Tuesday, August 21, 2018

Rindu Abah! 30 Hari Pemergian Abah

Hari ni dah masuk 30 hari abah pergi! Rindu..memang tersangat rindu, nak peluk abah, nak cium abah dan paling dirindui nak berborak dengan abah.

Abah,
Teringat dulu kalau hujung minggu kami tak ke rumah abah, pasti abah dan mak akan singgah selepas balik dari pasar, hanya semata-mata nak tahu khabar walau sehari tak berjumpa. Bak kata mak, abah hang ni bila nak mai tu huihh tak sabaq dan bila nak balik pun tak sabaq-sabaq..hehe tu lah abah sewaktu sihat sewaktu kami masih benarkan abah memandu.  Di usia 89 abah masih mampu memandu dengan baik, cekap dan tangkas tapi bila usia mencecah 90, kami dah mula suruh abah banyak berehat sebab bimbang abah yang kerap pening kepala.

Kisah abah memang tak pernah luput, tak pernah habis untuk dicerita, dikongsi, diingati sampai bila-bila.


abah masih mampu tersenyum walau dimasukkan ke wad tahun 2014

Anak mana yang tak ada kenangan dengan abah sendiri..mungkin ada sebab abah mereka dah lama tiada atau mereka tak pernah berjumpa dengan abah mereka sedari kecil..wallahualam

Kekadang tu malas nak fikir sebab kalau diingat pada abah, kerinduan sangat mencengkam, terbuku dihati sebab abah dah tak ada tapi titipan doa buat abah tak pernah lekang dari bibir, sentiasa dalam doa.

Abah..
Tawa abah sentiasa diminda
Cerita abah sentiasa dijiwa
Senyum abah bersulam seloka
aku rindu...

Abah..
Rindu pada cerita abah
Rindu pada seloka abah
Rindu pada senda gurau
aku rindu...

Abah..
sungguh menarik kisah hidup abah
kisah bersulam suka dan duka
kisah pengorbanan abah untuk keluarga
membantu mak dan adik-adik
mencari rezeki buat mak kami
mencari rezeki buat kami

Abah..
kenangan indah bersama abah
kenangan yang terpahat

di jiwa
di naluri
di minda
di bayangan mata
aku pasti..
kami pasti..

Terima kasih abah untuk segalanya



Kata Kata Doa untuk Ayah Tercinta

9 comments:

  1. Moga nanti bertemu dan bersatu di syurga.....selamanya.

    ReplyDelete
  2. innalillah semoga abah tenang di sana

    ReplyDelete
  3. semoga umi sentiasa tabah :) dan semoga abah ditempatkan dalam kalangan org2 yang baik

    ReplyDelete
  4. Takziah semoga roah arwah dicucuri rahmat.. Aamiin..

    ReplyDelete
  5. Kenangan yang tak mungkin anak2 dan cucu cicit lupakan kan. Rindu semakin rindu. Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Amin.

    ReplyDelete
  6. Just share info aja, kami dari RATU MEDIKA adalah toko online yg menjual alat kesehatan seperti kursi roda, ranjang rumah sakit, ranjang pasien, tabung oksigen dan alat kesehatan lainnya, untuk lebih jelasnya dpt membuka link ini: RatuMedika.com

    ReplyDelete
  7. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman..

    ReplyDelete
  8. Berkaca juga mata ni. I feel u sis. Walau ayah saya masih ada, dpt rasa, sayunya jika ayah takde nanti

    Al Fatihah buat abah sis.

    Jemput singgah sini

    ReplyDelete
  9. Allahu teringat Abah Mrs. A juga.
    Kalau rindu banyakkan sedekah Al-Fatihah.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!