Wednesday, October 17, 2018

Aplikasi MMSOS Perkhidmatan Untuk Keselamatan Diri Pelanggan

Aplikasi MMSOS Perkhidmatan Untuk Keselamatan Diri Pelanggan | Dalam kehidupan seharian kita, pastinya kita nak semuanya berjalan lancar dan sempurna buat kita dan ahli keluarga serta  sahabat dan untuk semua orang jugak kan.  Setiap hari kita baca di dada akhbar dan di media massa perihal berita ragut, penculikan, pecah rumah, kemalangan, kecederaan, dibuli sewaktu di jalanraya dan pelbagai kisah yang menakutkan dan mengancam keselamatan kita tak kira usia.

Ramai mungkin tidak tahu yang kadar jenayah jenayah yang berlaku dalam negara kita adalah sebanyak 1 kes dalam 3 min! dengan purata 19 kes untuk 1 jam dan 170,000 kes untuk setiap tahun dan untuk kes kemalangan pulak adalah dalam kadar 1 dalam kurang setiap 1 minit,  61 kes dalam 1 jam dan 530,000 kes setahun dan jumlah ini semakin meningkat. Memang menakutkan tapi macam mana kita boleh membantu mengurangkan kadar jenayah dan seterusnya mungkin menghindari dari dari menjadi sasaran penjenayah?



Aplikasi MMSOS adalah suatu aplikasi yang direka untuk membantu menghindari diri kita dari menjadi mangsa jenayah dan bantuan hebat dan cepat di kala kita menghadapi kesukaran di jalan raya.

MM Synergy Sdn Bhd telah memperkenalkan suatu perkhidmatan yang lengkap yang dinamakan MMSOS bagi menghalang unsur jenayah dan membantu menghindari dan memberi bantuan sewaktu kita mengalami kecemasan  dan permasalahan berkenaan permotoran.

Bagaimana MMSOS boleh membantu kita?
Sangat mudah, hanya dengan menekan 1 butang, bantuan akan tiba dengan segera sekiranya kita berada didalam situasi yang kita rasakan diri kita dalam ancaman dan bahaya tak kira masa dan dimana kita berada.





Situasi dimana kita memerlukan bantuan  antaranya bimbang diragut, pecah rumah, buli, kemalangan yang melibatkan diri kita mahupun keluarga.

Jadi sebagai pelindung, jom kita sama-sama jadikan aplikasi MMSOS hari ni untuk menjaga keselamatan kita dan kenderaan kita. Muat turun dari Google Play atau Apps Store sekarang. Hanya RM1 sehari dan kita dilindungi.

Aplikasi MMSOS direka untuk memberi perkhidmatan dan pertolongan dengan kadar segera bagi memastikan kita selamat dari sebarang angkara jenayah.

Aplikasi MMSOS yang lengkap sangat cepat dan cekap dalam memberi bantuan bila kita perlukan berbanding bantuan sedia ada.



Keistimewaan tahunan yang sangat menarik bagi mereka yang menjadi pelanggan MMSOS antaranya adalah:
  • Pakej percutian untuk 2 orang selama 3 hari 2 malam di Deluxe Suite, Marina Island Resort termasuk sarapan pagi, makan malam, tiket ke taman tema dan WiFi selama 2 hari dengan harga RM588.00 sahhaja. (Harga asal RM980.00)
  • 8 pilihan penginapan di Homes Hotel Group yang terletak di Melaka atau Johor untuk dipilih (penjimatan sehingga 35%)
  • Insuran Kemalangan Persendirian (personal accident insurance) bernilai RM50,000.00
  • Pemasangan cermin gelap (car tinted), kawalan UV dan anti ketukan berharga RM800 
  • Baucer RM30 untuk pembelian di A Look eyewear keatas barangan terpilih
  • Pemeriksaan kesihatan bernilai RM365 di Pantai Hospital, Cheras
  • Rebate 10% bagi pembaharuan insuran kereta
  • Harga istimewa untuk penyeleggaraan kereta
  • Perkhidmatan ambulan secara percuma
  • Khidmat kereta tunda (towing) secara percuma

Pihak MMSOS juga tidak terkecuali dengan khidmat CSRnya bersama NGO dengan membantu 192 rumah perlindungan orang-orang tua dan mensasarkan untuk menyediakan satu unit ambulan untuk bantuan kemanusiaan dan berhasrat untuk menyediakan suatu tempat pelindungan untuk mangsa jenayah disamping menyediakan keperluan harian dan pembelajaran.

Aplikasi MMSOS Perkhidmatan Untuk Keselamatan Diri Pelanggan
Jadi, jom kita sama-sama menyediakan persekitaran yang selamat, tingkatkan keselamatan dan membantu sesama kita dengan melanggan MMSOS dengan hanya RM1 sehari


6 comments:

  1. Wajib dw apps ni kak. In case of emergency kan sementara nak tggu bantuan lain.

    ReplyDelete
  2. kena donlod la apps ni..tambah2 utk kaum perempuan cam kita ni..

    ReplyDelete
  3. Wow bagus ni bahaya dimana mana kena ada apps ni kat telefon

    ReplyDelete
  4. wajib ada apps dalam handphone untuk kecemasan ni

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!