Saturday, October 13, 2018

Susu Fernleaf UHT 100% Mmmmm Dari New Zealand Yang Sedapp Penuh Kebaikan

Jenama susu Fernleaf memang tak perlu untuk diperkenalkan kepada kita sebab ianya antara jenama susu yang paling popular di Malaysia ni kerana susu Fernleaf berkualiti tinggi dan diformulasi dengan pelbagai vitamin serta mengandungi nutrisi penting dalam pertumbuhan tulang dan gigi setiap individu.



Jikalau dahulu ramai ibu bapa yang memberhentikan pengambilan susu buat anak-anak yang telah meningkat dewasa kerana salah faham bimbang anak akan menjadi gemuk tapi fakta ini adalah sangat salah kerana
  • Susu penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar kerana ianya mengandungi kalsium yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi
  • Bagi ibu mengandung dan menyusukan bayi, pengambilan susu bertindak sebagai pengimbang kandung kalsium dalam tubuh yang turut diserap oleh bayi.
  • Bagi golongan dewasa, susu membantu meningkatkan jisim tulang yang akan berkurangan apabila usia semakin meningkat

Apabila usia semakin meningkat, setiap individu berrisiko menghidap pereputan tulang atau osteoporosis, jadi bagi mencegahnya kita disarankan untuk meminum secawan susu setiap hari bagi membekalkan dan menggantikan kalsium yang hilang.

lembu tenusu dibiarkan bebas di padang rumput yang segar dan berkualiti



Apakah faktor yang menjadikan susu Fernleaf penuh khasiat dan menjadi pilihan ramai?
  • New Zealand sangat dikenali dengan iklim yang selesa,  tanahnya yang subur, kadar hujan yang baik, cahaya mathari yang banyak serta udara dan air yang bersih menjadikan rumput yang tumbuh sangat berkualiti tinggi dan terbaik bagi setiap lembu.
  • Lembu tenusu yang diternak dibiarkan lepas bebas meragut rumput tanpa dikurung didalam kandang.  Lembu tenusu disini menghabiskan 90% masa meragut rumput pada hari yang cerah dan secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat.
  • Susu yang dihasilkan oleh lembu tenusu di sini mengandungi banyak nutrien penting  antaranya kalsium, protein, vitamin B12, Phosphorus, Niacin, vitamin D, Potassium, vitamin serta Riboflavin
  • Pengalaman selama lebih 140 tahun menjadikan Fernleaf pakar dalam pengurusan ladang dengan sifat dedikasi setiap peladang bagi memastikan kualiti yang tinggi bagi setiap peringkat pengeluaran susu bermula dari air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.


No automatic alt text available.

 Antara fungsi dan kebaikan vitamin D kepada tubuh kita:
  • menyerap kalsium
  • memperbaiki sistem kekebalan
  • memelihara tahap tekanan darah
  • mengurangkan risiko dijangkiti beberapa jenis barah
  • mengurangkan risiko diabetes



Dengan Fernleaf UHT ni memang sangat memudahkan sebab Acha akan meminumnya sebelum ke sekolah atau dia dapat meminumnya sewaktu di dalam perjalanan ke sekolah untuk menduduki peperiksaan UPSR baru-baru ini, jadi perut dia terjaga dan dia dapat fokus dan berfikiran tenang sewaktu menjawab peperiksaan



Fernleaf UHT 100%
Kesimpulannya, susu Fernleaf UHT 100% Mmmmm...enak dan berkhasiat kerana produk susu yang  sangat berkualiti dan dihasilkan 100% daripada New Zealand dengan 100% kebaikan susu buat kita semua dan semestinya di pek dengan jaminan kebaikannya.






Jadi tunggu apa lagi, jom dapatkan khasiat minuman harian dengan susu Fernleaf UHT yang lazat hari ini yang terdapat dalam beberapa pek mudah dibawa dalam beg tangan atau beg sekolah anak kita 

Susu Penuh Krim : 200ml & 1 liter
Susu Coklat :  200ml & 1L
Susu Rendah Lemak : 1L



Untuk tahu lebih lanjut, layari atau ikut yang berikut :

Laman sesawang :https://www.fonterra.com


Instagram : https://www.instagram.com/fonterra.my/


#FernleafUHT #100Mmmmm
artikel ini mungkin tidak sesuai buat sesiapa yang lactose intolerance

5 comments:

  1. Favorite anak anak sedara susu fernleaf ni. Dulu dulu antara stok yang kena ada kat rumah. Hihi, Sekarang masing-masing dah kat asrama. Balik cuti baru beli

    ReplyDelete
  2. sedap susu ni, tambah yang coklat tu - yang full cream pun sedap jugeeekk!

    ReplyDelete
  3. dapat dekat qaseh dan niyaz ni memang sekejap je habis

    ReplyDelete
  4. kita pun suka susu fernleaf ni..haritu sembang dengan member ofis pasal susu fernleaf ni, dorang pun share susu ni lagi sedap dari jenama lain yang ada kat pasaran...

    ReplyDelete
  5. sedappp sangat ni kejap je licin stok Fernleaf kat rumah ni haa, heeee

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!