Dari Kertas Ke Pentas - Bangsawan Dendam Laksamana Yang Menarik Buat Tontonan Ramai

Monday, November 05, 2018 7 Comments A+ a-

Akibat hasutan jahat Seri Bija Wangsa dan mengetahui yang Wan Anum telah memakan seulas nangka miliknya membuat Sultan Mahmud Syah II tergamak membelah perut Wan Anum yang sarat mengandung demi untuk melihat apakah benar bayi yang dikandung itu yang memakan buah nangka.  Memang kejam tindakan Sultan Mahmud Syah II yang tidak berperikemanusiaan dan  zalim hingga akhirnya dia mati dibunuh Laksaman Megat Seri Rama.

Image may contain: one or more people, people on stage and indoor

Barisan watak dan pelakon
  • Laksamana Megat Seri Rama - Hairi Safwan
  • Bendahara Tun Abdul Jalil - Dato' Jalaluddin
  • Wan Anum - Aidilla Shaffi
  • Tun Aman - Que Rose
  • Sultan Mahmud Syah II - Anwar Rusdini
  • Seri Bija Wangsa - Megat Shahrizal 
  • Penglipurlara - Shahrul Mizad
Image may contain: 5 people
Siapa yang tidak marah kalau isteri tercinta dibunuh dengan begitu kejam apatah lagi si suami begitu setia menjalankan titah perintah Sultan.

Image may contain: one or more people and people dancing

Kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang yang telah dibawa ke pentas teater sememangnya cukup menarik apatah lagi ramai antara kita mengetahui cerita ini dari buku sejarah dan lakon layar di kaca televisyen.

Tahniah buat pengarah, penerbit dan jugak koregrafer Pat Ibrahim dan tenaga kreatif yang lain yang bertungkus lumus dan menyediakan pentas dengan props yang cukup menarik bersesuaian dengan kisah bangsawan buat penonton berasa teruja menyaksikan babak demi babak. 

Image may contain: 3 people, people standing

Lakonan Dato' Jalaluddin Hassan, Hairi Safwan sememangnya tidak boleh dipertikaikan begitu juga lakonan dan kemerduan suara Aidila Shaffi juga sangat memikat

Bagi Umi si Penglipurlara yang juga Tauke Panggung adalah salah satu watak yang cukup menghidupkan penceritaan dengan aksi bersahajanya dan membuat penonton terasa amat terhibur.

Jadi jangan lepaskan peluang menonton teater Bangsawan Dendam Laksaman yang dipentaskan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Matic Kuala Lumpur telah bermula dari 29 Oktober 2018 hingga 11 November 2018.

Tiket-tiket yang berharga RM30, RM50, RM80 dan RM100 ini dapat dibeli secara online di pipent.peatix.com atJadi sesiapa yang berminat untuk menonton teater yang cukup menau hubungi 019-303 6008

7 Comments

Write Comments
Etuza Etuza
AUTHOR
5 November 2018 at 05:50 delete

menarik..hebat laokonan ni

Reply
avatar
MiaZain
AUTHOR
5 November 2018 at 09:18 delete

menarik. Dah lama tak tengok teater macam ni. sekali-sekala layan pon best jugak.

Reply
avatar
mamapp
AUTHOR
5 November 2018 at 12:46 delete

bestnya pelakon pn hebat2

Reply
avatar
Lin liena
AUTHOR
5 November 2018 at 21:31 delete

teringin nya nak tengok teater,pelakon2 pun semua hebat2...metsi best kan umi tengok depan2 ni..

Reply
avatar
Ana Suhana
AUTHOR
10 November 2018 at 18:16 delete

Last tgk teater berbelas tahun dulu kak. Layan juga tgk teater ni. Harap ada rezeki nk repeat tgk teater akan dtg.

Reply
avatar
Mrs Liez
AUTHOR
12 November 2018 at 11:08 delete

last layan teater thn 2010.. best jugak rupanya teater ni
boleh la tengok lagi

Reply
avatar

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!