Thursday, August 16, 2018

Resepi : Udang Masak Berempah

 Antara lauk kegemaran Umi yang sangat mudah dan ringkas.  Kalau ada lauk ni makan dengan nasi panas pun dah mencukupi, tak perlu lauk lain..hehe

Resepi ni Umi dah simpan beberapa tahun dulu, diambil dari Berita Harian kalau tak silap, dah banyak kali buat tapi baru kali ni sempat ambil gambar dan kongsi diblog.  Selamat mencuba



Resepi : Udang Masak Berempah


Bahan-bahan :
  • 300gm udang yg sedang
  • 4sudu makan rempah kari
  • 2 biji bawang putih diketuk
  • 1sm halia dimayang
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit gula
  • Sedikit garam
  • 3 keping asam keping
  • 3 biji lada hijau dipotong kasar (kalau tak suka, tak payah letak)

 
Cara membuatnya :
  • Siang udang dengan mengerat hujung kepala dan ekornya atau buat ikut kesukaan.  Umi suka buang belah kepala sebab nak buat tahi udang yang memanjang tu sebab kalau tak buang, nanti bila makan rasa berpasir

  • Panaskan kuali bersama minyak dan tumis bahan-bahan yg di mayang serta bawang putih yang diketuk hingga kekuningan. 
  • Kemudian masukkan rempah yang telah dibancuh dengan ½ cawan air sejuk dan biar sampai pecah minyak.

  • Masukkan udang, sedikit gula dan asam keping dan dikacau.  Kemudian masukkan lada hijau, dibalik-balik supaya semuanya berpalut dengan rempah.  

  • Apabila cukup masak, tutup api, letak garam, kacau dan bolehlah diangkat dan dihidangkan


5 comments:

  1. Terima kasih Umi...kongsi resipi...boleh buat ni sebab ringkas dan bahan pun tak banyak..

    ReplyDelete
  2. SA pun biasa buat masakan jenis cenggini..sedap..kat rumah ada udang..nanti nak buat laaa...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya. Thanks for sharing :)

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2018/08/give-thanks-to-allah.html

    ReplyDelete
  4. Sedapnya udang masak rempah.. Resepi pun mudah..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!