Thursday, September 6, 2018

Kempen Fresh Breath For Malaysia Jalinan Kerjasama Guardian Malaysia dan Limkokwing University of Creative Technology

Kempen Fresh Breath For Malaysia Jalinan Kerjasama Guardian Malaysia dan Limkokwing University of Creative Technology | Letakkan tangan anda di atas hidung dan mulut, lepaskan nafas dan hidu. Adakah anda terhidu bau nafas yang busuk?

Anda tidak bersendirian, kerana kaji selidik terkini yang dijalankan oleh para pelajar pergigian Malaysia mendapati bahawa seorang daripada dua orang mengalami masalah nafas berbau. Angka dari seluruh dunia pula mendedahkan 22 hingga 50 peratus populasi global mengalami masalah nafas berbau pada tahap sederhana. Nafas berbau boleh memberi kesan dari segi sosial dan psikologikal ke atas mereka yang menghadapinya, ini termasuklah kurang keyakinan diri serta berasa rendah diri dan, masalah ini wajar diambil serius.

Kebanyakan daripada kita tidak bercakap tentang masalah nafas berbau, sebaliknya memilih untuk mengasingkan diri daripada orang lain atau menjauhkan diri daripada mereka yang mempunyai nafas berbau.   




Guardian Malaysia dan Limkokwing University of Creative Technology Jalin Kerjasama Untuk Kempen Fresh Breath For Malaysia
Program Pemerkasaan Belia ini sebagai Tanda Pelancaran Rangkaian Pembersih Mulut Baharu Daripada Guardian



Oleh sebab itu, Guardian Malaysia yang merupakan, rangkaian peruncitan produk kesihatan, kecantikan dan penjagaan peribadi di Malaysia dengan lebih 400 kedai di seluruh negara kini bekerjasama dengan Limkokwing University of Creative Technology untuk menjalankan kempen kreatif pemerkasaan belia, “Fresh Breath for Malaysia” sempena memperkenalkan rangkaian pembersih mulut Guardian yang baru.

Kempen itu bertujuan memperkasakan para pelajar Limkokwing untuk menginterpretasikan tema Fresh Breath for Malaysia dengan cara paling kreatif yang menyerlahkan aura positif kepada masyarakat. Pada masa yang sama menggalakkan aspek kebersihan oral menerusi ekspresi visual dan multimedia. Hadiah wang tunai berjumlah RM14,000 akan diberikan kepada sepuluh orang pelajar melalui dua kategori.

Untuk memulakan kempen ini, lebih 200 orang pelajar Limkokwing University mendengar taklimat tentang Guardian Malaysia, rangkaian produk pembersih mulut Fresh Mouth 6 Action dan cabaran penjagaan oral di Malaysia daripada wakil Guardian Malaysia, sekali gus memberikan mereka pengalaman industri yang berguna.

Mereka perlu menghantar penyertaan sebelum 13 September 2018. Finalis yang disenarai pendek perlu menyatakan rasional tentang hasil kerja mereka dalam lebih kurang 500 patah perkataan sebelum undian dalam talian bermula dan para pemenang akan dipilih.



Guardian Fresh Mouth 6 Actions Mouth Wash mengurangkan plak pada gigi, menghalang pembentukan kaviti, menguatkan gigi, menyegarkan nafas, menjadikan gusi lebih sihat, memulihara mineral pada enamel dan membunuh 99.9% kuman. Terdapat tiga varian iaitu Cool Mint, Peppermint dan Tea Leaf.

Jika digunakan sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan oral yang lengkap merangkumi memberus gigi dua kali sehari, flossing dan diet yang bagus, pembersih mulut akan memberi manfaat tambahan dari segi mengurangkan nafas berbau dan kaviti[4].

Pengurus Kumpulan Produk Kesihatan & Kecantikan Guardian Malaysia, Michelle Yeap menyampaikan taklimat kepada pelajar mengenai syarikat, produk dan tema Fresh Breath for Malaysia.

“Kami menganjurkan kempen ini dengan kerjasama Limkokwing dalam usaha memperkasakan golongan belia untuk menyampaikan perspektif mereka ke atas isu yang berlaku dalam dunia sebenar. Kami harap para pelajar akan menggunakan platform ini untuk mula berbincang tentang penjagaan oral, terutamanya masalah berkaitan nafas berbau. Seterusnya menawarkan idea yang kreatif dan positif tentang bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang memberi kesan kepada hampir 50% populasi di dunia. Kami yakin mereka mempunyai kebolehan untuk menjayakan kempen Fresh Breath for Malaysia dan memperkenalkan rangkaian produk pembersih mulut Guardian Fresh Mouth 6 Actions,” kata seorang alumni Limkokwing, Cik Yeap.

Naib Presiden Kanan Pemerkasaan Industri Limkokwing University, Datuk Raja Aznil Raja Hisham menyatakan bahawa pemilihan universiti dan para pelajarnya memang sesuai untuk memberikan perspektif berbeza ke atas kempen Fresh Breath for Malaysia.  

“Kampus kami di Cyberjaya mempunyai pelajar yang datang dari 160 buah negara. Persekitaran kampus yang mempunyai pelbagai budaya memberi kelebihan terhadap pemikiran global dan perlaksanaan hasil kerja yang kreatif. Melalui kempen yang menarik ini, pelajar kami dapat memahami tingkah laku sebagai rakyat Malaysia atau rakyat negara masing-masing ataupun boleh melihat dari segi perspektif budaya dan amalan yang berbeza. Apa yang pelajar kami perolehi melalui kerjasama kempen dengan Guardian Malaysia adalah pendedahan kepada industri yang boleh membantu dalam kerjaya mereka pada masa depan,” jelas Datuk Raja Azil.  



Universiti LimKokWing merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang mempunyai pelbagai budaya, menawarkan pendedahan industri kepada para pelajar melalui rangkaian hubungan profesional dimana ianya memberikan kelebihan untuk berjaya diperingkat antarabangsa.

Penyertaan yang disenarai pendek akan dimuat naik ke laman Facebook Guardian Malaysia dan Limkokwing bagi tujuan undian secara dalam talian pada lewat September 2018. 

Harga dan Kebolehdapatan
Rangkaian Guardian Fresh Mouth 6 Actions Mouth Wash boleh didapati di semua cawangan Guardian di seluruh negara dan e–stor Guardian di www.guardian.com.my dalam tiga varian iaitu Cool Mint, Peppermint dan Tea Leaf dengan botol 250ml pada harga RM9.33, 750ml berharga RM16.88 atau pek 2 botol 750ml pada harga RM24.43. 

------
About Guardian Malaysia
From a 200-sqft pharmaceutical retail outlet catering to the expatriate community to emerging as the leading Pharmacy, Health and Beauty retail chain in Malaysia, Guardian now operates a chain of over 400 stores, providing unrivalled variety of Pharmaceutical, Health and Beauty products to more than 2.5 million Malaysian customers a month, across the country.

Guardian’s commitment to its customers’ needs is also reflected in a dedicated team of pharmacists, who impart professional advice and consultation to customers. Committed to strong corporate governance, which upholds responsible and ethical dispensing at all times.

Guardian is also an advocate of corporate philanthropy and believes in giving back to the community. Guardian celebrates four decades of success by making a pledge to contribute to worthy causes by getting involved in the efforts that help to provide and promote the care, development and well-being of the local communities and supporting programs that are dedicated towards those in need namely, women and children.

About Dairy Farm
Dairy Farm is a leading pan-Asian retailer.  At 30th June 2014, the Group and its associates and joint ventures operated over 5,800 outlets and employed over 100,000 people.  It had total annual sales in 2013 exceeding US$12 billion.

The Group operates under a number of well-known brands across four divisions.  The principal brands are:
Food
·     Supermarkets – Wellcome in Hong Kong, Taiwan and the Philippines, Cold Storage in Singapore and Malaysia, Giant in Malaysia, Indonesia, Singapore and Brunei, Hero in Indonesia;
·       Hypermarkets – Giant in Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and Vietnam;
·       Convenience stores – 7-Eleven in Hong Kong, Singapore, Southern China and Macau;
Health and Beauty
·       Mannings in Greater China and Guardian in the rest of Asia;
Home Furnishings
·       IKEA in Hong Kong, Taiwan and Indonesia; and
Restaurants
·       Maxim’s in Hong Kong, mainland China and Vietnam.

Dairy Farm International Holdings Limited is incorporated in Bermuda and has a standard listing on the London Stock Exchange as its primary listing, with secondary listings in Bermuda and Singapore.  The Group’s businesses are managed from Hong Kong by Dairy Farm Management Services Limited through its regional offices.  Dairy Farm is a member of the Jardine Matheson Group.

About Limkokwing University of Creative Technology
Limkokwing University of Creative Technology is a private international university with a presence across Africa, Europe and Asia.  With its main campus in Malaysia, the university has 14 other campuses in Botswana, Cambodia, China, Indonesia, Lesotho, Maldives,  Sierra Leone, Sri Lanka, Swaziland and the United Kingdom.  Founded in 1991 by Tan Sri Dato' Sri Paduka Dr Lim Kok Wing, the Limkokwing network of campuses now support a total enrolment of more than 30,000 students from more than 165 countries, making it the world's most globalized university.

9 comments:

  1. Betul..ramai je yg ada masalah nafas berbau ni tapi malu nak bercakap secara terbuka topik ni..malu...

    ReplyDelete
  2. Betul..ramai je yg ada masalah nafas berbau ni tapi malu nak bercakap secara terbuka topik ni..malu...

    ReplyDelete
  3. Betul..ramai je yg ada masalah nafas berbau ni tapi malu nak bercakap secara terbuka topik ni..malu...

    ReplyDelete
  4. Satu kempen yang menarik buat para pelakar limkokwing. Memang best baca blog kak fuzy ni.. Penuh dgn tips dan ilmu. Thanks for sharing ye.

    ReplyDelete
  5. Wow jarang tengok ada kempen macam ni.. Mouth wash tu berpatutan sangat harganya

    ReplyDelete
  6. kempen bagus utk beri info tentang penjagaan mulut selalin gigi.mmg kena pakai mouth washlepasmenggosok gigi untuk extra care

    ReplyDelete
  7. Bagus ada kempen mcm ni. Boleh tingkat kan kesedaran kepentingan kebersihan mulut.

    ReplyDelete
  8. Jarang jarang jumpa kempen macam ni kan. Memang bagus sangat kempen ni.

    ReplyDelete
  9. brg guardian mmg murah.sbb tu suka beli brg kat farmasi ni berbanding farmasi lain

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!