Tuesday, November 27, 2018

11 Jenis Makanan Berkhasiat Dan Menyihatkan Bagi Melindungi Jantung Kita

11 Jenis Makanan Berkhasiat Dan Menyihatkan  Bagi Melindungi Jantung Kita | Kalau dulu bila cakap pasal sakit jantung jer pastinya sering dihidapi oleh golongan yang berada tapi tidak lagi sekarang dan penyakit jantung adalah antara penyebab kematian utama di negara kita dan di dunia. Antara faktor penyakit jantung termasuk paras kolestrrol yang tinggi, darah tinggi, dieabetis, berat badan berlebihan, hidup tidakk aktif dan tabiat merokok.  Sekiranya kita boleh mengubah corak permakanan, pasti ianya mampu menyelamatkan jantung atau mengurangkan risiko mendapat serangan jantung dengan memilih makanan tertentu mengikut piramid makanan, mengurangkan pengambilan minyak lemak, garam dan gula dalam hidangan.

Image result for PIRAMID MAKANAN

Antara makanan yang baik untuk kesihatan jantung yang sangat mudah kita perolehi dan bagi Umi pulak ni adalah antara makanan yang memang selalu ada dalam stok kami.

Ikan - sumber asid lemak omega 3 yang baik mampu melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah.  Lemak dalam ikan membantu mengekalkan paras kolestrerol pada kadar yang sihat.  Antara ikan yang paling baik ialah ikan salmon selain itu ikan tuna dan sardin pun elok dan diambil sekurang-kurangnya dua kali seminggu.  Untuk lebih sihat, ikan salmon dipanggang dan dimakan bersama salad. Ni menu harian Ayong Azmer ni.

Oat - mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolestrol termasuk kolestrol LDL.  Serat boleh larut ini juga membantu sistem penghadaman kekal sihat.  Jika sukar menikmati bijirin oat begitu saja campuran oat bersama susu rendah lemah atau susu soya itu boleh boleh ditambah dengan hirisan buah-buahan segar seperti pisang, strawberi atau oren.

Epal - mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai anti radang dan membantu mencegah pembekuan darah.  Ia juga mengandungi vitamin dan serat, malah enak dijadikan snek ringan atau menambah hirisan epal dalam masakan.  Epal membantu untuk mengurangkan sehingga 50% risiko penyakit jantung jika pengambilannya dilakukan secara berterusan, dua biji epal sehari atau segelas jus epal sehari

Sayuran Berdaun Hijau - Sayuran berdaun hijau seperti bayam, brokoli dan sawi bukan saja mengandungi vitamin E malah is turut dikaitkan dengan keupyaan daya ingatan apabila berusia. Sayuran hijau kaya mineral yang mampu melindungi jantung daripada masalah kesihatan,

Pastikan dalam setiap hidangan tengah hari masukkan sayuran hijau sebagai menu harian anda.  Untuk mendapatkan mineral dan zat terkandung dalam sayuran hijau, elak dari memasak terlalu lama, boleh dimakan secara mentah dan sebagai ulaman

Tomato - Baik untuk kesihatan jantung kerana kaya dengan vitamin dan lycopene yang terbukti membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Hanya tambahkan hirisan tomato kepada sandwich atau banyakkan sos tomato dalam makanan.  Sos tomato yang dimasak dan sos tomato didalam didalam tin yang mudah didapati di kedai mengandungi lebih banyak lycopene dari tomato mentah.

Soya - Protein soya ialah sumber yang baik untuk menggantikan daging merah apatah lagi membantu untuk mencegah penyakit jantung.  Terdapat pelbagai makanan berasakan soya seperti tauhu dan tempe.  Anda juga boleh mengambil susu soya setiap hari untuk kekal cergas.

Minyak Zaitun - mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77% sekaligus mengurangkan risko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolestrol.  boleh diambil satu sudu sehari sebagai makanan tambahan atau dijadikan bahan dalam masakan.  Jika mampu gunakan minyak zaitun bagi menggantikan minyak lain dalam masakan.

Bijirin Penuh menyediakan vitamin dan serat bagi menguatkan jantung.  Buat pengemar roti pilihlah roti yang dihasilkan dari bijiran penuh seperti roti perang dan bukan bukan roti putih.

Badam - sejenis kacang yang mengandungi minyak menyihatkan seperti vitamin E bagi membantu mengekalkan  paras kolestrol.  Sumber yang baik untuk protein dan serat

Avokado -kaya lemak tidak tepu dan berfungsi menurunkan kolestrol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolestrol baik HDL dalam tubuh. Buah ini juga mungkin menyerap karotenoid, khususnya beta karotene dan lycopene, yang sangat penting untuk kesihatan jantung.  Amalkan makan avokado setiap hari bagi mendapatkan jantung yang sihat.

Kalau Umi dapat avokado selalunya buat minuman la dikisar dan campur susu pekat dengan ketul ais...wahhh sedap 

Beri - Semua jenis buat berasakan beri seperti blueberry, raspberry dan strawberry kaya anti oksidan dan berfungsi mengurangkan risiko penyakit jantung dan kanser.  Amalkan pengambilan setiap hari menguatkan jantung sekaligus mengelakan serangan jantung.


#sumber - suratkhabar

No comments:

Post a Comment

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations