Thursday, November 8, 2018

Hairkunst Hijabis Salun Ekslusif Patuh Syariah Khusus Untuk Muslimah Dan Wanita Berhijab

Tahniah kepada pengasas Hairkunst, Bambang Soteto dan Datin Yuskiahniza Md Yusof diatas pelancaran salun Hairkunst Hijabis yang dikhaskan buat Muslimah yang patuh syariah dari segi perkhidmatan dan produk.  Salun yang terletak di Tingkat 2, Melawati Mall itu telah bersedia untuk mengisi jurang pasaran penjagaan rambut Muslimah di Malaysia.


Salun ini hanya memfokuskan penjagaan rambut dan kecantikan premium kepada para pelanggan wanita sahaja khususnya yang berhijab.  Idea dan konsep salun ini diilhamkan oleh pemiliknya, Datin Yuskiahniza Md Yusof dan pengasasnya Bambang Soteto.  Antara perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi rambut, spa penjagaan rambut dan kulit kepala, persolekan, manicure express dan bekam angin.  Dibarisi tenaga kerja yang pakar dan teknik pemotongan dan mewarna rambut bercirikan ala Eropah yang mana kesemua perunding ini mendapat latihan dan tunjuk ajar daripada pengasas Hairkunst sendiri yang merupakan perunding rambut selebriti dan berpengalaman luas di peringkat antarabangsa.


Salun yang mula beroperasi sejak Mac lalu menyediakan empat jenis rawatan rambut antaranya rawatan kulit kepala dan detoks, rawatan mandian krim Bali untuk rambut dan kulit kepala.  Selain rawatan rambut rosak, pengunjung juga boleh mendapatkan khidmat menggunting, mencuci dan mengerikan rambut dari penggaya rambut professiona serta solekan.

 "Kami di Hairkunst Hijabis sangat mementingkan kebersihan dan kandungan bahan yang digunakan dalam produk penjagaan rambut.  Di sini semua produk yang digunakan adalah sah untuk dibawa solat.  Malahan pilihan warna rambut yang ditawarkan tidak mengandungi ramuan berasaskan haiwan serta telah di uji telap air oleh Puan Liliwaty Arshad, Pengarah Loreal Malaysia.  Selain itu, kami menyediakan ruang yang tertutup untuk kaum wantita mendapatkan perkhidmatan dengan selesa tanpa bimbang tentang aurat kerana pelanggan lelaki tidak dibenarkan memasuki salun ini.  Harga ang ditawarkan pula sangat berpatutan bermula dengan RM39, berpadanan dengan servis yang diberikan. Justeru, salun ini sangat ideal untuk wanita di luar sana yang mementingkan perkhidmatan tanpa was-was" Datin Yuskiahniza



Majlis pelancaran yang berkonsepkan garden chic turut dihadiri sahabat selebriti yang memberikan sokongan antaranya Dynas Mokhtar, Ammar Bahrain, Fathia Latif, Sherry Ibrahim, Saskia Dahuri, Ryzal Jaafar sementara Ezlynn menjadi hos.

Peenyanyi Liza Hanim turut dijemput dan turut menyumbangkan  dua buah lagu bagi memeriahkan majlis pelancaran


Telefon : 
017-301 1005

Instagram :  

Mengenai Hairkunst Hijabis
Harikunst Hijabis merupakan cawangan premium jenama penjaggan rambut terkenal iaitu Hairkunst yang sering terlibat menatarias selebriti dalam program televisyen seperti Dewi Remaja, Hero Remaja, Curve Fashion Week, Pencarian Maskulin, GEN F, Akademi Fantasia, Supermodel ME Siren dan sebagainya

4 comments:

  1. Bagusnya.. semoga makin banyak cawangan akan dibuka..

    ReplyDelete
  2. Menarik. Tak banyak salun macam ni di malaysia. Harap lepasni bukak satu kat Rawang 😝 boleh me time kat sini

    ReplyDelete
  3. Wah menarik ni kak. Sesuai utk wanita yg sgt mementingkan penjagaan aurat.

    ReplyDelete
  4. nak kena try sekali ni.. jom me time dekat sini

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!