Masukkan kentang, leek, batang celery periuk yang berisi stok ayam.  Renih hingga kesemua bahan lembut
  • Tutup api dan biarkan ia betul-betul sejuk sebelum dimasukkan kedalam pengisar dan dikisar  hingga halus.
  • Kemudian masukkan kesemua ke dalam periuk dan masukkan cream dan lada hitam yang telah ditumbuk (tak terlalu kasar tak terlalu halus) dan dimasak dengan api perlahan.  Masak dalam 20 minit sehingga sup cukup pekat menepati selera. Kena kerap dikacau takut ralit nanti melekat pulak.
  • Tutup api dan letakkan sedikit garam secukup rasa, kacau dan boleh dihidangkan
  • Boleh dimakan dengan roti dan paling Umi suka makan dengan baguette / french loaf (kalau orang kita panggil roti Perancis) yang boleh kita beli kat Hero Market atau Aeon

Kalau nak bagi anak-anak kecil makan, kurangkan lada hitam tu atau tak payah letak tapi kurang kick la sikit asalkan sesuai dengan citarasa sendiri cukuplah.

****************

Buat sesiapa yang tak tahu macam mana rupa leek, ni Umi ambil gambar dari google jer sebab yang kat rumah dah habis dimasak sampai lupa tapi gambar lama ada kot tapi jenuh nak mencari.  Harap membantu



Image result for leek

4 comments:

  1. pernah tengok tapi tak pernah makan leek nih, kena cuba nampak gayanya ni

    ReplyDelete
  2. Sedap tuuuuu.... tetiba rs nak buat pulak esok... tp esok nak buat laksa pulak rsnya...

    ReplyDelete
  3. Akak.. Sedap ke ni? Lea tak pernah cuba lagik.. Kene buat gak nampak gayanye ni.. Harap rajin tu muncul lah.. Haha

    ReplyDelete
  4. first time dengar leek ni..macamni rupanye

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!