Monday, September 3, 2018

Resepi : 5 Bahan Penting Untuk Membuat Sambal Hitam Pahang

Oh mak aii, pokok belimbing dah berbuah lebat. Asyik dok merungut jer awal tahun hari tu, awatlah pokok orang lain mengerumun buah-buahnya, pokok kita pulak sunyi sepi.  Lahh la ni menjadi sungguh pulak dah.  Nak bagi jiran? hehe majoriti orang cina, mana depa makan benda masam sangat jadi bagi jer kat jiran Melayu dan adik beradik tapi masiih banyak lagi, jadi nak tak nak kena buat sesuatu..yess sambal hitam pahang.  Bukan pertama kali UF buat sambal hitam ni sebenarnya cuma kali ni pulak nak catat kat blog kesayangan nyawa dan raga ni.  

Tempoh hari dah bagi kat Liez, ada dekat 2 kilo kot dan untuk kali ni UF dah buat 3 kali xsampai 1 bulan. Hebat tak?


Resepinya mudah jer dan ada pelbagai version pun tapi kita ambil yang mudah jer untuk kita yang suka memudahkan..hehe

Resepi : 5 Bahan Penting Untuk Membuat Sambal Hitam Pahang


Bahan-bahan:
  • 1 kilo belimbing buluh
  • 150gm cili api, kalau suka lagi pedas tambah lagi
  • 350gm Ikan bilis
  • 15 ulas bawang merah
  • Garam secukup rasa
Resepi ni sebenarnya ikut sesuka hati jer sebab ada yang kata letak kicap tapi seingat UF tengok kat tv tu tak de..tak per la.

Renyah? memang renyah dan kena ada ketabahan untuk sangai buah belimbing besi ni.  Periuk atau kuali yang kena guna tu samada one time use only atau yang jenis senang dicuci.

Nak lebih mudah? order je kat Bebelan Cik Min yang memang menjual sambal hitam pahang dengan tiga variasi atau beli online kat PotBoy, tak kira berapa banyak pun akan  dihantar.


Resepi : 5 Bahan Penting Untuk Membuat Sambal Hitam Pahang


Berapa lama? ada yang kata 8 jam, ada yang kata lebih lagi tapi apa pun kita kena tunggu sampai belimbing tu kering airnya.

Cara membuatnya:
  • Buah yang dah dikutip kat pokok tu, kita bersihkan dan buat tangkainya.  Basuh dan toskan. Kemudian masukkan buah kedalam periuk/kuali dan direbus hingga kering.
nota : pastikan kuali/periuk tu yang boleh disental atau ada orang yang guna tin biskut jer, lepas guna memang tak payah basuh tapi terus buang.  Nasib UF ada pan Idaman Suri yang tebal dan lepas guna boleh basuh jer walau agak susah la jugak nak dibersihkan

  • Sementara belimbing tu kat dalam kuali/periuk, sila la buat persediaan lain. Tumbuk cili api, ikan bilis dan bawang.  Umi lebih suka tumbuk supaya ikan bilis tak terlalu hancur tambahan pulak kalau guna blender mesti kena letak air kan (psst..UF tak suka guna blender kering..hehe pecah udah rahsia kan)
  • Sesambil menumbuk tu jangan lupa pulak kat belimbing kat atas dapur tu, kang tak pasal-pasal hangit. Kacau dan terbalikkan la ya.  Bila dah nampak hitam dan air dah kering, tutup api dan biarkan.
  • Sediakan kuali, masukkan minyak.  Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang ditumbuk tadi dan belimbing yang direbus tu. Kacau dan gaul biar sebati.  Pastikan dengan api sederhana.
  • Kacau dan kacau lagi sampai nampak kering. Tutup api dan masukkan garam, bahan ke 5 yang sangat penting ;D. Siap!
Resepi ni UF dengar dan baca kat majalah jer dan improvice ikut sendiri, mungkin tak betul dan tak sama tapi yang pasti rasa sambal hitam yang UF buat ni memang menjadi favorite anak yang sulung.

Last but not least, kalau sesiapa yang malas nak buat boleh jer order terus sambal hitam dengan sahabat blogger yang menjual sambal hitam > bebelan cik min

8 comments:

  1. haa jumpa pun resepinya UF, terima kasih..ermmm mula-mula kena cari tin biskut nak rebus belimbing hehe :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih share resepi, balik kang ambik belimbing buluh, dgg korban banyak, kita cuba masak hehe

    ReplyDelete
  3. sambal i terus masuk perut tanpa photo..

    ReplyDelete
  4. Sedap ni makan dengan nasi panas panas. Nani setiap kali balik Pahang mesti suruh ibu buat sambal ni. Heheh.

    ReplyDelete
  5. suka sgt sambal hitam pahang ni..nk buat sendiri, tak la..member penah citer, proses nak buat dia tu..memang renyah..so kalau nak makan, beli je la...

    ReplyDelete
  6. suka sgt sambal hitam pahang ni..nk buat sendiri, tak la..member penah citer, proses nak buat dia tu..memang renyah..so kalau nak makan, beli je la...

    ReplyDelete
  7. suka sgt sambal hitam pahang ni..nk buat sendiri, tak la..member penah citer, proses nak buat dia tu..memang renyah..so kalau nak makan, beli je la...

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!