Saturday, September 1, 2018

Jom ke SEEngapore : Dapatkan Diskaun Terbaik Dengan Traveloka Promo Code


Jom ke SEEngapore : Dapatkan Diskaun Terbaik Dengan Traveloka Promo Code | Rasanya ramai dah melangkah mengembara jauh ke negara asing samada untuk tujuan perniagaan atau lebih pasti bercuti bersama kaum keluarga mungkin juga dengan teman akrab...tapi kalau dah jauh berjalan masih ramai yang tak pernah jejak ke Singapura, negara jiran paling hampir dengan kita dah kira macam satu kehilangan tu tau hehe. Bukan apa Singapura terlalu hampir persamaan dengan kita terutama dari segi budaya, pemakanan, tutur kata dan macam-macam lagi.

Tahu tak yang Traveloka sedang membuat promosi dengan diskaun terbaik buat kaki kembara dan sekarang sedang berlangsung promosi untuk tiket penerbangan dan penginapan di Singapura.  Jadi buatlah tempahan tiket penerbangan dari 1 September hingga 31 September dan mengembaralah dan terokai Singapura bila-bila tarikh yang kita kehendaki dan nikmati diskaun RM50 untuk perjalanan pergi balik dari mana-mana lapangan terbang dalam Malaysia. Jadi tak perlu nak terbang ke Kuala Lumpur bagai untuk ke Singapura la tau. 

Maklumat lanjut dan syarat yang diperlukan ada di akhir artikel ini.

gambar sumber google
Apa yang menarik di Singapura?
Banyak! terdapat banyak tempat menarik di Singapura untuk kita lawati dan terokai antaranya Universal Studios Singapore (USS) dengan pelbagai tarikan permainan didalamnya, Zoo Singapura yang amat terkenal dengan  lawatan waktu malamnya tapi boleh juga dilawat waktu siang, lawatan waktu malam ke Marina Bay Sands skypark, menaiki kereta kabel dan bergambar di puncak Mt Faber, lawatan ke SEA Aquarium yang menempatkan 800 spesis bintang dan 200 ikan jerung! paling menarik adalah Gardens by the Bay yang pasti membuat kita terpesona dan teruja dan Merlion Statue yang menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar. 



gambar sumber google


Ramai orang cakap yang Singapura ni kecil dan boleh dilawati dalam 2 hari, tapi kecil-kecil cili padi tau sebab kalau dah sekali ke Singapura, pasti nak pergi lagi. Jjadi tunggu apa lagi, jom ke SEEngapore dan saksikan, terokai dan alamai keseronokan serta kegirangan di kota singa yang pasti akan membuat kita terpesona.
Selain tempat untuk dilawat, sesiapa yang ke Singapura wajib ke Mustafa Center, pusat membeli belah yang dibuka 24 jam. Terdapat banyak barangan dari barangan elektronik, pakaian, barangan dapur dan pelbagai lagi yang pasti menarik buat semua.

Kenapa perlu memilih Traveloka? Ya, memang banyak dan apa yang ditawarkan di Traveloka sememangnya sangat menarik untuk dibiarkan!

  • Traveloka merupakan pakar dalam tiket perjalanan dan percutian ke serata dunia. Berjalan/bercuti ke Singapura? Tempah saja dengan Traveloka
  • Traveloka adalah "one-stop travel app" yang menawarkan kemudahan perjalanan percutian ke Singapura
  • Dapatkan diskaun hebat dari Traveloka sebanyak RM50 flat rate discount bagi penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang dalam Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG
  • Tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore, tiada kupon diperlukan.

Menarik kan tawaran dari Traveloka tu kan dan di Traveloka juga kita akan dapat Best Price Guarantee serta kita boleh dapat ‘price alert’ iaitu pemberitahuan harga untuk tiket penerbangan ke destinasi yang kita idamkan dengan harga yang kita mampu.


Kenapa perlu menempah dengan Traveloka?

  • Kita boleh membuat carian destinasi dan kemudian bandingkan harga tiket penerbangan samada bagi Philippine Airlines, AirAsia dan lain-lain syarikat penerbangan dengan destinasi melebihi 100,000 destinasi di Asia PAcific dan Eropah. 
  • Tiada harga terlindung kerana apa harga yang kita lihat, itulah harga yang kita perlu bayar, tanpa perlu rasa curiga.
  • Jangan risau sekiranya tiada sebarang kad kredit kerana terdapat pelbagai cara pembayaran mudah dibolehkan antaranya melalui kad debit, kaunter bank, 7 Eleven dan juga kedi pajak gadai. Senang kan!
  • Sebagai 'kedai pusat sehenti' bagi tiket penerbangan, setiap tiket penerbangan yang terdapat didalam Traveloka adalah dianalisa dan diproses melalui sumber jaringan yang diperakui.
Jom ke SEEngapore : Dapatkan Diskaun Terbaik Dengan Traveloka Promo Code


Untuk lebih mudah, disyorkan kita muat turun aplikasi Traveloka di peranti pintar kita sekarang!
Bagi pengguna android, muat turun dari Google Play dan bagi Iphone muat turun dari Apps Store sekarang.  Sekarang ni zaman menempah, membeli dengan hanya di hujung jari kita tak kira dimana kita berada asalkan ada data atau WiFi kan. Buat sesiapa yang dah muat turun tu, jom laju laju buat tempahan tiket penerbangan ke Singapura untuk perjalanan pada bila-bila masa sahaja.

Pastikan sesiapa yang nak dapatkan promosi hebat Traveloka ni ikut syarat mudah yang berikut : 

  1. Promosi MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID
  2. Pilih tiket penerbangan dan jangan lupa gunakan kupon kod "GOSG" sewaktu pembayaran
  3. Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat
  4. Tempoh tempahan : bermula 1 September sehingga 30 September (tertakluk kepada perubahan)
  5. Tempoh perjalanan : bila-bila masa


Sebagai peringatan akhir, tempah sekarang tapi jangan lupa SEEngapore dengan menggunakan Traveloka Promo Code GOSG  untuk dapatkan diskaun terbaik dari Traveloka

Tunggu apa lagi, jom kita ke Singapura dan mengaum bak sang singa, SEEngapore – For a roaring good time!



8 comments:

  1. Jom kak ke Singapura. Lama dah aim nak ke sana. Ni dah ada promosi traveloka cun sgt dah tu.

    ReplyDelete
  2. Kota Singa ni memang nampak mewah sangat. Lawa je kat mana². Rindu dah nak ke sana. InsyaAllah will repeat

    ReplyDelete
  3. syoknya kalau dapat g melancong ke singpore ni macam2 ada kat sana kena bisik2 kat suami ni hahahhaa

    ReplyDelete
  4. Ada niat nak ke sana lawat pak sedara nanti. Tengah kumpul bajet hihi. Tempatnya pun semua menarik ni. Tak sabar nak ke sana

    ReplyDelete
  5. Teringin jugak nak jalan jalan Singapore ni, boleh lah nanti check dekat Traveloka. Heheh.

    ReplyDelete
  6. Jom grab ada promosi Traveloka ni..feel good time gitu di Seengapore.. hehe...

    ReplyDelete
  7. Jom grab ada promosi Traveloka ni..feel good time gitu di Seengapore.. hehe...

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!