Sunday, September 9, 2018

Berita Menarik Buat Kaki Gamers !

Buat semua kaki gamers pasti ternanti dan tertunggu-tunggu pasal berita game terbaru mahupun info game terbaru dan berita dalam e-sukan untuk mengetahui lebih lanjut.  Pasti teruja nak tahu info game terbaru apa yang ditambahbaikkan supaya game yang dimain bertambah menarik atau lebih mencabar 

Antara menarik adalah bersempena SUKMA 2018 di Perak, Mobile Legends, Pro Evolution Soccer (PES) dan FIFA 18 akan dipamerkan melalui Esports Experience pada 21 hingga 22 September ini di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak.  

Ini sememangnya langkah yang baik untuk memperkenalkan dan mempromosi sukan elektronik sebagai sukan sihat kepada belia dan menaikkan industri ini ke tahap yang seterusnya.

Apa kata kita baca apa yang menarik dalam artikel di bawah.


Watak Badang atau Hang Tuah Dalam Mobile Legends ?
 

Menarik tu buat pemain Mobile Legends bila Moontoon baru-baru ni buat teaser akan kemunculan watak baru yang direka khas untuk Malaysia dalam Mobile Legends. Mesti bertambah teruja dan berkoba-kobar para pemain semua, ya la kalau dulu watak Gatot Kaca pahlawan bersejarah Indonesia ditampilkan.

Kita nanti saja adakah watak Hang Tuah atau Badang, tapi melihat susuk tubuh sasa tu rasanya Badang kot.  Apa pun kita tunggu dan rasanya ramai pemain berharap ada watak lain seperti Keluang Man sebagai fighter dan juga Mokhtar Dahari dimasa akan datang yang melambangkan Malaysia untuk seluruh dunia mengenali sejarah Malaysia.

Gadget baru dalam Fortnite 5.4


Epic Games telah mengeluarkan kenyataan yang pemain akan mempunyai akses untuk gadget baru dan acara High Stakes telah pun bermula seta Epic Games akan memperkenalkan Grappler, satu pistol grappling yang akan membolehkan pemain berayun dari satu tempat ke tempat lain dengan kemudahan quick travel dalam minggu ini.  Fuhh... pasti hujung minggu pemain tegar  akan bertambah sibuk melayan game ni. Tambah menarik pemain boleh teroka medan pertarungan dan merancang strategi pada masa yang sama.  Epic juga akan mengimbangkan beberapa senjata dan mengoptimumkan Fortnite di Android yang pasti mengembirakan pemain sebab pemainan ini akan lancar selepas patch.


Deviljho Raksasa Tahap Tinggi dalam Monster Hunter


Monster Hunter World satu-satunya game yang dilancarkan untuk PC pada 10 Ogos 2018 dan beberapa masalah sambungan ketika bermain online juga dikemaskini oleh Capcom.  Bagi sesiapa yang kurang arif pasal game, apa kata jom cuba main pemainan action role-playing game ini yang menjadikan pemain seorang pemburu bagi memburu raksasa dengan menggunakan pelbagai perangkap dan senjata.  Setiap pemain yang berjaya menewaskan raksasa, dia boleh menukarkan bangkai raksasa itu untuk menaiktarafkan perisai dan juga senjata pemburuan.

Raksasa kelas besar dan tahap tinggi bernama Deviljo, terdapat dalam quest enam atau tujuh bintang dimana Deviljo akan muncul terus ke quest pemain selepas pemain menyelesaikan quest penyiasatan berjudul ""??? Rathian" dalam main story. Apa pun pemain akan diberi misi untuk memburu Deviljho setelah memenuhi syarat-syarat tertentu. Mungkin dengan penambahan Deviljo ini akan ada content lain menyusul seperti Elder Dragon Lunastra dan Kulve Taroth. Mana tau kan..jadi kita nantikan okay

Walau bagaimanapun, ketika Monster Hunter World ini dilancarkan pada Ogos lepas, game ini tidak menerima content yang sama macam versi asal PlayStation 4 dan Xbox One


DOTA 2: Pembubaran Optic Gaming


Peter Dagger mengesahkan penghijrahan Ace dan Fata ke pasukan PPD melalui twitter berikutan pengumuman pembubaran skuad Dota 2 oleh Optic Gaming.  Apa yang pasti kemasukan Ace dan Fata melengkapkan skuad #PPDStacks dengan adanya Saksa, PPD dan 33.  Pastinya ramai yang ternanti dan tertanya adakah gandingan Fata dan Ace akan sekuat dulu dan lebih menarik Fata akan kembali sebagai midlaner selepas setahun sebagai offlaner yang seperti biasa akan dimainkan oleh 33

Yang pasti kemunculan Saksa yang sekian lama menyepi menunjukkan skuad baru #PPDStacks ini tidak boleh dipandang ringan apalagi pengalaman Saksa sebagai naib juara di T16.

Apa pun kita tunggu dan lihat macam-mana mereka beraksi didalam skuad #PPDStacks ini.


ServerDNA 3.0 : Jom Mengundi Streamer Favorite


Pada 29 September ini bakal berlangsung persidangan gamers terbesar di Malaysia dan ServerDNA 3.0 pun turut mengadakan satu anugerah khas streamer tempatan.  Pemenang Favorite Streamer Award akan membawa pulang plak dan sijil khas serta hadiah istimewa daripada ServerDNA 3.0. 
Mungkinkah Ai Gaming, CortXGreenDumpling, McCocan, SparTankeR atau siapa lagi menjadi pilihan ?

Okay, ada lagi anugerah anugerah khas untuk PC modders sebanyak DUA anugerah iaitu Seagate Modders Award dengan undian dibuka kepada pengunjung ServerDNA 3.0 manakala  dan InWin's Choice Award bagi Top PC Case Modding yang akan diadili oleh juri-juri dari syarikat teknologi ternama dari InWin Taiwan, Asus Malaysia dan Acer Malaysia.

Mudah jer nak mengundi ni, cuma perlu daftarkan diri dan undi tiga streamer pilihan di hati! hehe

Nak undi? klik di streamer.serverdna.asia Jadi tunggu apa lagi, jom undi sekarang!

8 comments:

  1. Sangat menarik. Pasti kaki gamerz tidak akan lepaskan peluang ni

    ReplyDelete
  2. menarik. kaki gamers mesti suka ni

    ReplyDelete
  3. mmg kaki gamers duka la ni...
    hebat la ade awek yang hebat dlm tu

    ReplyDelete
  4. Hanya kaki gamers je yg faham semua ni. Ana reti main pao je haa. Haha

    ReplyDelete
  5. Wahh seronok lah mana yang kaki games tu kan.

    ReplyDelete
  6. CT cuba nak fahamkan kasi hadam tapi memang kaki games jela yang tahu ni =D

    ReplyDelete
  7. adeh..Bukan peminat gamers..haha..en asben suka la ni..dia gamers...

    ReplyDelete
  8. adeh..Bukan peminat gamers..haha..en asben suka la ni..dia gamers...

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!