Thursday, November 29, 2018

Jangan Panik Dengan Hutang, Dapatkan Bantuan Untuk Cari Jalan Penyelesaian

Kalau cakap pasal hutang ni, jarang tak ada antara kita yang tak ada hutang. Mengikut firasat Umi golongan yg banyak hutang berusia dari 35 hingga 50 tahun. Sebagai rakyat marhaen kita berhutang antaranya untuk beli kereta, rumah, peti ais, motsikal, credit card yang bukanlah dengan nilai lebih ratusan ribu dan kita akan bayar dengan wang gaji bulanan tapi bayangkan tetiba kita tak ada pekerjaan, memang kelam kabut dan memang memberi tekanan hingga ada yg sanggup berhutang dgn ahlong yg akan lebih menjerat diri sendiri dan ada yg tiada pegangan agama sanggup mengambil nyawa sendiri.

Artikel pasal hutang yang Umi jumpa ni mungkin dapat membantu sesiapa dikalangan kita yang mempunyai masalah hutang.  Semoga bermanafaat


Mengaku kita banyak hutang
Bukan mengaku kat media sosial atau bercerita dengan orang tapi mengaku pada diri yang sememangnya diri kita banyak hutang dengan tidak lagi menambah hutang dengan membeli barangan dan perkhidmatan menggunakan kad kredit


Periksa status kewangan
  • Kemas kini semua penyata hutang kita untuk mengetahui jumlah semua hutang kita sebenarnya.  
  • Bandingkan jumlah pembayaran balik hutang dengan pendapatan kita.
  • Bayar balik hutang mengikut keutamaan.  
  • Bayar pinjaman dan hutang tertunggak dengan kadar faedah yang lebih tinggi terlebih dahulu

Segera betulkan keadaan
  • Ambil tindakan segera untuk membetulkan keadaan.  Sediakan bajet, sekiranya kita masih belum berbuat demikian.  Bajet kit mesti mengambil kira semua pembayaran bulanan dalan senarai perbelanjaan kita.
  • Pertimbangkan untuk menggunakan tabungan atau menjual aset pelaburan bagi mengurangkan hutang.
  • Kurangkan perbelanjaan kita, berbelanja untuk barangan dan perkhidmatan yang penting sahaja
  • Berusaha untuk meningkatkan pendapatan seperti membuat kerja sambilan
  • Berunding dengan institusi kewangan untuk memohon penstrukturan atau perjadual semua pinjaman yang bersesuaian dengan kedudukan aliran tunai kita
  • Dapatkan bantuan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) jika institusi kewangan tidak dapat membantu.

Terdapat beberapa organisasi yagn kita boleh huubungi sekiranya kita memerlukan bantuan dan nasihat untuk menyelesaikan hutang.  Bangaimanapun, kita perlu mengambil langkah proaktif seprti yagn diterangkan untuk menyelesaikan masalah termasuk berbincangdengan pihak institusi kewangan.

Antara organisasi yang boleh membantu kita menguruskan kedudukan hutan yang berperanan bukanlah menyediakan wang untuk menlangsaikan hutang kita tetapi memberi khidmat nasihat dan panduan bagaimana hutang kita boleh diuruskan.

AKPK
Sebuah organisasi  yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dengan visi, Amalkan Pengurusan Kewangan Berhemat Sebagai Budaya Hidup.  Ia bertujuan untuk memastikan warga Malaysia hidup dengan mempunyai  kemahiran pengurusan kewangan yang baik dan hutang terkawal.  AKPK menawarkan tiga jenis perkhidmatan secara percuma kepada individu sahaja untuk membantu menguruskan kewangan dengan lebih baik.

  • Mendidik atau mengajar mengenai penggunaan kredit dan asas pengurusan wang termasuk petua menggunakan kredit (hutang) secara bertanggungjawab
  • Memberi kaunseling dan nasihat mengenai pengurusan kewangan, membuat pernilan mendalam mengenai masalah kewangan kita dan cara untuk mengatasinya
  • Program Pengurusan Kredit (PPK) iaitu peminjam dan AKPK bekerjasama untuk menyediakn pelan penstrukturan atau penjadualn semua pinjaman menerusi rundingan dengan institusi kewangan

Untuk layak mendapatkan perkhidmatan PPK, kita perlu memenuhi syarat berikut:

  • Tidak mampu menguruskan tanggungan hutang
  • Mempunyai pinjaman daripada institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM, bukan hutang dari ceti haram atau ah long
  • Mempunyai jumlah pinjaman tak lebih RM2 juta
  • Mempunyai sumber pendapatan positif selepas menolak perbelanjaa
  • Tidak berada di peringkat tindakan undang-undang yang sudah lanjut 
  • Belum diisytiharkan bankrap

Maklumat lanjut : www.akpk.org.my


Laman informasi dan Khidmat Nasihat BNM (BNMLINK)
Ini adalah saluran penting BNM untuk berhubung dengan orang ramai.  Ia berperanan sebagai pusat perhubungan untuk memudahkan maklum balas dengan cepat dan cekap kepada orang ramai dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berhubung dengan perkara berkaitan dengan sektor kewangan

Layari BNMLINK : www.bnm.gov.my/bnmlink/index.tm

Biro Pengantara Kewangan (BPK)
BPK adalah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan aduan, pertikaian atau tuntutan antara kita dengan penyedia perkhidmatan kewangan.  Bagaimanapun, ada perkara yang tidakk dipertimbangkan oleh BPK iaitu

  • Penentuan harga umum
  • Dasar produk (barangan) dan perkhidmatan
  • Keputusan kredit
  • Kes yang melebihi had masa enam tahun
  • Kes yang dibawa atau dirujuk ke mahkamah

Maklumat lanjut boleh didapati di www.fmb.org.my


Biro Kredit
Biro Kredit BNM mengumpul kredit peminjam termasuk individu peribadi, perniagaan (perniagaan milik tunggul dan perkongsian), syarikat dan entiti kerajaan dan menyalurkan semula maklumat itu kepada pihak institusi kewangan

Setiap kali kita memohon pinjaman baru, institusi kewangan akan membuat rujukan berhubung dengan status kredit kita menerusi Biro Kredit

Maklumat ini akan digunakan bagi tujuan meluluskan pinjaman ataupun sebalinya menerusi Sistem Makluman Rujukan Kredit Pusat atau Central Credit Reference Information System (CCRIS)
Kita dikehendaki mendapatkan salunan laporan CCRIS untuk mengetathui rekod pembayaran kita sama ada ia teratur, tertunggak atau terlewat bayar.  Adalah berbaloi jika kita membuat bayaran mengikut jadual kerana ini akan tertera dalam laporan kredit kita

untuk keterangan lanjut layari http://creditbureau.bnm.gov.my 


sumber : Harian Metro

3 comments:

  1. Asalam hutang wajib bayar..jika tak kesian kawan yang kita ada hutang kan..namun teruskan usaha azam untuk bayar ..inshaAllah akan tenang hidup kita semua.
    Setuju dengan idea dan infor hal hutang dalam blog ini

    ReplyDelete
  2. Menarik... Memang LeYa akan save artikel ini. Thanks Kak Fuzy yg gojes

    ReplyDelete
  3. thank u for the tips!

    https://messarah.blogspot.com/2018/11/cara-jimat-beli-tiket-flight-airasia.html

    ReplyDelete

terima kasih atas kunjungan dan komen, sungguh sangat
dihargai!

kalau ada kesempatan saya akan balas, InsyaAllah

komen baik-baik tau!

Thanks for the visit, appreciate your positive comments!

Destinations