Thursday, November 22, 2018

Its All About You! Domino's Pizza Yang Istimewa Buat Kami Sekeluarga

Its All About You! Kisah Domino's Pizza Kisah Kami Sekeluarga | Menikmati Domino's Pizza bersama keluarga memang sangat menceriakan kami sekeluarga dan selalunya bila cukup korum, bila anak-anak balik bercuti, memang Domino's Pizza la menjadi pilihan kami dari dulu hingga kini. 




Domino's Pizza ni telah dinobatkan sebagai rangkaian terbesar di Asia Tenggara dan kelima terbesar di Asia Pasifik.  Tahniah Domino's Pizza dan team yang berusaha gigih untuk mengukuhkan jenama Domino's Pizza dan sentiasa dekat di hati. 

Psst tau tak yang Umi semasa pelancaran produk Domino's Pizza tempohari, Umi sempat berramah mesra dengan Linda Hassan dan bagitahu kat dia, tak ada ke cadangan nak buka cawangan di Pekan? hehe.  Yealah sebab KY kan belajar kat sana dan kalau dia nak makan Domino's Pizza dia kena ke Kuantan yang lebih kurang 45 minit tu...jauh kan.  Kata Linda Hassan lagi kat KY, kalau nanti dibuka kat Pekan, tu sebab KY..hahaha.



Its All About You! Domino's Pizza Yang Istimewa Buat Kami Sekeluarga
Umi dah lama menjadi peminat setia Domino's Pizza, kalau tak silap sejak tahun 2004 (kalau tak silap)  bila diperkenalkan oleh seorang teman sepejabat yang pernah bekerja sebagai Pengurus di Domino's Pizza di US dulu.

Bercerita pasal Domino's Pizza ni memang tak habis tau.  Nak tempah pun sangatlah mudah dan seperti biasa Umi cuma hubungi 1300 888 333 dan dengan bagi no telefon, Dominos's dah cukup mengenali dan bila buat tempahan tu kita akan dapat piza dalam 30 minit dan kalau lewat Umi akan dapat voucher percuma, eh korang tau tak? dan sebagai pelanggan Umi akan dapat side order secara percuma mengikut data yang diaorang simpan.  Terbaik kan?  Berapa kerap Umi tempah? selalunya dua kali dalam sebulan..heehe.  Nampak tak betapa hebatnya penangan Domino's Pizza buat kami sekeluarga.





Piza kegemaran yang selalu kami tempah pastinya Aloha Chicken, Beef Pepperoni dengan classic hand tossed pizza, BBQ Chicken Wing, Breadstix dan tak lupa mesti ada extra chilli flakes.  Tak jemu ke makan yang sama? kekadang tu tukar la jugak tapi selalu tak tukar..haha


Diam tak diam dah 21 tahun Domino's Pizza bertapak di Malaysia dan semakin kukuh serta diminati ramai dan sentiasa mencuba untuk memenuhi selera rakyat Malaysia dengan adanya 216 premis Domino's Pizza dan akan ditambah lagi dan begitu juga tambahan menu terkini buat kita semua. Nak tahu lebih layari https://www.dominos.com.my/

4 comments:

  1. PC baru-baru ni je kak dengan Domino's...sebelum ni Pizza Hut.

    ReplyDelete
  2. Dah lama dah Dominos ini kat Malaysia..

    ReplyDelete
  3. LeYa pun memang peminat setia Domino's Pizza.
    Tahniah Domino's Pizza kerana semakin berkembang

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations