Tuesday, September 18, 2018

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane | Ngences? yeah sudah pasti. Dalam dok teringat nak makan makanan Korea..tup tup dipelawa untuk mencuba makanan Korea di Yoogane tempohhari  tu umpama orang mengantuk disorongkan bantal la.  Tapi kalau mengantuk terus tertido tapi yang ni bila dapat pelawaan tu terus terasa melompat gembira dek terlebih minum Anlene..hahaa

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane

Kan dah kata...tengok tu kegembiraan sungguh kan..hehe

Seperti biasa public transport dah jadi pengangkutan rasmi UF untuk kemana-mana dan dari rumah UF perlu naik LRT hingga ke Pasar Seni dan kemudian menaiki MRT hingga ke stesen Bandar Utama.  Memandangkan kedai makanan Korea ni terletak dalam mall Bandar Utama (new wing) jadi memang tak payah nak cari.

Apa menu yang menarik di Yoogane?

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane


Army Stew - ada rameyeon, sayuran, inoki, rice cake, cendawan, crab stick, leek dan dibahagian tepi kuali diletakkan keju yang kemudian mencair sewaktu dimasak depan mata! Bayangkan kita makan sambil mencalit cheese dan kunyah masuk ke dalam mulut..fuhhh

Menu yang sangat disarankan untuk dicuba.  Kalau nak pergi, ajak la UF sekali boleh kita sama-sama menikmatinya.

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane

Cheese Chicken Bulgogi

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane

Cheese Beef Bulgogi

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane
Kepak ayam goreng dengan empat variasi iaitu Galbi chicken wings, Bulgogi chicken wings, Citron chicken wings dan Garlic butter wings.  Mana yang sedap? pasti kesemua variasi ni la sedap dan kena pada tekak dan selera sendiri.

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane
Kalau sesiapa nak makan nasi boleh la mencuba Yoogane Dosirak set menu samada Beef Bulgogi Dosirak, Chicken Bulgogi Dosirak dan ada juga Chicken Galbi Dosirak yang boleh dinikmati secara set dengan minuman pada harga RM15.90++

Menikmati Makanan Korea Yang Pasti Ngences di Yoogane
Antara yang menarik makanan sampingan yang patut dicuba adalah seafood pancake dan mushroom pancake yang sangat sedap.





Ok, ni nak bagi tau yang dalam bulan September ni ada promosi istimewa untuk Army Stew pada harga RM28.90++ seorang bagi setiap hari Isnin hingga Jumaat dengan hanya minima 3 orang saja.  Kalau tidak harga biasa RM89.90++ , nampak tak berapa banyak dah jimat tu untuk nikmati Unlimited Topping Special dan topping yang boleh dipilih antaranya adalah Dobboki, Rameyeon, Baked beans, Chicken luncheon meat, Chicken sausage, Enoki mushroom, Shitake mushroom, Crabstick, Cabbage, Leek, Beancurd, Chicken soup, Kimchi soup, Barley Tea, Brown rice,  green tea dan  Ice cream dengan salad bar tanpa had!

Nota: Pastikan bila makan tu korang habiskan makanan kalau tidak, pasti kena caj RM5 untuk setiap 100gm jadi jangan membazir!

Jangan lupa dan ikuti rapat-rapat Facebook UF dan Instagram UF tau sebab nanti akan ada giveaway dan pemenang bertuah akan dapat voucher makan disini. Stay tune!

Untuk sesiapa yang nak mencuba makan, terjah jer  kat alamat di bawah

Alamat :
1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama City Centre, Petaling Jaya
Waktu perniagaan :
11:30 pagi  hingga 10 malam setiap hari

Facebook
Yoogane Malaysia

Instagram
Yoogane Malaysia
 
No Telefon :03 -7733 5796

6 comments:

  1. Memang sedap. LeYa memang favourite makanan korea ni.. Dah lama juga tak makan makanan korea. Macam nak try la restoran yoogane ni

    ReplyDelete
  2. wahhh bahagianya kak umy dapat makan set army stew ni! Cheese dia geramnya tengok!!!

    ReplyDelete
  3. Sememangnya favourite makanan LeYa ni..korean food. Dan dah lama juga tak menikmatinya. Alang-alang Kak UF dah up ni, teringin pula nak singgah makan.. Hehe..

    ReplyDelete
  4. I immediately smiled, seeing your smile.. Rasa macam, eh bahagianya.. hahaha..
    Menarik makanan2 dia.. Tak pernah lg try army stew..

    ReplyDelete
  5. done follow #496.tak pandai lah makan K-food hehe

    ReplyDelete
  6. ya allah tergugat jiwa tngok cheese yang mencair ituuu !! seperti cairnya hatikuuu hehee..

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations