Wednesday, September 12, 2018

Resepi : Sedapnya Gulai Ikan Temenung Utara

Seperti biasa pergi ke Pasar Keramat setiap hujung minggu, pasti sepanjang perjalanan tu dok terfikir nak masak apa, kurang-kurang pun mesti ada 3 jenis lauk pauk, berkuah, sayur, ikan goreng..tu antara yang pasti ada bila DH ada, kalau dia outstation tu cite lain..hehe

Sewaktu nak settle membeli, DH kat sedap buat gulai ikan temenung ni tapi dia nak gulai cara orang mak dia masak, tak nak merah macam gulai mamak, tak nak pekat tapi sedap! Erm..dah lama tak masak gulai dengan penuh penghayatan sebenarnya. Memasak ni pun kita perlu ikhlas dan relax. Tu antara resepi yang Umi praktik dan belajar sendiri tapi kena tahu apa yang rakyat perlukan..ehh dah macam ahli politik pulak aihh.. but it's true.


Resepi : Sedapnya Gulai Ikan Temenung Utara
bahan-bahan:
  • 4 ekor ikan kembung
  • 3 sudu rempah kari ikan Mak Siti
  • ½ cawan air asam jawa
  • 4 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawah putih *
  • ½ inci halia *
  • 5 batang bendi atau 3 biji tomato atau kacang buncis 
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 camca teh halba campur
  • garam secukup rasa
  • 1 cawan santan
  • ½ cawan air

* bahan untuk ditumbuk


cara membuatnya:

  • Rempah dicampur dengan air (dalam ¼cawan) dengan diletakan sedikit bawang yang ditumbuk dan dikacau hingga sebati.  Pastikan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
  • Panaskan minyak didalam periuk.  Masukkan bahan yang ditumbuk dan bila dah naik bau dan berwarna kuning, masukkan halba campur.  
  • Kemudian masukkan rempah dan dikacau selalu untuk pastikan rempah tidak melekat dan hangit, kemudian letakkan daun kari dan kacau. 
  • Bila nampak pecah minyak, masukkan santan dan air asam jawa.  Tambah air supaya kuah tidak terlalu pekat.
  • Masukkan ikan, tomato/bendi bila kuah dah mengelegak.  Ikan tak boleh dimasuk terlalu awal bimbang nak isinya akan terlalu lembik atau hancur.
  • Lebih kurang dalam 7 minit, kuah akan mengelegak dan tutup api. Masukkan garam, kacau dan boleh la dihidang dalam 5 -10 minit lagi.

Selamat mencuba!


Dan gulai ni boleh juga dimakan dengan lempeng atau orang utara panggil peknga, orang putih panggil pancake!



6 comments:

  1. gulai ikan temenung ni susah nak banding dengan gulai lain, walaupun simple tapi sedap sampai boleh buat bertambah tambah nasik!

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa kak. Makan pulak dengan lempeng tak pun roti memang ngam.

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa kak. Makan pulak dengan lempeng tak pun roti memang ngam.

    ReplyDelete
  4. sedapnya peknga (lempeng - panggilan orang utara) makan dengan gulai ikan teringin pulak saya tgk hehe

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat dihargai! kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!