Sunday, September 2, 2018

Nasi Lemak Pak Omar Champion Terbaik di Kuala Lumpur

Nasi Lemak sememangnya makanan kegemaran rakyat Malaysia tak kira kat mana kita berada atau dalam  situasi mana pun, pagi, tengahari, petang, malam malah tengah malam pun ada jer orang menjual dan membeli nasi lemak. Bukan orang Melayu jer makan nasi lemak ni malahan semua bangsa Malaysia pasti makan dan ada gak orang yang ada cheat day bila terbau nasi lemak..hehe

Tahniah kepada Nasi Lemak Pak Omar Champion diatas perasmian kedainya di Publika minggu lepas. Umi dan beberapa rakan blogger telah dijemput bagi memeriahkan majlis dan mencuba keenakan nasi lemak champion ni. 

Nasi Lemak Pak Omar Champion Terbaik di Kuala Lumpur

Tahu tak yang Nasi Lemak Pak Omar ni telah dinobatkan sebagai pemenang (champion) pada tahun 2013 dalam 10 acara pertandingan. Hebat kan!

Apa keistimewaan Nasi Lemak Pak Omar Champion ?
Pak Omar telah banyak menghabiskan masa mudanya dengan mempelajari masakan Melayu  di Kampung Baru.  Apa yang menarik Pak Omar mengekalkan nasi lemak buatannya dengan menggunakan bahan yang asli begitu jugak dengan rasanya.  Nasi lemak kukusnya dibuat penuh sempurna dengan bahan seperti halia, daun pandan, serai dan santan kelapa yang akan membuatkan menjadikan nasi lemaknya berbau wangi dan lazat serta dikukus secara tradisi.

Nasi lemak Pak Omar menyediakan pelbagai jenis pilihan buat peminat nasi lemak antaranya ayam goreng berempah, sambal sotong kering yang cukup lembut,rendang ayam serta rendang kambing dan rendang daging yang cukup lembut dan dimasak lembut ala Minang tambahan pula Pak Omar menggunakan yogurt.

Nasi Lemak Pak Omar Champion Terbaik di Kuala Lumpur

Nasi Lemak Jumbo berharga RM39.90 memang sesuai untuk dimakan 3 - 4 orang yang mengandungi 3 mangkuk nasi lemak, ayam bermpah, sambal sotong, rendang kambing dan sayur kangkung

Antara lain menu nasi lemak adalah dengan Ayam Goreng Berempah berharga RM15.90 manakala penggemar kambing boleh mencuba Nasi Lemak Rendang Kambing pada harga RM16.90, Nasi Lemak Rendang Ayam - RM15.90, Nasi Lemak Sambal Sotong - RM14.90


Nasi Lemak Pak Omar Champion Terbaik di Kuala Lumpur

Nasi Lemak Pak Omar Champion Terbaik di Kuala Lumpur

Nasi Lemak Pak Omar Champion Terbaik di Kuala Lumpur

Pak Omar juga menambah menu antaranya ikan kering berlada, sambal petai ikan bilis, bendi sambal dan acar.  Selain dari itu, pengunjung boleh menikmati Mee Siam dan Karipap bersaiz besar tapak tangan  (3 ketul untuk RM10)



Facebook

Instagram 
Waktu Operasi
Isnin -  Sabtu : (10 am - 9 pm)
Ahad : (10 am - 5 pm)

Alamat
Blok G2-A1-07, Publika
Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas
50480 Kuala Lumpur
Telefon
011-56211006
Email

26 comments:

  1. lamanyaa tak pegi Publika. zaman dedulu muda remaja pergi hehe..

    ReplyDelete
  2. Fuhh terliur tgk nasi lmk die.. 😅

    Jemput join 1st GA zati 😊
    https://z3tty.blogspot.com/2018/09/giveaway-zati-yang-pertama-semangat.html

    ReplyDelete
  3. Banyaknya menu nasi lemak Pak Omar. Restoran ni memang ada dekat KL je ke? Nak pergi tapi jauhhhh. .

    Jom singgah blog ekin utk baca entry.. https://asyiqinroslee.blogspot.com/2018/08/bercuti-di-bayu-beach-resort.html?m=1

    ReplyDelete
  4. Fuhhhh sedapnya nampak nasi lemak ni. Banyak pilihan lauk jugak ye kak.

    ReplyDelete
  5. Tetiba rasa lapar la pulak Kak :p

    ReplyDelete
  6. Pertama kali sis memang nasi lemak pak omar ni,memang sedap terutama sambal sotong. Rasa macam nak repeat lagi makan nasi lemak dia kat sana..tak puas hehehe

    ReplyDelete
  7. terliurnya tengok nasi lemak dia nampak special dah la memang tengah lapar sekarang tapi kalau airah nak pergi makan sini kena plan dlu laa. jauhh hahahah

    ReplyDelete
  8. I memang suka makan nasi lemak.. jom.. nak pergi makan sekarang jugak.. hahahahahahha

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap ni... lapar dah. Nasi lemak dengan sambal petai, Best!

    ReplyDelete
  10. pergh, champion ni. memang kena trylah macam ni. saya ni pun penggemar nasi lemak. nanti nak kena carilah ajak kawan2.

    ReplyDelete
  11. ya ampun kemain penuh pinggan nasi lemaknya, kemain banyak betul lauk pauk lah. rasanya tak sanggup kak lily nak abiskan sepinggan tuh ek

    ReplyDelete
  12. Sedapnya nampak lauk pauk nasi lemak dia. Bagus jugak bila boleh pilih banyak lauk. Tetiap kali datang, tukar lauk lain.

    ReplyDelete
  13. The nasi lemak looks delicious. Since near to my house, I will give it a try.

    ReplyDelete
  14. Dah kenapa Rawlins jadi terliur tengok gambar-gambar nasi lemak ini walaupun baru lepas lunch? Nampak gaya kena pergi merasa barang sepinggan dua la nampaknya

    ReplyDelete
  15. Perghhhh nasi lemak dia. Tengok pun dah nampak delicious. Macam-macam lauk.

    ReplyDelete
  16. nasi lemak kalau ada ayam goreng berempah memang sedap sangat! wow, siap ada sambal bilis petai..

    ReplyDelete
  17. Kak memang suka mkn nasi lemak kukusmmg sedap..tgk menu dia pun rasanya nk jer pg mkn kat sana.Visit my blog: www.keunggulanwanita.com

    ReplyDelete
  18. tenok menu2 kat sini smeuanya memang menarik...apatah lagi yang ada sambal petai..nampak sedap giler heheheheheh nak trylah sekali makan kat sini :-)

    ReplyDelete
  19. Banyaknya lauk pauk best! I love this nasi lemak! Sedapz!

    ReplyDelete
  20. Sedapnya nasi lemak tu kak. Teringin jugak nak cuba nanti. Lauknya pun banyak pilihan. Hmm jom ngeteh sini kak hehe

    ReplyDelete
  21. Yang ni ke nasi lemak famous tu? Kalau gi KL lia nak Cuba lah .Tengok pun dah menyelerakan.

    ReplyDelete
  22. Share the post to my sister. She is bringing my parent there. Wanna try this.

    ReplyDelete
  23. waaaa umi nampak sedap betul nasi lemak di sini ya.. yang penting resepinya asli nasi elmak sebenar. yelahh, zaman semakin maju, maka resepi asli pon di "majukan". nak singgah jugaklah nanti ke sini

    ReplyDelete
  24. sayur kangkong tu mmg fav klau makan dgn nasi lemak

    ReplyDelete
  25. Bagi saya, key untuk Nasi Lemak ni, nasi dia. Pak Omar ni bagus, dalam nasi tu still dapat rasa bahan yang dia pakai.

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!