Wednesday, September 5, 2018

Jom Rebut Peluang Jimat Cuti Hujung Minggu Tahun 2019

Cuti umum tahun 2019 dah dikeluarkan, jadi jom rebut peluang jimat cuti hujung minggu tahun 2019 ikut saranan UF ni..hehe.  Sebenarnya untuk rujukan diri sendiri tapi saja kongsi kot-kot ada yang teringin nak ikut sama kan.

Apa yang nak dibuat dengan cuti yang sekurang-kurangnya tiga hari dua malam ni? Selain bercuti dalam negara ala cuti-cuti Malaysia atau jengah ke baca SINI tentang diskaun Traveloka yang mempromosi tiket penerbangan  ke Singapura sekarang, tempah di AirAsia yang tengah bagi free seats jugak la ni atau jom ke destinasi yang UF dah jejaki kat SINI

Cuti Umum Malaysia 2019
1 Januari/Selasa - Tahun Baru
21 Januari/Isnin - Thaipusam
1 Februari/Jumaat - Hari Wilayah
5 Februari/Selasa - 6 Februari/Rabu - Tahun Baru Cina
19 Mei/Ahad - Hari Wesak
22 Mei/Rabu - Nuzul Quran
5 Jun/Rabu - 6 Jun/Khamis - Hari Raya Aidil Fitri
11 Ogos/Ahad - Hari Raya Qurban
31 Ogos/Sabtu - Hari Kebangsaan
1 September/Ahad - Awal Muharram 
9 September/Isnin - Hari Keputeraan YDP Agong
16 September/Isnin - Hari Malaysia
25 Disember/Rabu - Hari Natal

Note : Umum tahu kalau cuti umum jatuh pada hari Ahad, hari Isnin adalah sebagai ganti.

Okay, UF cuma nak syorkan  untuk pembaca tambah cuti buat sehari dua atau lebih memandangkan cuti umum di hujung minggu sambil kita jimatkan cuti tahunan kan. Bak kata orang putih, "this is just a suggestion" terpulang kepada siapa-siapa nak buat atau tidak.


JANUARI
1 Januari/Selasa - Tahun Baru
21 Januari/Isnin - Thaipusam

  • Boleh dapat empat hari cuti tu kalau sambung cuti lepas hujung minggu pada 29 dan 30 Disember (Sabtu, Ahad) dengan mengambil cuti pada 31 Disember (Isnin).  Nak kemana, Vietnam mungkin?

  • Tanpa ambil cuti pun kita dah boleh dapat tiga hari bermula hari Sabtu dan Ahad sebelum sambung ke hari Isnin untuk sambutan hari Thaipusam.
  • Ada yang dah mula cuti dari hujung tahun 2018 sampai tahun baru, contohnya DH la.  Memang dia ambil cuti seminggu sebelum hujung tahun tu pun kalau tak kena outstation.  Memang dia cuti sakan. 

FEBRUARI
1 Februari/Jumaat - Hari Wilayah
5 Februari/Rabu - 6 Februari/Khamis

  • Cuti Hari Wilayah jatuh hari Jumaat, ditambah cuti hujung minggu (2 Februari dan 3 Februari) dah menjadi tiga hari secara mutlak. Nak tambah panjangkan cuti, sila isi borang hehe

  • Ambil jer cuti pada sehari pada 7 Februari/Jumaat dan bila ditambah cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad, kita dapat  lima hari cuti!

MEI
1 Mei/Rabu - Hari Pekerja
19 Mei/Ahad - Hari Wesak
22 Mei/Rabu - Nuzul Quran

  • Nak panjangkan cuti alang-alang cuti pertengahan minggu untuk hari pekerja tu, apa kata ambil cuti pada 2 Mei/Khamis dan 3 Mei/Jumaat sambung pulak Sabtu dan Ahad..nahh dah jadi lima hari.  Jauh jugak boleh kita terbang ni, BEIJING mungkin? Mungkin boleh buat yang sama bila tiba cuti hari Nuzul Quran tapi jangan sampai boss suruh hantar surat berhenti sudah la..hehe
  • Memang sah dapat tiga hari cuti bila hari Wesak jatuh hari Ahad, secara automatik Isnin jadi cuti ganti.  Mana nak pergi ek? Jom ke berehat kat tepi pantai atau jalan-jalan dalam negeri jer sekurang-kurangnya membantu ekonomi dan kenali negara sendiri kan.

JUN
5 Jun/Rabu - 6 Jun/Khamis - Hari Raya Aidil Fitri
  • Paling mudah mohon cuti pada 7 Ogos/Jumaat pastu ditambah cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad, dengan senang dapat lima hari cuti. Jom balik kampung! Tak de kampung? beraya la dengan keluarga dan menziarah adik beradik dan saudara mara sesambil mengeratkan ikatan persaudaraan.

OGOS
11 Ogos/Ahad - Hari Raya Qurban
12 Ogos/Isnin - cuti gantian
  • Bermula dengan  10 Ogos (Sabtu), kita dah dapat tiga hari. Molek jugak untuk tambah cuti lagi pada 9 Ogos menjadikan jumlah cuti empat hari, dah boleh jalan-jalan ke jelajah pulau-pulau dalam Malaysia sebelum musim tengkujuh.




SEPTEMBER
1 September/Ahad - Awal Muharram
2 September/Isnin - (ganti cuti Awal Muharram jatuh hari Ahad)
9 September/Isnin - Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong

16 September/Isnin - Hari Malaysia
  • Memandangkan 14hb (Sabtu), 15hb (Ahad) ditambah 16hb (Isnin) dah jadi cuti selama tiga hari, apa kata tambah mohon sehari jer pada 17hb (Selasa) dah jadi 4 hari! Nak tambah lagi pun boleh jugak

DISEMBER : 
25 September/Rabu - Hari Natal
  • mohon je cuti dua hari pada  tarikh 26hb (Khamis) dan 27hb (Jumaat), jadi cuti akan berjumlah 5 hari bila dicampurkan dengan 28hb (Sabtu) dan 29hb (Ahad)  Nak lebih lama, mohon cuti
dan....

mula la merancang cuti tahunan dan rebut peluang jimat cuti hujung minggu untuk tahun hadapan.

Selamat merancang !

5 comments:

  1. Memang sangat seronok bila bercuti ni. bukan sahaja dpt rehatkan minda, badan tetapi juga dpt meluangkan masa dgn yg tersayang

    ReplyDelete
  2. Wahh dah boleh plan lah nak jalan jalan mana next year. Heheh.

    ReplyDelete
  3. tu la..yaya skrg apply cuti sbulan awal.bulan oktber nk cuti da apply bulan sept.senang.xclash dgn sesapa sbb da CHOP dulu.hahahaha =p

    ReplyDelete
  4. oh ye.yya folow sini ye..bru pasan xfollow lagi..hehe
    493

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!