Resepi | Kastard ala Sangkaya Boat Noodle

Wednesday, October 03, 2018 12 Comments A+ a-

Tengah dok scrolling dan mengemaskini gambar-gambar kat Flickr ternampak gambar abah tengah makan kastard pandan dengan sungguh berselera. Rindu...sungguh rindu dengan abah walau waktu tu tahap Parkinson abah tu agak teruk dan kami lebih senang menyuap abah makan walau abah lebih suka nak suap sendiri. Abah pun masa tu tak berapa ada selera nak makan, mungkin sebab makanan yang dimakan tidak masuk terus ke perut tapi ke paru-paru dan itulah sebabnya kami bawa abah ke hospital pada Hari Raya Aidil Fitri dan disahkan paru-paru abah dijangkiti kuman! Allahuakbar...

Memang setiap hari UF bertandang ke rumah mak abah sebab rumah abah lah tempat persinggahan Aca sebelum ke KAFA dan persinggahan sebelum dijemput jadi memang banyak kenangan yang tak mungkin pudar sampai bila-bila lebih-lebih lagi tahu apa makanan kegemaran abah dan mak.

Kastard ala Sangkaya Boat Noodle ni dibuat sebab zaman kecil dulu mak rajin buat untuk makan dengan roti benggali..tak tahu pulak dah jadi terkenal sekarang ni..sangat mudah lebih lebih lagi kat belakang rumah ada berumpun pokok pandan kan


Resepi : Kastard ala Sangkaya Boat Noodle

Bahan-bahan:
1½ sudu besar tepung kastard
1½ cawan santan/saya guna susu cair
½ cawan air masak
3 - 4 sudu besar gula
2 helai daun pandan (simpulkan)
Secubit garam


Cara membuatnya:
Satukan semua bahan didalam periuk, kacau dengan api perlahan sampai likat. Sejukkan.

sesuai untuk dimakan sebagai cicah roti atau mantau yang Umi dah siap beli kat pasaraya, cuma perlu kukus atau goreng jer ikut kesukaan atau boleh juga makan dengan roti jala tapi perlu lebih cair

Sedap sangat!

12 Comments

Write Comments
Mia Liana
AUTHOR
3 October 2018 at 08:34 delete

boleh cuba ni nanti...

Reply
avatar
I am LZ
AUTHOR
3 October 2018 at 08:55 delete

Nampak menyelerakan kastard sangkaya Kak Fuzy.
Lama LZ tak buat sangkaya.. Sedap makan dengan roti untuk breakfast atau minum petang..

Reply
avatar
Miza Talib
AUTHOR
3 October 2018 at 08:58 delete

Thanks share resepi nanti miza nak try. Semoga mak dan abah kak fuzy sihat sentiasa

Reply
avatar
anak denesor
AUTHOR
3 October 2018 at 09:11 delete

wah nmpk sedap..tapi nk membuatnya takot tak jadi je hehe

Reply
avatar
Mrs Liez
AUTHOR
3 October 2018 at 10:18 delete

Huhuhu rindu Tok abah...nnt nak buat la sangkaya

Reply
avatar
3 October 2018 at 10:36 delete

senang je buatnya, nak cuba buat jugalah nanti

www.maisarahsidi.com

Reply
avatar
3 October 2018 at 16:31 delete

Macam senang je kak fuzy buat.. Bestnyaaa makan dengan roti buku yang dikukus ni

Reply
avatar
3 October 2018 at 17:14 delete

aiii....suka sangatlah kalau dapat buat nihh kak fuzy...

Reply
avatar
Lin liena
AUTHOR
3 October 2018 at 18:03 delete

Resepinya nampak simple...nak cuba buat lah nnt..puas sikit makan

Reply
avatar
Ana Suhana
AUTHOR
4 October 2018 at 11:34 delete

Nak cuba lah nanti. Nampak sedap giler tu kak. Lps tu kukus roti. Yummy.

Reply
avatar
NanyFadhly
AUTHOR
4 October 2018 at 17:22 delete

Senang nya resepi! favourite kami ni kalau ke Boat Noodle. Budak2 ni makan sekelip dua kelip mata dah habis.

Reply
avatar
Fieza Sani
AUTHOR
20 October 2018 at 00:03 delete

macam senang je resipi dia UF..boleh try ni kalau rajin..hehe

Reply
avatar

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!